Selasa, 1 Jun 2021

PKP Penuh Untuk PKP 3.0 Mulai 1 Jun 2021

Kajang, 01/06/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-441. Pagi ini saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah TJ). Jarak di antara rumah SI dan rumah TJ ialah 8 kilometer sahaja. Kedua-duanya terletak di Kajang dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Setakat 1 Jun 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021.

PKP Penuh untuk PKP 3.0 berkuat kuasa mulai hari ini (Selasa, 1 Jun 2021) di Malaysia. PKP 3.0 sebenarnya telah berkuat kuasa pada hari Rabu, 12 Mei 2021 di seluruh Malaysia. Cuma hari ini bermula PKP Penuh (total lockdown) atau penutupan penuh bagi fasa pertama di seluruh negara.

Kewujudan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas antaranya ialah penyebab kerajaan mengambil keputusan untuk mengumumkan PKP Penuh mulai hari ini.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 27 hingga 31 Mei 2021 ialah 2675 orang pada 27/05/2021 (Khamis), 2052 orang pada 28/05/2021 (Jumaat), 2836 orang pada 29/05/2021 (Sabtu), 2477 orang pada 30/05/2021 (Ahad) dan 2111 orang pada 31/05/2021 (Isnin).

Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 27 hingga 31 Mei 2021 ialah 7857 orang pada 27/05/2021 (Khamis), 8290 orang pada 28/05/2021 (Jumaat), 9020 orang pada 29/05/2021 (Sabtu), 6999 orang pada 30/05/2021 (Ahad) dan 6824 orang pada 31/05/2021 (Isnin).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.