Isnin, 28 Jun 2021

PKP 3.0 dan PPN 2021

Kajang, 28/06/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-468. Pagi ini saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah TJ). Jarak di antara rumah SI dan rumah TJ ialah 8 kilometer sahaja. Kedua-duanya terletak di Kajang dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Setakat 28 Jun 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021.

PKP Penuh untuk PKP 3.0 berkuat kuasa mulai hari Selasa, 1 Jun 2021 di Malaysia. PKP 3.0 sebenarnya telah berkuat kuasa pada hari Rabu, 12 Mei 2021 di seluruh Malaysia. Cuma pada 01/06/2021 bermula PKP Penuh (total lockdown) atau penutupan penuh bagi fasa pertama di seluruh negara. Pada 15/06/2021, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat dalam PPN merupakan satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19. Pandemik ialah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

Kewujudan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas antaranya ialah penyebab kerajaan mengambil keputusan untuk mengumumkan PKP Penuh mulai 01/06/2021.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 23 hingga 27 Jun 2021 ialah 2001 orang pada 23/06/2021 (Rabu), 2072 orang pada 24/06/2021 (Khamis), 2187 orang pada 25/06/2021 (Jumaat), 2108 orang pada 26/06/2021 (Sabtu) dan 2212 orang pada 27/06/2021 (Ahad).

Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 23 hingga 27 Jun 2021 ialah 5244 orang pada 23/06/2021 (Rabu), 5841 orang pada 24/06/2021 (Khamis), 5812 orang pada 25/06/2021 (Jumaat), 5803 orang pada 26/06/2021 (Sabtu) dan 5586 orang pada 27/06/2021 (Ahad).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.