Jumaat, 30 April 2010

Angkara Facebook

Ramai kurang memahami tentang hakikat Islam sebagai panduan hidup, “addin” (agama) yang tidak pernah menyekat sebarang kebebasan dan kemajuan. Islam turut bersifat “murunah” (fleksibel) seiring dengan perkembangan tamadun dan kecetusan idea semasa. Islam bukanlah agama yang menyekat kebebasan dan hak asasi manusia.

Namun dalam keadaan tersebut, Islam turut menekankan syarat dan kehendak penerimaan kemajuan perlulah selari dengan tuntutan syarak. Tidak boleh melanggar batasan dan had sekatan yang ditetapkan seperti penjagaan maruah atau keturunan.

Jika kemajuan yang diterima boleh menjatuhkan dan merosakkan antaranya maqasid syarie, ia ditolak. Paling tidak pun ia perlu diubah mengikut ‘kebolehterimaan’ syarak.

Sebagai contoh kini seluruh dunia dan termasuk di negara kita sibuk menggunakan Facebook sebagai alat untuk berhubung. Tapi dalam penggunaan teknologi terkini yang banyak kebaikan, terdapat pihak yang menggunakan dengan cara yang salah, hingga merosakkan hubungan suami isteri dan keluarga.

Hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya tiada jalan penyelamat kecuali bercerai. Malah ada pasangan yang masih meneruskan pergaduhan dan perbalahan sesudah bercerai.

Kini Mahkamah Syariah mula menerima kes-kes perceraian yang membabitkan penyalahgunaan Facebook ini. Namun situasi di luar jangkaan berlaku apabila kes-kes ini kebanyakannya berpunca daripada isteri. Golongan isteri yang banyak terjebak dalam skandal Facebook.

Antaranya isteri menjalinkan hubungan sulit bersama rakan siber tanpa pengetahuan suami. Apa yang pastinya rakan tersebut sememangnya adalah lelaki, yang berperanan membantu merosakkan hubungan rumah tangga yang kian terjalin.

SUMBER: Mingguan Wanita. 30 April – 6 Mei 2010. Bilangan 1380.

Ahad, 25 April 2010

Selamat Hari Lahir

Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kami semua. Allah selamatkan kamu. Selamat hari lahir ku ucap untukmu, sayangku.

Di hari kelahiranmu. Ku menanti penuh rindu. Saat ketika masa berlalu. Tibalah hari yang ditunggu. Di bawah cahaya rembulan. Bersinar wajahmu, sayang. Tibalah tika engkau diraikan. Moga dalam keredhaan tuhan.

Allah selamatkan kami semua. Allah selamatkan kamu. Sungguh ceria suasana meriah. Majlismu diraikan sanak saudara. Teman-teman, sahabat, rakan dan taulan. Bersama berdoa’ dan bergembira. Semoga Allah meredhaimu. Semoga Allah merahmatimu. Semoga Allah menyayangimu. Berbahagia selalu. Selamat hari lahir ku ucap untukmu, sayangku.

Di hari kelahiranmu. Ku nyanyikan lagu untukmu. Bersama rakan dan teman. Menyambut penuh girang. Ku hadiah sekalung doa’. Buatmu insan yang ku cinta. Dipanjangkan umur tetapkan iman. Murah rezeki sejahtera hendaknya.

Allah selamatkan kami semua. Allah selamatkan kamu. Sungguh ceria suasana meriah. Majlismu diraikan sanak saudara. Teman-teman, sahabat, rakan dan taulan. Bersama berdoa’ dan bergembira. Semoga Allah meredhaimu. Semoga Allah merahmatimu. Semoga Allah menyayangimu. Berbahagia selalu.

Semoga Allah meredhaimu. Semoga Allah merahmatimu. Semoga Allah menyayangimu. Berbahagia selalu.

Sabtu, 17 April 2010

Lesen Memandu Jordan

Saya telah berada di negara Jordan pada tahun 1993 hingga 1998 kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Jordan. Banyak kenangan yang saya telah lalui di sana. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun.

Antara perkara menarik yang hendak saya catatkan di sini ialah berkenaan Lesen Memandu Jordan. Sebelum pergi ke Jordan, saya tidak pernah memandu kereta. Cuma pernah menunggang motosikal sahaja. Ketika berada di Jordan iaitu sekitar tahun 1997, saya mengambil keputusan untuk belajar memandu kereta. Saya menduduki ujian bertulis dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya dan terus lulus.

Kelas belajar memandu pun bermula. Yang menariknya, pengalaman pertama saya memandu kereta ialah pemandu berada di sebelah kiri. Berbeza di Malaysia, pemandunya berada di sebelah kanan. Saya diuji memandu dan lulus serta berjaya mendapatkan lesen memandu untuk tempoh 10 tahun (19 Mac 1997 hingga 18 Mac 2007).

