Ahad, 27 Mac 2011

Palestine Will Be Free

Every day we tell each other. That this day will be the last. And tomorrow we all can go home free. And all this will finally end. Palestine tomorrow will be free. Palestine tomorrow will be free.

No mother no father to wipe away my tears. That’s why I won’t cry. I feel scared but I won’t show my fears. I keep my head high. Deep in my heart I never have any doubt. That Palestine tomorrow will be free. Palestine tomorrow will be free.

I saw those rockets and bombs shining in the sky. Like drops of rain in the sun’s light. Taking away everyone dear to my heart. Destroying my dreams in a blink of an eye. What happened to our human rights? What happened to the sanctity of life? And all those other lies? I know that I’m only a child. But is your conscience still alive.

I will caress with my bare hands. Every precious grain of sand. Every stone and every tree. -Cause no matter what they do. They can never hurt you. -Cause your soul will always be free.

Palestine tomorrow will be free. Palestine tomorrow will be free.

Ahad, 20 Mac 2011

Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2011

Kajang, 20/03/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah kembali semula ke rumah pagi tadi selepas bercuti di beberapa buah negeri. Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Pertengahan Penggal 1 bagi tahun 2011. Cuti sekolah kali ini bermula pada 12 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011.

Pada petang 11 Mac 2011, saya dan keluarga telah pulang ke kampung di daerah Jasin, Melaka menjenguk emak mentua saya. Kami telah bertolak dari rumah di Kajang dan tiba di sana pada waktu malam. Kami bermalam di sana.

Pada 12 Mac 2011, kami bersama emak mentua saya dan beberapa orang ahli keluarga yang lain telah pergi ke Segamat, Johor pula. Kakak kepada isteri saya mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya. Kami bermalam di sana.

Pada 13 Mac 2011, kami telah berpatah semula ke rumah emak mentua saya. Kami bermalam di sana untuk beberapa malam lagi.

Pada 15 Mac 2011, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah kembali semula ke rumah di Kajang. Kami bermalam di sini.

Pada pagi 16 Mac 2011, saya dan keluarga telah pulang ke kampung di daerah Lipis, Pahang menjenguk emak saya. Kami telah bertolak dari rumah di Kajang dan tiba di sana pada waktu petang. Kami bermalam di sana untuk beberapa malam.

Pada pagi tadi, kami sekeluarga telah tiba semula ke rumah di Kajang. Esok akan bermula semula sesi persekolahan selepas Cuti Pertengahan Penggal 1.

Saya tidak dapat bertugas di sekolah esok dan lusa kerana doktor telah mengeluarkan Surat Akuan Sakit (MC). Saya terkena sakit mata dan ia boleh berjangkit. Doktor mengesahkan telah memeriksa saya dan didapati tidak sihat serta tidak dapat menjalankan tugas selama dua hari.

Khamis, 10 Mac 2011

Malaikat Jadi Tentera

Semasa berlakunya Perang Badar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.

Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraisy. Seteleh mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke tempat khusus untuk bermunajat dan bermohon restu kepada Allah: “Ya Allah kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini”.

Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang dengan penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa’ dengan bersungguh-sungguh sehingga terjatuh kain serban dari atas bahunya. Abu Bakar terpaksa meletakkannya semula di atas bahu Baginda lalu berkata: “Cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu”.

Ketika itu, Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah al-Anfal: Ayat 9).

Baginda terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu Bakar bahawa Jibril telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihak musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Quraisy. Baginda berkata, “Musnah kalian semua”, sambil melontar pasir itu ke arah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata, hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.

Pengajaran: Allah telah memperingatkan kepada umat Islam agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musuh, sama ada persiapan dari segi fizikal, jiwa dan hubungan hati dengan Allah atau kelengkapan senjata. Tetapi persiapan yang paling utama ialah persiapan iman dan takwa.

SUMBER: SOLUSI. Isu No. 2. Edisi Ulang Cetak.

Jumaat, 4 Mac 2011

Restoran Jabal Lubnan, Taman Tenaga

Kajang, 04/03/2011 – Saya pergi ke Taman Tenaga selepas solat Jumaat tadi. Bertolak dari Masjid Jamek Pekan Kajang menuju ke Taman Tenaga dengan kereta. Keluar dari masjid selepas solat Jumaat. Saya memandu kereta melalui Pekan Kajang sebelum tiba di Jalan Reko. Selepas itu, saya membelok kereta yang dipandu masuk ke Taman Tenaga. Berhenti di sebuah restoran Arab iaitu Restoran Jabal Lubnan.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Kebiasaannya saya pergi bersama isteri dan anak-anak iaitu ketika kami masih berempat orang. Oleh kerana sekarang sudah berlima orang dan anak kami yang ketiga baharu berumur 3 bulan lebih, kali ini saya pergi seorang diri sahaja. Saya sempat makan dan minum di restoran tersebut serta memesan makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Di restoran tadi, saya memesan shawarma ayam, minuman “Apple Malt” dan dua bungkus nasi Arab bersama daging.

Ketika saya sedang menjamu selera di restoran tersebut, sempat juga berborak dengan beberapa orang Arab yang makan minum dan bekerja di situ.

Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Jabal Lubnan di Kajang, alamatnya ialah:
No 123, Jalan Tenaga 18,
Taman Tenaga,
43000 Kajang,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Jabal Lubnan serta singgah ke beberapa buah tempat sebelum bertolak pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.