Sabtu, 29 Januari 2011

Jangan Hampiri Zina

Tahniah diucapkan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor kerana telah menerbitkan sebuah buku kecil (risalah) untuk dibaca, difahami dan dihayati. Ia bukan sahaja untuk bacaan murid-murid atau pelajar-pelajar di sekolah. Bahkan buku ‘Jangan Hampiri Zina’ amat sesuai dibaca oleh setiap golongan masyarakat.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk: Ayat 32).

Apabila berduaan seorang lelaki dan seorang perempuan, maka yang ketiganya ialah syaitan. Pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.

Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat dan rindu. Kemudian pertemuan diatur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit untuk “privacy”. Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan. Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang pujuk. Hubungan semakin rapat, sudah berani pegang tangan dan duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan. Penghujung jalan perzinaan adalah kesengsaraan. Sedarlah, ramai orang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan ini. Kasihanilah diri sendiri. Kasihanilah kedua ibu bapa yang melahirkan kita. Jangan diconteng arang ke muka mereka. Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda pun.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul iaitu cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang suci. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan dan jalanan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Ingatlah apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Khamis, 20 Januari 2011

Kebaikan Mata Wang Dinar Emas

Kuala Lumpur, 20/01/2011 – Harga satu dinar bagi syiling emas 22 karat (916) yang beratnya 4.25 gram pada jam 7:00 pagi tadi ialah RM642.00. Emas merupakan salah satu mata wang yang paling stabil pernah digunakan manusia selain perak. Nilai emas yang stabil sangat menarik perhatian sejak daripada awal tamadun Islam lagi. Emas tetap mengekalkan nilainya dan tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil serta menghalang (manusia) dari jalan Allah. Juga orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih. (Surah at-Taubah: Ayat 34).

Dinar untuk wang emas dan dirham untuk wang perak merupakan mata wang Islam sebenar. Emas mempunyai nilai yang tinggi dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia. Nilainya lebih stabil daripada wang kertas dan boleh digunakan sebagai harta simpanan, harta cagaran di pusat-pusat gadaian, sumbangan, derma, sedekah, hadiah, bayaran mas kahwin dan lain-lain.

Istilah ‘Dinar’ dipilih berdasarkan mata wang Islam yang pernah digunakan di Kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khalifah-khalifah ar-Rasyidin dan tersebar hingga ke lain-lain kawasan di dunia ini.

Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan berat syiling emas tujuh dinar (seberat 4.25 gram untuk satu dinar berketulenan 916) ialah bersamaan dengan berat syiling perak sepuluh dirham (seberat 3 gram untuk satu dirham berketulenan 999).

Ahad, 16 Januari 2011

Sistem Kedudukan Sejagat

Sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi bumi disebut sebagai Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning System” (GPS). Alat ini digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat, kapal dan lain-lain. Pemandu kereta tidak perlu memikirkan risiko sesat kerana alat yang menggunakan pengesanan satelit pada satu-satu masa itu mampu menunjukkan arah navigasi dengan tepat. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS yang membolehkan kedudukannya dikenal pasti dalam apa jua cuaca sama ada siang atau malam.

GPS pada mulanya dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi sekarang ia telah digunakan oleh orang awam untuk membantu pandu arah. Alat ini merupakan satu keperluan dalam kenderaan seperti kereta bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.

Fungsi GPS membolehkan pengguna mengetahui lokasi kedudukan dan arah yang hendak dituju. Kita tidak perlu menggunakan kompas dan peta lagi jika memiliki GPS. Set peta pada alat ini boleh dikemaskini secara “online” melalui internet.

Kebanyakan alat ini menggunakan skrin sesentuh untuk menentukan tempat yang dituju dengan memasukkan nama tempat tersebut sebelum memulakan pemanduan. Perisian komputer akan mengesan lokasi dan menunjukkan arah yang sepatutnya dituju bermula dari kedudukan semasa kenderaan.

Alat GPS bukan sekadar alat navigasi tetapi juga dilengkapi fungsi ejaan nama tempat yang dicari, fungsi-fungsi tempat menarik seperti senarai tempat makan, stesen minyak, transit, penginapan, pusat membeli belah, bank, tempat letak kereta, rekreasi, hospital dan lain-lain. Ia turut mempunyai fungsi menyimpan laluan yang mungkin diperlukan pada masa akan datang.

