Sabtu, 25 Februari 2012

Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform

Hulu Langat, 25/02/2012 – Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson (SKKP) sedang diadakan Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform (Perempuan) Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan 2012.

Perkhemahan bersepadu kali ini diadakan pada 24/02/2012, 25/02/2012 dan 26/02/2012 iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saya bertolak dari rumah di Kajang sebelum waktu Zohor menuju ke SKKP. Ketika dalam perjalanan, azan Zohor pun berkumandang. Perjalanan dari rumah ke SKKP ialah kira-kira 33 kilometer. Oleh kerana terdapat kesesakan lalu lintas, ia memakan masa selama kira-kira 50 minit. Walau pun begitu, saya sampai ke SKKP sebelum jam 2:00 petang untuk membantu jurulatih mengendalikan aktiviti bagi sesi petang.

Saya telah memandu kereta dari rumah ke SKKP sejauh kira-kira 33 kilometer melalui Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan Jalan Hulu Langat. Saya tidak mahu melalui jalan Pintasan Kajang Semenyih, Jalan Sungai Lalang atau Jalan Sungai Tekali ke Jalan Hulu Langat kerana jalan di situ sunyi.

Saya sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP). Pihak SKTP menghantar tiga orang murid perempuan untuk menyertai perkhemahan kali ini. Rakan-rakan sejawat saya yang terdiri daripada guru-guru SKTP turut serta mengendalikan aktiviti-aktiviti perkhemahan di SKKP ini bersama guru-guru dari sekolah lain.

Antara aktiviti yang diadakan di sini ialah Asas Kawad di Pengkalan A, Pengurusan Khemah di Pengkalan B, Bantu Mula di Pengkalan C, Ikatan Tali Temali di Pengkalan D, Kraftangan di Pengkalan E, Masakan Rimba di Pengkalan F, Permainan Kim di Pengkalan G dan Permainan Rakyat di Pengkalan H.

Saya terlibat membantu jurulatih di Pengkalan G untuk aktiviti Permainan Kim. Ia adalah permainan untuk menguji deria bau, rasa dan penglihatan. Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal yang bernama Kimball O’Hara.

Ahad, 19 Februari 2012

Perniagaan Menurut Islam

Manusia memang diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk berniaga. Setiap hari kita terlibat dalam perniagaan seperti berjual beli dan sebagainya. Kita akan mendapat pahala dan keuntungan jika perniagaan tersebut berlandaskan kehendak Islam.

Allah S.W.T. telah menjadikan manusia yang memang memerlukan hajat antara satu sama lain supaya tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti jual beli dan sebagainya. Urusan perniagaan melibatkan penjual dan pembeli. Oleh kerana dalam Islam adanya peraturan tersebut, kehidupan masyarakat akan menjadi lebih teratur.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku suka sama suka. (Surah an-Nisak: Ayat 29).

Ramai di antara kita yang mahu berniaga tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk memulakannya. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memulakan perniagaan. Ada orang yang bermula dengan modal yang kecil dan terdapat juga yang bermula dengan modal yang besar. Semakin banyak modal yang dikeluarkan, semakin tinggi pula risikonya. Ini kerana ada yang sanggup berhutang untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Sekiranya terlibat dalam perniagaan, kita mestilah dapatkan semula modal yang telah dikeluarkan di samping keuntungan daripada perniagaan tersebut. Jika tidak, perniagaan tersebut tidak akan bertahan lama. Jika betul cara berniaga, modal yang kecil pun akan membuatkan perniagaan tersebut semakin lama semakin bertambah maju dengan izin Allah S.W.T.

Terdapat orang yang berniaga secara sambilan dan juga sepenuh masa. Ini kerana perniagaan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Walau pun ada di antara kita yang berpendapatan tetap setiap bulan, sepatutnya kita pun perlu terlibat dalam perniagaan. Cuba jadi seorang penjual pula selepas kita menjadi seorang pembeli.

Kini telah ada urusan jual beli melalui internet. Umat Islam perlu melibatkan diri dalam perniagaan secara dalam talian selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Nabi telah melarang urusan jual beli barang yang mengandungi tipu daya. (Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika suka sama suka. (Riwayat Ibnu Hibban).

Sabtu, 11 Februari 2012

ChoCollagen

Jom cuba produk ChoCollagen jenama Hijrah. Ia adalah gabungan Coklat, Kolagen Marin, Vitamin C dan Vitamin E. Anda boleh hubungi saya dengan menelefon nombor 019-3478217 (Stokis Kajang). Miliki segera produk ini sementara stok masih ada.

