Rabu, 27 Oktober 2010

Kem Pemantapan Aqil Baligh Siri 1

Sepang, 27/10/2010 – Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) telah mengadakan program rintis Kem Pemantapan Aqil Baligh 2010 bagi murid-murid Tahun 6 di SKSP. Saya bersama beberapa orang rakan daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal Modul Persediaan Awal Remaja buat pertama kalinya menjalankan aktiviti kem secara praktikal di sini.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Ustaz Fathony bin Hussin, Penyelia j-QAF, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Pengisian kem dimulakan dengan slot Aqidah. Saya dan rakan-rakan jurulatih mengendalikan kem ini dengan dibantu oleh guru-guru lain. Kami sebagai jurulatih yang juga penggubal modul kem ini bertindak sebagai penceramah. Ustaz Haji Shopuan bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor turut hadir untuk melihat perjalanan kem yang pertama ini.

Saya membentangkan tajuk Aqidah berkenaan ‘Berimankah Aku?’ Saya menggunakan komputer riba persendirian yang disambungkan kepada projektor sekolah dan dipancarkan ke skrin besar. Ia dimulakan dengan tayangan video nasyid al-Asma’ al-Husna, 99 nama Allah. Saya menjelaskan maksud ar-Rahman dan ar-Rahim dengan bantuan video nasyid Senandung al-Fatihah. Juga mengaitkannya dengan 6 rukun Iman. Murid-murid melafazkan nama-nama nabi dan rasul dengan bantuan nasyid. Mereka mendengar kisah Nabi Ibrahim a.s. yang mencari penciptanya berdasarkan Surah al-An’am: Ayat 76, 77 dan 78. Juga membantu mereka memahami kepentingan dua kalimah syahadah. Ia ditutup dengan permainan “puzzle”.

Perjalanan pulang saya dari SKSP, Sepang ke rumah di Kajang ialah kira-kira 53 kilometer. Keluar dari SKSP terus ke Pekan Sepang. Meneruskan perjalanan melalui Pekan Salak, Salak Tinggi dan Kampung Jenderam Hulu. Masuk ke Jalan Kajang Dengkil, menyusuri Jalan Bangi dan Jalan Reko. Melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Saujana Impian. Akhirnya saya selamat sampai ke rumah petang ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Insha Allah

Everytime you feel like you cannot go on.
You feel so lost. (That).
That you’re so alone.
All you is see is night.
And darkness all around.
You feel so helpless.
You can’t see which way to go.
Don’t despair and never loose hope.
Cause Allah is always by your side.

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
You’ll find your way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
You’ll find your way.

Everytime you can make one more mistake.
You feel you can’t repent.
And that its way too late.
Your’re so confused, wrong decisions you have made.
Haunt your mind and your heart is full of shame.
Don’t despair and never loose hope.
Cause Allah is always by your side.

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
You’ll find your way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
You’ll find your way.

Turn to Allah.
He’s never far away.
Put your trust in Him.
Raise your hands and pray.
Ooo ya Allah.
Guide my steps don’t let me go astray.
You’re the only one that showed me the way.
Showed me the way.
Showed me the way.
Showed me the way.

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
We’ll find the way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
We’ll find the way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
We’ll find the way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
We’ll find the way.
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah.
We’ll find the way.

ARTIST : MAHER ZAIN.
ALBUM : THANK YOU ALLAH.

Insha Allah ~ Maher Zain | Upload Music

Ahad, 17 Oktober 2010

Report Day 2/2010 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 17/10/2010 - Saya, isteri dan dua orang anak kami pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni petang ini. Tadika tempat anak sulung saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua untuk tahun 2010.

Anak sulung saya yang berumur lima tahun telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada 4, 5 dan 6 Oktober 2010 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Juga dapat membuat perbandingan dengan prestasi berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei lepas. Anak sulung saya masih mengekalkan keputusan gred A dengan markah keseluruhan yang sama.

Anak sulung saya belajar di tadika ini pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ia dilanjutkan untuk penjagaan harian sehingga jam 3:00 petang. Untuk memenuhi masa tersebut, saya telah daftarkan anak saya di kelas menghafaz surah-surah al-Qur’an (Little Hafiz) mulai jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Setakat ini, pihak tadika tidak mengenakan bayaran lebih masa jika anak saya diambil sebelum jam 3:30 petang. Kadang-kadang, saya atau isteri terpaksa juga mengambil anak selepas jam 3:30 petang sekiranya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bayaran lebih masa dikenakan mengikut jam.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua pada petang ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Khamis, 14 Oktober 2010

Bengkel Pembinaan Modul Persediaan Awal Remaja

Shah Alam, 14/10/2010 – Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan Bengkel Pembinaan Modul Persediaan Awal Remaja bertempat di Bilik Mesyuarat Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

Saya dan rakan-rakan guru, tenaga pengajar di sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor yang telah menghadiri Bengkel Pemurniaan Modul Bahan Dakwah pada 21, 22 dan 23 Julai di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang telah dipanggil pula hari ini ke Jabatan Pelajaran Selangor untuk membuat penambahbaikan kepada Modul Persediaan Awal Remaja.