Terdapat banyak model GPS di Malaysia. Antaranya ialah alat GPS Garmin yang mampu dimiliki seperti model Garmin nuvi 1250. Jika ada pengguna yang membeli alat ini pada 7 Oktober 2010, harganya ialah RM520.00. Ukuran skrinnya ialah 3.5 inci.

Jumaat, 7 Januari 2011

Atasi Godaan Syaitan Melalui Doa'

Semua syaitan tak -kan lepaskan kita semua dari kiri kanan dari depan belakang. Syaitan datang untuk menggoda kita semua wahai sekalian umat manusia di dunia. Aku anak Islam yang selalu riang tak pernah takut dan gelisah kerana -ku yakin selalu, Allahu Rabbi bersamaku.

Syaitan sudah tahu sejak dahulu ker-na itu mereka mengajakmu. Masuk neraka bersama mereka. Itulah tempat abadinya. Aku tahu syaitan adalah musuhku kerana itu aku akan berdoa’ selalu supaya sang syaitan tak akan mampu mendekati dan menggodaku.

Syaitan sudah tahu sejak dahulu ker-na itu mereka mengajakmu. Masuk neraka bersama mereka. Itulah tempat abadinya. Aku tahu syaitan adalah musuhku kerana itu aku akan berdoa’ selalu supaya sang syaitan tak akan mampu mendekati dan menggodaku.

Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun Baru 2011 Masihi

Kuala Lumpur, 01/01/2011 - Detik 12:00 tengah malam hari ini telah disambut menandakan bermulanya tarikh 1 Januari 2011 Masihi (26 Muharram 1432 Hijrah). Tahun Masihi memang dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana seluruh dunia menjadikannya tarikh utama di dalam kalendar mereka. Awal tahunnya dijadikan hari cuti umum.

Menyambut kedatangan tahun baru masihi bukanlah sesuatu yang salah tetapi cara sambutan dan orang-orang yang menyambutnya. Mereka menyambutnya dengan cara yang salah kerana inginkan keseronokan semata-mata. Sepatutnya ia diselitkan dengan unsur kesyukuran dan ingatan kepada Allah S.W.T.

Perkataan ‘Masihi’ diambil daripada gelaran al-Masih bagi Nabi Isa a.s. Sempena tahun baru masihi kali ini, marilah sama-sama kita mengingati semula kisah kelahiran Nabi Isa a.s. berdasarkan al-Qur’an.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Ingatlah), ketika malaikat (Jibril) berkata: “Wahai Maryam, sesungguhnya Allah mengembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimah (yang datang) daripada-Nya, namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan akhirat serta termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). Dia juga berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika dewasa serta dia termasuk di antara orang-orang yang saleh”. (Surah Ali Imran: Ayat 45 dan 46).

Nabi Isa a.s. ialah anak kepada Maryam yang telah dibesarkan oleh Nabi Zakaria a.s. Kitab Injil telah diturunkan sebagai syariat yang akan diikuti oleh orang-orang yang beriman ketika itu. Kelahiran baginda adalah suatu ketentuan Allah S.W.T. kerana Nabi Isa a.s. tidak mempunyai ayah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Maryam berkata: “Wahai Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun”. Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: ‘Jadilah’, lalu jadilah dia”. (Surah Ali Imran: Ayat 47).

Ini bagi membuktikan kepada manusia bahawa Allah amat berkuasa melakukan apa yang disukai-Nya. Apa yang berlaku adalah untuk menguji keimanan manusia pada zaman itu hinggalah hari kiamat nanti.

Allah S.W.T. telah mengajar Nabi Isa a.s. ilmu menulis, hukum-hukum agama dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya seperti kitab Taurat. Baginda dianugerahkan kitab Injil sebagai syariat.

Nabi Isa a.s. dilantik oleh Allah S.W.T. sebagai seorang rasul kepada Bani Israil yang juga dikenali sebagai kaum Yahudi. Baginda melaksanakan tugasnya sebagai seorang rasul dengan tekun dan sabar.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.