Selasa, 27 Julai 2010

Bengkel Penyelenggaraan Komputer

Cheras, 27/07/2010 – Saya telah tiba ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras sebelum jam 8:00 pagi untuk menghadiri Bengkel Penyelenggaraan dan Membaik Pulih Komputer. Sebelum bengkel bermula, saya dan rakan-rakan sempat bersarapan dahulu di sini. Ketika bengkel bermula, kami diperkenalkan dengan komponen utama komputer iaitu Unit Pemprosesan Pusat atau “Central Processing Unit” (CPU). Komponen-komponen lain yang ditunjukkan ialah “casing, power supply, motherboard, processor, RAM, cooling fan, optical (CD-ROM) and hard disk”. Kami diminta meleraikan beberapa komponen tersebut daripada tempat asalnya dan kemudian memasangnya kembali. Setelah siap dipasang, ia dihubungkan dengan papan kekunci, tetikus dan monitor. Tenaga elektrik disambung untuk memastikan komputer yang telah siap dipasang berfungsi dengan baik.

Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem komputer beroperasi dengan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan (HARDWARE) dan perisian (SOTWARE).

Setelah sistem komputer beroperasi, peserta-peserta bengkel ditunjukkan pula cara-cara hendak format “hard disk” dan “install” Windows XP. Kebiasaannya ia dilakukan kerana baru membeli komputer atau “hard disk” baru. Ini juga boleh dilakukan jika Windows rosak, “hang” atau dijangkiti virus.

Bagi memastikan komputer yang hendak digunakan akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, “boot sequence” haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, “setting” ini telah sedia ditetapkan, jadi ia tidak perlu dibimbangkan lagi. Boleh diteruskan ke bahagian format “hard disk” sekiranya tiada masalah di sini. Namun sekiranya komputer tersebut tidak membaca dari CD-ROM, ia perlu ditetapkan “boot sequence” telebih dahulu.

Ketika makan tengah hari, saya dan beberapa orang rakan sempat berbual-bual dengan Encik Wan Mohd Zaidee, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheras berkenaan dengan masalah perkakasan dan perisian komputer di sekolah masing-masing.

Jumaat, 23 Julai 2010

Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah

Sepang, 23/07/2010 – Tengah hari tadi merupakan hari terakhir saya berada di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Saya telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor sebagai jurulatih untuk Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah Sekolah-sekolah.

Bengkel tersebut telah diadakan pada 21, 22 dan 23 Julai di Dewan Utama 2, Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Saya dan rakan-rakan telah berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghasilkan modul.

Kami telah diberikan kepada beberapa buah kumpulan untuk memurnikan modul bahan dakwah bagi sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor. Kami yang terlibat terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor.

Kami menggunakan banyak masa di hadapan komputer riba mencari bahan-bahan daripada internet dan sebagainya. Juga menaip bahan-bahan tersebut sebelum dikumpulkan menjadi beberapa buah modul yang lengkap.

Sempena bengkel kali ini, saya telah mendaftarkan diri sebagai ahli kepada Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Ia mula ditubuhkan pada tahun 2005.

Tengah hari tadi juga telah diadakan Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Selangor Kali Ke-6 selepas majlis penutupan Bengkel Pemurnian Modul Bahan Dakwah Sekolah-sekolah.

Perjalanan pulang saya dari Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang ke rumah di Kajang ialah kira-kira 60 kilometer. Melalui Pekan Sungai Pelek dan Pekan Sepang. Berhenti solat Jumaat di Masjid Pekan Sepang yang terletak di tepi jalan sahaja. Meneruskan perjalanan melalui Pekan Salak, Salak Tinggi dan Kampung Jenderam Hulu. Masuk ke Jalan Kajang Dengkil, menyusuri Jalan Bangi dan Jalan Reko. Melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Saujana Impian. Akhirnya saya selamat sampai ke rumah petang ini.

Ahad, 18 Julai 2010

Bebas Palestin

La ilaha illallah. Muhammadur Rasulullah. Hidup mati kerana Allah. Berjuang fi sabilillah. Wahai para pejuang maralah ke hadapan. Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran. Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga. Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta. Wahai para pejuang maralah ke hadapan. Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran. Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga. Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta. Wahai para pencinta keadilan. Jangan gentar berjuang bersama. Kezaliman yang bermaharajalela. Kita gempur hingga ke hujungnya. Ayuh bersatu demi Palestin. Bersama kita berjuang untuk Palestin. Tak kira walau diancam senjata. Kerana Allah kita mara. Wahai para pejuang maralah ke hadapan. Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran. Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga. Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta. Wahai para pencinta keadilan. Jangan gentar berjuang bersama. Kezaliman yang bermaharajalela. Kita gempur hingga ke hujungnya. Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman. Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya’. Berdoa’ kepada Ilahi. Agar Palestin akan merdeka. Kekal sentosa selamanya. Wahai para pejuang maralah ke hadapan. Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran. Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga. Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta. Ayuh bersatu demi Palestin. Bersama kita berjuang untuk Palestin. Tak kira walau diancam senjata. Kerana Allah kita mara. Kerana Allah kita mara. Kerana Allah kita mara.

