Isnin, 26 Mac 2012

Pertama Kali Cuti Sakit Tahun 2012

Kajang, 26/03/2012 – Saya sekarang berada di rumah kerana telah diberi cuti sakit selama seminggu. Ini adalah susulan daripada kejadian saya terjatuh ke dalam longkang tiga hari lepas di sekolah tempat saya mengajar.

Kemalangan tersebut telah berlaku kira-kira jam 7:30 pagi di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat pada 23/03/2012 (Jumaat). Kaki kanan saya terjatuh ke dalam longkang. Pada mulanya rasa sakit sikit sahaja. Kemudian rasa lebih sakit. Saya telah pergi ke Hospital Kajang. Pegawai Perubatan (Doktor) di Jabatan Kecemasan dan Trauma telah membuat pemeriksaan terhadap saya sebelum dibuat pancaran Sinar-X (X-Ray) di Jabatan Pengimejan dan Diaognostik. Oleh kerana kaki saya bengkak, imej Sinar-X tidak berapa jelas. Saya diminta datang semula ke hospital selepas beberapa hari. Saya pergi ke Jabatan Farmasi, mengambil ubat dan pulang ke rumah. Singgah beli dua batang tongkat untuk kegunaan ketika berjalan.

Pada 25/03/2012, sekali lagi saya pergi ke Hospital Kajang. Doktor telah membuat pemeriksaan terhadap saya sebelum dibuat pancaran Sinar-X semula. Didapati seperti ada tulang yang retak. Kaki saya dipakaikan dengan P.O.P. (Plaster of Paris) atau dikenali sebagai plaster simen. Saya telah diberi cuti sakit selama seminggu. Temujanji dengan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi juga dibuat untuk tarikh lawatan akan datang sama ada boleh diberi cuti sakit tambahan atau tidak. Kemudian saya pergi mengambil ubat dan pulang ke rumah.

Rabu, 21 Mac 2012

Koleksi Teka-teki Moden KBSR

Buku ini mengandungi sebanyak 262 koleksi teka-teki yang disusun untuk menguji minda murid-murid sekolah rendah.

Dengan bahasa dan penyampaian yang mudah, buku ini mudah difahami oleh setiap murid. Buku ini boleh dijadikan koleksi buku murid-murid.

Untuk guru-guru dan ibu bapa, buku ini pasti dapat menceriakan suasana aktiviti dan persatuan jika digunakan dengan bijak.

Semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua golongan.

Selamat membaca.

“Publisher”:
IQRA’ PUBLICATIONS
(001035601-V)
8A JALAN PANDAN 8/8,
PANDAN JAYA,
55100 KUALA LUMPUR.

Jumaat, 9 Mac 2012

Khutbah Jumaat 09032012

Kajang, 09/03/2012 – Saya pergi ke Masjid Kampung Sungai Sekamat untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba di masjid kira-kira jam 1:00 petang sebelum azan Zohor berkumandang. Waktu Zohor hari ini ialah pada jam 1:27 petang. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh khatib yang bertugas. Khutbah Jumaat kali ini tajuknya ialah ‘Berdakwah Adalah Satu Kewajipan Kepada Setiap Muslim’.

Dakwah Islam telah berkembang dengan pesat kerana ia telah dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Tugas menyampaikan seruan Islam merupakan kewajipan setiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak berdaya, maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Jika dia tidak berdaya, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman. (Riwayat al-Bukhari).

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh berbuat kebaikan (perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah) serta mencegah daripada segala yang salah (perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah). Merekalah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: Ayat 104).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (Surah Fussilat: Ayat 33).

Tanggungjawab berdakwah hendaklah dilaksanakan secara individu atau berjemaah.

Sabtu, 3 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9

Cheras, 03/03/2012 - Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-9 pagi tadi di Dewan SKTP. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh Encik Arifin bin Khalid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan.

Guru-guru hadir ke SKTP awal-awal pagi lagi. Diikuti dengan kehadiran para ibu bapa dan penjaga. Mereka mendaftarkan diri. Saya berada di Dewan SKTP sejak awal lagi ketika dewan masih kosong. Saya terlibat dalam mengendalikan komputer riba menayangkan tirai latar dalam bentuk "Power Point". Saya menggunakan komputer riba persendirian yang disambungkan kepada projektor sekolah dan dipancarkan ke skrin besar. Sementara menunggu perasmi tiba, para hadirin yang berada di dewan dihidangkan dengan tayangan video.

Pengacara majlis memulakan majlis dengan ucapannya. Bacaan doa’ pembukaan juga dimulakan. Majlis diteruskan dengan ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar SKTP), ucapan Yang Dipertua (YDP) PIBG sesi 2011/2012 dan ucapan perasmian. Kemudian, seorang murid SKTP membuat persembahan nyanyian solo.

Majlis berhenti rehat. Selepas itu, para hadirin masuk semula ke dewan. Majlis diserahkan kepada YDP PIBG sesi 2011/2012 untuk memulakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9.

Selepas itu, PIBG 2011/2012 dibubarkan dengan rasminya. Ahli-ahli jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 pula dilantik. Saya dilantik sebagai Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2012/2013. Sebelum ini, saya pernah menjadi Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2008/2009 di SKTP.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.