Selepas berjaya mendapatkan lesen memandu, saya menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar bandar Amman untuk membiasakan diri memandu di jalan raya. Pada tahun 1998, saya telah kembali ke Malaysia kerana telah menamatkan pengajian di Jordan.

Di Malaysia, saya membuat urusan dengan pihak Kedutaan Jordan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia. Permohonan saya diluluskan tanpa perlu menduduki ujian memandu kerana Lesen Memandu Jordan diiktiraf oleh JPJ Malaysia. Saya cuma perlu membiasakan diri dengan pemanduan di sebelah kanan ketika itu.

Lesen Memandu Malaysia, kelas D ialah motokar BTM tidak melebihi 3000 kg. Lesen Memandu Jordan pula menggunakan format "Type 3, private trucks whose net load does not exceed 2500 kg".

Jumaat, 9 April 2010

Khutbah Jumaat 09042010

Kajang, 09/04/2010 – Saya pergi ke Masjid Jabatan Penjara Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba di masjid sebelum azan Zohor berkumandang. Waktu Zohor hari ini ialah pada jam 1:18 petang. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh khatib yang bertugas. Khutbah Jumaat kali ini membincangkan tajuk berkenaan kecelakaan riba dan kesannya dalam kehidupan.

Khatib membacakan ayat al-Qur’an berkenaan larangan melakukan riba dan perintah untuk bertakwa. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba yang berganda-ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan. (Surah Ali Imran: Ayat 130).

Riba menurut Bahasa Arab ialah az-Ziyadah (tambahan) atau kenaikan. Istilah syara’ pula bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman. Manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza atau perbezaan waktu pertukaran.

Riba diharamkan oleh agama Islam dan agama-agama para nabi terdahulu. Mengamalkan riba merupakan dosa besar. Kita mesti menjauhkan amalan tersebut. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yan beriman. (Surah al-Baqarah: Ayat 278).

Umat Islam amat prihatin terhadap halal dan haram dalam pemakanan. Harus diingat, sumber pendapatan untuk membeli makanan tersebut juga mesti daripada sumber yang halal. Perbankan Islam merupakan pilihan kepada kita untuk menjauhkan riba. Orang yang terlibat dengan riba akan dicabut kerahmatan di dalam hidupnya. Bagi mendapat keberkatan di dalam hidup, tinggalkan riba. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Itu ialah antara isi-isi penting yang sempat saya catat semasa mendengar khutbah Jumaat tadi. Diharap dengan catatan ringkas ini, dapat sama-sama kita bermuhasabah atau pun menghitung diri untuk sama-sama menyokong produk perbankan Islam.

Sabtu, 3 April 2010

Kelebihan Bersedekah

Pemberian sedekah terbahagi kepada dua jenis iaitu sedekah yang wajib dan sedekah yang sunat. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Selain daripada sedekah yang wajib seperti mengeluarkan zakat, agama Islam juga menganjurkan supaya kita melakukan sedekah yang sunat seperti menderma di jalan Allah seberapa suka apabila ada kepentingan-kepentingan yang memerlukan.

Betapa pentingnya mengagihkan sumber rezeki supaya ia dapat dinikmati oleh semua golongan insan. Sesungguhnya tidak dapat bagi kita hendak menyelami berkenaan apa-apa yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian Allah, lantaran kaya dan miskin serta susah dan senang adalah merupakan rempah ratus yang sentiasa mewarnai kehidupan manusia.

Mereka yang berjaya hidup bahagia dengan segala keperluan makanan, pakaian, wang ringgit dan harta benda sewajarnya bersyukur serta menyedari bahawa kesemuanya itu adalah datangnya daripada pemberian dan rahmat Allah belaka. Manakala, bagi orang miskin yang malang dan menderita, tidaklah bererti dia harus meminta pertolongan serta simpati daripada orang lain sahaja. Jelas di sini bahawa, sedekah bukan sahaja bertujuan untuk bantu-membantu sesama ummah tetapi boleh melanjutkan kesinambungan wadah silaturrahim dan semangat kekeluargaan antara manusia sejagat. Di samping itu juga, ia memberikan penekanan agar individu Muslim tidak terlalu mementingkan keperluan diri sendiri sahaja.

Di dalam al-Qur’an, Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Oleh itu, marilah sama-sama kita menderma. Boleh masukkan duit ke dalam akaun di bawah ini untuk menderma:

AKAUN BANK ISLAM - 12029 02022 7981

Terima kasih.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.