Ustaz Haji Shopuan bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Bidang Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor mempengerusikan Bengkel Pembinaan Modul Persediaan Awal Remaja di Bilik Mesyuarat Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.

Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal untuk Modul Persediaan Awal Remaja ialah Ustaz Asyaful Adli bin Satimin, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa, Ustaz Muhammad Afandie bin Yahaya, Ustaz Hairul Hisyam bin Adam, Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie, Ustaz Mohd Hamidi bin Zakaria, Ustaz Muhammad Shahril bin Shahari, Ustaz Mohd Ikmal bin Rosli, Ustaz Rafii bin Mairi, Ustaz Mohamad Ridza bin Samsudin, Ustaz Wan Azham bin Wan Zainal Abidin dan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim. Turut dijemput menghadiri bengkel kali ini ialah Ustaz Mohd Faizal bin Husin dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) kerana program Kem Pemantapan Aqil Baligh akan dijalankan nanti di SKSP menggunakan Modul Persediaan Awal Remaja.

Perjalanan pergi saya dari Kajang ke Shah Alam pagi tadi melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya SKVE "South Klang Valley Expressway" (E26), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (E6) dan Lebuhraya Utara Selatan (E1). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E26 masuk melalui Plaza Tol Ayer Hitam dan keluar melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra. Di E6 masuk melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan keluar melalui Plaza Tol Ebor. Di E1 tidak melalui plaza tol.

Perjalanan pulang saya dari Shah Alam ke Kajang petang ini pula melalui Lebuhraya Utara Selatan (E1) iaitu sebelum Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Metramac (E37) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E1 melalui Plaza Tol Batu 3, E37 melalui Plaza Tol 5 (Salak Selatan) dan E7 melalui Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Khutbah Jumaat 08102010

Kajang, 08/10/2010 – Saya pergi ke Surau Jenaris di Jalan Jenaris 3 untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba di surau sebelum azan Zohor berkumandang. Waktu Zohor hari ini ialah pada jam 1:04 petang. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh khatib yang bertugas. Khutbah Jumaat kali ini membincangkan tajuk berkenaan kematian dan kehidupan selepas mati.

Umur manusia sekarang jarang melebihi 100 tahun. Purata umur manusia sekarang ialah 60 hingga 80 tahun sahaja. Setiap manusia pasti mati dan meninggalkan dunia. Para nabi dan rasul juga meninggal dunia (wafat).

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (Surah an-Nisak: Ayat 78).

Manusia berasal daripada tanah dan kembali kepada tanah. Roh yang menyebabkan kita hidup. Alam barzakh akan dihadapi oleh kita semua. Bagi jenazah yang beriman, alam barzakh merupakan tempat yang damai untuknya. Akhir zaman ini, sedikit sahaja daripada kita yang mengingati mati. Buatlah persediaan untuk kehidupan selepas mati.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Setiap yang berjiwa akan marasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran: Ayat 185).

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi memang memeritkan. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. juga mesti diterima oleh umatnya. Allah S.W.T. sahaja yang tidak mati. Para nabi dan malaikat pun cuma mengetahui sebahagian sahaja daripada perkara-perkara ghaib. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh serta padang mahsyar menanti kedatangan kita.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Dia ialah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. (Surah al-Jin: Ayat 26 dan 27).

Juga telah berfirman: Maksudnya: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul dan telah berlalu (wafat) sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh (khabar angin ketika perang Uhud), kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah Ali Imran: Ayat 144).

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jasa Guru

(1)
Jasa guruku tak terhingga.
Aku tidak melupakannya.
Banyakku dapat ilmu daripadanya.
Jasanya -ku kenang sampai bila-bila.

ULANG RANGKAP (1).

(2)
Guruku mengenalkanku pada Tuhanku.
Rasul dan wali juga diberitakan.
Para malaikat dan juga akhirat.
Segala suratan Allah yang menentukan.

ULANG RANGKAP (1).

(3)
Guruku mengajar berakhlak mulia.
Berkasih sayang sesama manusia.
Bertolong bantu dan juga bersatu.
Berkorban berkhidmat menabur jasa.

ULANG RANGKAP (1).

(4)
Guruku menanamkan cinta akhirat.
Menyedarkan aku dunia sementara.
Jangan lalai jangan terpesona.
Bertakwalah sebagai bekalan ke sana.

(5)
Aku berdoa’ kepada Tuhanku.
Agar dosa guruku diampunkan.
Jasanya padaku diberi pahala.
Di akhirat darjat guruku ditinggikan.

ULANG RANGKAP (1), (4), (5), (1) DAN (1).

ARTIS : AEMAN.
ALBUM : ALIF BA TA.

Jasa Guru-Aeman | Musicians Available

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.