Khamis, 20 November 2025

Unifi TV 2.0 November 2025

Kajang, 20/11/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah SI semula, petang ini. Pagi tadi, sebelum memandu kereta ke Sekasih, saya sempat memasang sendiri kotak berwarna hitam untuk Unifi TV 2.0 menggantikan kotak berwarna perak (model lama) yang dipasang oleh sebuah syarikat telekomunkasi Malaysia iaitu Telekom Malaysia (TM) Berhad sejak pertengahan tahun 2012.

Di rumah SI, saya telah menggunakan talian internet Unifi (high speed broadband) daripada syarikat TM Berhad sejak pertengahan tahun 2012. Pakej VIP5 dengan kelajuan muat turun dan muat naik sehingga 5 Mbps. VIP ialah V (Video atau Televisyen Protokol Internet yang sebelum ini dikenali sebagai Hypp TV dan selepas itu dikenali sebagai Unifi TV), I (Internet Berkelajuan Tinggi) dan P (Panggilan Telefon iaitu Perkhidmatan Suara). Peralatan percuma ketika itu ialah telefon rumah tanpa wayar Motorola, router dengan Wi-Fi, TV Set-Top Box dan Broadband Termination Unit. Pemasangan juga adalah percuma. Talian internet boleh disambungkan terus pada komputer rumah dengan kabel dan telefon pintar boleh menggunakan sambungan Wi-Fi tanpa kabel.

Mulai tahun 2018, saya telah menggunakan unifi 100 Mbps (Turbo Upgrade 2018). Pada hari Rabu, 7 Ogos 2019 ada orang datang memasang secara percuma router yang baharu menggantikan router lama untuk mendapatkan talian internet 100 Mbps (Unifi). Model router baharu berkenaan ialah AC1200 Wi-Fi Gigabit Router.

Hari ini (Khamis, 20 November 2025) saya mula menggunakan Unifi TV 2.0 yang lebih canggih. Bulan ini (November 2025), sebuah syarikat penghantaran barang iaitu LineClear Express telah menghantar peralatan yang diperlukan untuk saya memasang sendiri Unifi TV 2.0 di rumah SI.

Saya boleh mengakses Unifi TV pada komputer melalui laman web dan juga menggunakan aplikasi Unifi TV 2.0 yang dipasang pada telefon pintar. Kotak Unifi TV yang baharu kini dilengkapi dengan sistem operasi Android TV berdasarkan sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Google.

Rabu, 19 November 2025

HCTM UKM 19.11.2025

Kuala Lumpur, 19/11/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Perodua Alza Mystical Purple) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 18/11/2025 (Selasa), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM30.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 19/11/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter B, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9015 (jam 8:04 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor 9015 dipanggil ke Bilik 9. Diberi pula nombor 6033 (jam 9:03 AM) dan borang untuk analisis permukaan okular (ocular surface analysis) K5. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nombor 6033 dipanggil ke Bilik 4, diperiksa kanta cermin mata dan kanta tiruan dalam mata kanan untuk mengetahui bilangan kuasa yang diperlukan bagi kanta cermin mata. Ia dikendalikan oleh bahagian optometri iaitu pengukuran ketajaman pelihatan (kebolehan melihat) dan penentuan kaca mata yang sesuai (dari segi kuasa) untuk memperbaik pelihatan. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nombor 9015 dipanggil ke Bilik 7. Diperiksa mata saya oleh Dr Chan Kwok Hoong menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 14 mmhg. Diberi borang untuk imbasan mata di Bilik 8. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C.

Di Bilik 8 (Unit Imagenet) untuk ujian mata OCT (Optical Cohorence Tomography) bagi melihat retina pada mata.

Saya kembali ke Bilik7 berjumpa Dr Chan Kwok Hoong. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang lain juga merawat mata saya. Mereka merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Chan Kwok Hoong. Hari ini tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu seterusnya ditulis di Kaunter B.