Ahad, 11 Julai 2010

Karnival Ulangtahun Ke-9 IKIMfm

Shah Alam, 11/07/2010 – Tepat jam 12:00 tengah malam, saya memandu kereta membawa isteri dan dua orang anak kami keluar dari perkarangan Stadium Malawati. Baru sebentar tadi (semalam), kami telah menyaksikan Konsert Mahabbah Gaza di stadium ini sempena Karnival Sambutan Ulangtahun Ke-9 Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)fm. Saya memandu kereta dari Shah Alam menuju ke Puchong dan melalui Lebuhraya Damansara Puchong (E11) sebelum membelok masuk ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26). Kemudian melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan masuk ke Lebuhraya Cheras Kajang (E7) hingga lebuhraya tamat. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah.

Siang tadi (semalam), kami bertolak dari rumah ketika hujan lebat kira-kira jam 5:15 petang. Isi petrol sebelum meneruskan perjalanan. Tiba di Stadium Malawati kira-kira jam 6:30 petang. Berjalan-jalan di sekitar gerai jualan. Sempat juga bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

Radio IKIMfm telah dilancarkan pada 6 Julai 2001 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bercogankata 'Pilihan Utama Anda' menjadikan ia radio pilihan utama saya sejak sembilan tahun lalu.

Karnival Sambutan Ulangtahun Ke-9 Radio IKIMfm pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Malawati Shah Alam bertujuan meraikan para pendengar IKIMfm yang telah memberikan sokongan berterusan kepada radio berkonsepkan Islam di negara ini.

Saya, isteri dan dua orang anak kami telah menghadiri acara kemuncak karnival sambutan kali ini dengan menyaksikan Konsert Mahabbah Gaza pada 10 Julai 2010 (Sabtu) bermula jam 8:30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa’, ucapan, persembahan nasyid dan puisi. Artis-artis nasyid yang kami saksikan persembahan mereka mengikut turutan ialah Raihan, Ummul Qura, Inteam, Saujana, Nowseeheart dan Rabbani. Tidak ketinggalan “Disk Jockey” (DJ) atau para penyampai IKIMfm seramai 11 orang turut tampil membuat persembahan khas di konsert ini. Tarikh 10 Julai 2010 bersamaan dengan 27 Rejab 1431 mengingatkan saya berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj.

Khamis, 1 Julai 2010

Akhlak Pelajar Cemerlang

Jom beli buku Akhlak Pelajar Cemerlang daripada saya. Anda boleh hubungi saya melalui e-mel, jeehan75@yahoo.com.my atau melalui laman sosial Facebook. Miliki segera buku ini sementara stok masih ada.

Buku ini membincangkan sifat dan sikap-sikap yang perlu ada pada seorang pelajar yang mahukan kecemerlangan. Antara intipati kandungannya ialah sikap yang perlu ada pada pelajar dalam berdepan dengan mata pelajaran. Ini penting bagi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam amali dan penilaian yang dijalankan. Selain itu, buku ini membincangkan tentang akhlak-akhlak yang perlu ada pada seorang pelajar terhadap manusia lain yang ada di sekeliling termasuklah ibu bapa, guru, jiran dan rakan. Ini penting agar pelajar mempunyai keterampilan yang sesuai dengan imej seorang pelajar.

Buku ini mempunyai 100 muka surat termasuk muka surat pembukaan. Isi kandungannya terbahagi kepada beberapa bab.

Bab 1 Akhlak Pelajar Terhadap Ilmu.
Bab 2 Akhlak Pelajar Terhadap Allah S.W.T.
Bab 3 Akhlak Pelajar Terhadap Rasulullah s.a.w.
Bab 4 Akhlak Pelajar Terhadap Ibu Bapa.
Bab 5 Akhlak Pelajar Terhadap Guru.
Bab 6 Akhlak Pelajar Terhadap Jiran.
Bab 7 Akhlak Pelajar Terhadap Rakan.

Petikan kata alu-aluan daripada penerbit.

Berorentasikan dan dedikasi individu, diharapkan buku ini dapat memenuhi keperluan pengisian rohani pelajar melalui pembacaan naskhah ini. Pendekatan ini membawa kepada budaya memuhasabahkan diri sendiri. Di samping merangsang dan menggalakkan individu lain membaiki diri dalam mencapai akhlak yang lebih cemerlang dalam menuntut ilmu. Disiplin dan dedikasi terhadap ilmu menjadi satu indikasi kepada pengukuhan jatidiri serta nilai tambah kepada pelajar. Lebih daripada itu, naskhah ini juga dapat diaplikasikan sebagai bahan dakwah dan sebaran umum kepada masyarakat.

Cetakan Pertama 2010.
Bina Ummah Publication.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.