Khamis, 23 Jun 2011

Misteri Gambar Batu Terapung

Gambar yang didakwa sebagai batu terapung yang ingin terbang mengikut Nabi Muhammad s.a.w. ketika peristiwa Israk dan Mikraj telah tersebar di internet. Sebenarnya gambar tersebut adalah penipuan grafik yang telah direka oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Penipuan tersebut dapat dikenal pasti oleh pakar grafik setelah mereka membuat siasatan.

Cerita berkenaan batu terbang ketika peristiwa Israk dan Mikraj ialah kisah tentang sebongkah batu yang mahu mengikut Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit. Cerita berkenaan batu tersebut kurang jelas sandaran hadisnya. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan bahawa hadis berkenaan batu terbang tersebut adalah palsu. Kita tidak perlu percaya kepada cerita tentang batu tersebut.

Batu yang benar-benar wujud serta disebut sebagai mukjizat Israk dan Mikraj terletak di tengah-tengah bangunan di dalam DOME OF THE ROCK (Masjid Qubah as-Sakhrah). Masjid tersebut terletak tidak jauh dari Masjid al-Aqsa. Kedua-dua masjid tersebut terletak di Bayt al-Maqdis, Palestin.

Masjid Qubah as-Sakhrah mempunyai kubah berwarna kuning keemasan dan dikenali sebagai DOME OF THE ROCK. Sebahagian orang mengatakan ia adalah Masjid Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang dibangunkan setelah penaklukan Bayt al-Maqdis yang pertama kali.

Masjid al-Aqsa pula disebut sebagai Masjid Biru kerana mempunyai kubah berwarna biru. Ada yang mengatakan kubahnya berwarna hijau. Kini warna biru atau hijaunya sudah pudar. Di masjid inilah Nabi Muhammad s.a.w. singgah ketika melaksanakan Israk dan Mikraj.

Satu lagi penipuan sejak dahulu ialah media Yahudi menampilkan Masjid Qubah as-Sakhrah sebagai Masjid al-Aqsa supaya Yahudi boleh menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan SOLOMON TEMPLE (Kuil Sulaiman) di tapak runtuhan al-Aqsa.

Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi dinamakan MESSIAH (al-Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di SOLOMON TEMPLE dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah.

Sabtu, 18 Jun 2011

Konsol Permainan Retro

Anda pasti akan teruja dengan laman web Pica Pic (pica-pic.com). Ia bukan sembarangan laman web, malah Pica Pic seharusnya dicatat sebagai sejarah laman web dan internet kerana berjaya mengembalikan bukan sahaja memori kita, malah membangkit keterujaan kita terhadap “Game” atau konsol permainan elektronik tangan retro yang tiada lagi di pasaran oleh Hipopotam Studio.

Daripada Caveman, Batman, Donkey Kong Jr, Aerogun Field dan The Terminator, Pica Pic menyediakan pelbagai konsol permainan yang boleh dimainkan secara talian, mengembalikan ingatan sesetengah kita ke zaman kanak-kanak. Gambar konsol sebenar dipaparkan berserta maklumat tahun pembuatan model dan pengeluar. Apabila kita klik pada konsol permainan tersebut, kita boleh mula bermain menerusi kawalan tetikus dan papan kekunci. Memang pengalaman yang luar biasa.

Setiap satu permainan juga mencatatkan senarai nama dan markah tertinggi permainan tersebut mengikut mingguan, bulanan dan pemegang rekod setiap masa. Sebanyak 23 konsol permainan disediakan setakat ini dan beberapa lagi akan ditambah di masa akan datang. Jika anda masih tidak teruja dengan laman web ini, pasti ada yang tidak kena!

SUMBER: Majalah PC. Jun 2011.

Ahad, 12 Jun 2011

Modul dan Manual Kem Aqil Baligh

Tahniah diucapkan kepada Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor kerana telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Modul dan Manual Kem Aqil Baligh’ (AQBAL). Buku ini telah ditulis oleh sekumpulan panel yang terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor.

Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal untuk Modul serta Manual Kem AQBAL ini alah Ustaz Asyaful Adli bin Satimin, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa, Ustaz Muhammad Afandie bin Yahaya, Ustaz Hairul Hisyam bin Adam, Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie, Ustaz Mohd Hamidi bin Zakaria, Ustaz Muhammad Shahril bin Shahari, Ustaz Mohd Ikmal bin Rosli, Ustaz Rafii bin Mairi, Ustaz Mohamad Ridza bin Samsudin, Ustaz Wan Azham bin Wan Zainal Abidin dan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim.

Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) Sepang telah mengadakan program rintis Kem Pemantapan Aqil Baligh pada bulan Oktober 2010 bagi murid-murid Tahun 6 di SKSP. Saya bersama beberapa orang rakan daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal Modul serta Manual Kem AQBAL buat pertama kalinya menjalankan aktiviti kem secara praktikal di sekolah tersebut. Ustaz Mohd Faizal bin Husin dari SKSP sebagai penyelaras program.

Modul ini mensasarkan murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa senggang sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah perlu untuk diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Modul ini memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu aqidah, ibadah dan akhlak. Dengan kata lain, modul ini memfokuskan kepada penguasaan ilmu Fardhu A’in.

Modul ini adalah pengukuhan kepada program Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in (j-QAF). Juga pengukuhan kepada penilaian Perkara Asas Fardhu A’in (PAFA).

Modul ini adalah satu cadangan program. Pihak sekolah atau penganjur boleh membuat penyesuaian berdasarkan lokasi dan keadaan sekolah.

Ahad, 5 Jun 2011

Perjumpaan Bekas Pelajar SMAPT Jun 2011

Kajang, 05/06/2011 – Jam 12:07 tengah malam, saya memandu kereta keluar dari perkarangan Bangunan Dato’ Nazir. Baru sebentar tadi (semalam), saya dan enam orang rakan telah mengadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) bertempat di Restoran Sate Kajang Hj Samuri, Meja No 215, Tingkat 1, Jalan Kelab, Bangunan Dato’ Nazir.

Malam tadi (semalam), saya tiba kira-kira jam 9:20 malam di perkarangan Bangunan Dato’ Nazir. Apabila sampai di meja bernombor 215, empat orang rakan telah sedia menunggu. Selepas itu, seorang demi seorang tiba ke restoran ini. Terdapat juga rakan-rakan yang hadir ke sini membawa keluarga mereka. Ini merupakan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMAPT yang lahir pada tahun 1974 dan 1975. Bekas-bekas pelajar yang telah datang untuk pertemuan pada malam ini ialah saya, Izwan, Safuan, Fairuz, Abdul Razak, Zurimi dan Wan Zamri.

Saya mendapat maklumat berkenaan perjumpaan yang dirancang ini melalui telefon. Ada di antara rakan-rakan yang telah berjumpa sebelum ini dan ada juga rakan-rakan yang tidak bertemu sejak berbelas-belas tahun atau lebih daripada dua puluh tahun selepas menamatkan pengajian di SMAPT. Malam ini merupakan pertemuan semula setelah kami berhubung melalui internet dan telefon sahaja.

Mengimbas kembali kenangan ketika belajar di SMAPT. Tahun 1988, saya berada di Kelas Peralihan bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1975. Tahun 1989, saya terus melompat ke Tingkatan Dua tanpa masuk ke Tingkatan Satu berdasarkan keputusan peperiksaan. Sejak itu, saya belajar bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1974 sehingga berada di Tingkatan Lima pada tahun 1992.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.