Coklat yang dihasilkan daripada biji koko mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa coklat atau koko mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Kolagen Marin adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan kolagen tambahan tubuh manusia. Lazimnya kolagen ini diperoleh daripada sisik dan sirip ikan.

Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang larut dalam air. Ia juga merupakan zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu. Ia juga merupakan salah satu daripada jenis-jenis vitamin utama. Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik Vitamin C. Namun, jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan serta langkah penyediaan.

Vitamin E pula merupakan sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia juga merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis tokoferol dan 4 jenis tokotrienol) yang memiliki sifat vitamin larut minyak dengan ciri anti-oksidan. Ia sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisme, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan kerana ia bersifat anti-oksidan.

ChoCollagen yang menggabungkan Coklat, Kolagen Marin, Vitamin C dan Vitamin E boleh menambahbaikkan keadaan kulit, tulang, gigi, kuku dan rambut. Meningkatkan ketegangan dan dan kekenyalan kulit. Mengurangkan kedutan dan garis halus. Mengekalkan kelembapan kulit. Membantu penyembuhan luka dan mengurangkan parut. Memberi kesan anti-penuaan. Meningkatkan penghasilan kolagen. Mencantikkan dan mencerahkan kulit. Mencantikkan bentuk badan. Kelihatan lebih muda.

Produk ini mempunyai 12 biji dalam satu kotak untuk 12 hari. Makan 1 biji ChoCollagen untuk 1 hari sama ada selepas sarapan pagi atau selepas makan malam. Minum banyak air sepanjang hari.

1 biji ChoCollagen ialah seberat 12 gram. Ia amat sesuai untuk lelaki dan wanita. ChoCollagen dibuat, dikilangkan dan diedarkan oleh MacaMaca Sdn Bhd (900361-D).

Sedap. Mudah. Berkesan. (Delicious. Simple. Effective). Sesiapa yang belum mencuba, jom makan ChoCollagen mulai tahun 2012 ini.

Jumaat, 3 Februari 2012

Akhlak Rasulullah s.a.w.

Aisyah r.a. pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah s.a.w. dan beliau hanya menjawab: Akhlaknya adalah al-Qur’an. Umat Islam mesti mencontohi akhlak baginda supaya krisis moral yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini dapat diatasi dengan cara kembali kepada ajaran agama. Banyak panduan daripada al-Qur’an dan as-Sunnah dalam menangani masalah kerosakan akhlak.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Surah al-Qalam: Ayat 4).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat serta dia banyak menyebut Allah. (Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya aku diutus untuk meyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat al-Bukhari).

Akhlak mulia merupakan sesuatu yang boleh diusahakan. Ia boleh diperbaiki kerana terdapat orang yang dahulunya jahat tetapi setelah diasuh dan dibimbing, dia boleh menjadi orang yang baik. Begitu juga sebaliknya, terdapat orang yang dahulunya baik tetapi setelah diasuh menjadi penjahat, dia boleh menjadi orang yang jahat. Ini menunjukkan bahawa budi pekerti seseorang itu boleh diubah.

Langkah-langkah yang paling berkesan untuk memperbaiki akhlak antaranya ialah dengan memantapkan aqidah, mempunyai ilmu berkenaan akhlak, ingat selalu kepada Allah S.W.T., banyak melakukan ibadat, bijak memilih kawan, contohi akhlak Rasulullah s.a.w. dan boleh menerima teguran serta nasihat.

Diri Rasulullah s.a.w. amat sempurna. Akhlak baginda sungguh mulia. Mempunyai jasa yang amat berharga sehingga boleh menerangi jalan kita untuk ke syurga. Marilah sama-sama kita sentiasa berselawat. Jangan di bibir sahaja kita mengatakan cinta kepada baginda tetapi di hati pula berdusta.

Kita hendaklah mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. yang sentiasa tabah menghadapi ujian dalam menegakkan agama Islam. Kita mesti yakin syafaat baginda dapat membantu pada hari pembalasan nanti.

Marilah sama-sama kita bersyukur kerana telah diutuskan seorang manusia yang sangat sempurna dan berjasa kepada manusia. Baginda ialah Rasulullah s.a.w. yang selayaknya dikasihi dan dicintai kerana merupakan kekasih Allah S.W.T. paling istimewa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.