Sebelum pembedahan mata pada 18 September 2025, jenis penyakit yang dihidapi oleh saya ini ialah kejatuhan nukleus (nucleus drop). Selepas pembedahan mata pada 18 September 2025, kanta mata tiruan di dalam mata kanan saya ialah kanta untuk penglihatan baharu.

Saya mendapatkan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1218. Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam.

Turun ke tingkat G dan pergi ke kafe hospital, membeli makanan dan makan di sini. Nasi Komok dari gerai Masakan Barat, Kak Ann Fried Chicken (RM10.00). Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Singgah juga ke Coop Mart beli barang-barang untuk dibawa pulang (RM10.90). Keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Perodua Bezza HBB 7390 dari HTCM ke rumah SI (RM27.00).

Ahad, 2 November 2025

Percutian ke Kuala Selangor dan Sekinchan 2025

Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Sabtu (cuti hujung minggu) ini dan Ahad (cuti pangkal minggu) ini bukan giliran minggu pulang ke rumah. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. RM285.43 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 2, Kuala Selangor Boutique Hotel (KSBH), No 3, Jalan Raja Idris, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin. Pintu masuk utama berhampiran bilik kami di tingkat paling bawah. Terdapat bilik-bilik lagi di dua tingkat di atas dengan menaiki tangga. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Saterika di luar bilik (berhampiran tangga). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Sabtu, 1 November 2025.

Sabtu, 1 November 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah TJ pada 10:41 AM. Kami melalui bandar. Perjalanan sejauh 91 kilometer dari Bandar Kajang ke Bandar Kuala Selangor. Saya memandu Perodua Bezza melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan Jalan Rawang. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Taman Rimba Templer, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Barat (guna tandas), PT Kuang Barat dan PT Ijok. Di Kuala Selangor, kami terus ke Festival Makanan Warisan Selangor (FMWS) di Kompleks Sukan. Ada makanan yang diedar secara percuma dan ada yang dijual. Tempah bilik di KSBH secara dalam talian. Parkir kereta dan matikan enjin di depan KSBH pada 3:00 PM. Daftar masuk. Bawa barang-barang masuk ke dalam bilik. Solat dan berehat. Berjalan kaki di Bandar Kuala Selangor dan pergi ke Bukit Malawati setakat Perigi Beracun. Pagi esok kami bercadang hendak naik trem ke puncak bukit. Turun semula ke bawah. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berehat di Dataran Malawati. Pulang ke bilik. Solat dan berehat. Keluar semula makan malam di restoran sebelah hotel. Pergi ke kedai serbaneka beli makanan. Kembali ke tempat penginapan untuk bermalam.

Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Sabtu, 1 November 2025). RM53.63 Tempahan dalam talian untuk KSBH (kad debit). RM8.30 MyDebit kepada Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor (kad debit). RM21.40 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (makan dan minum).

Pengeluaran Touch 'n Go J (Sabtu, 1 November 2025). SmartTAG. RM1.30 PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 10:58 AM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:08 PM. RM2.50 PT Kuang Barat di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:38 PM. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:45 PM.

Lain-lain (Sabtu, 1 November 2025). Pengeluaran Tunai L: RM10.00 Makanan dari kawasan rehat E25. RM7.00 Makanan dan minuman dari FMWS. RM2.00 Makanan dari kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor. Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM17.00 Scan and Pay kepada gerai-gerai di FMWS (makanan dan minuman). RM11.10 MyDebit kepada kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor (makanan).

Ahad, 2 November 2025 (hari kedua). Bangun pagi dan solat. Saya, isteri dan anak-anak bersarapan di dalam bilik hotel. Berjalan kaki ke Dataran Malawati. Naik trem ke puncak Bukit Malawati (kanak-kanak $3 x 2 dan dewasa $5 x 2). Turun di stesen trem. Melawat Baitul Hilal, rumah api (lighthouse), Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor (kanak-kanak $0 x 2 dan dewasa $3 x 2) serta tempat lain-lain. Kawanan monyet juga ada di sini. Naik trem di stesen yang sama. Kembali ke Dataran Malawati. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui SARA. Kembali ke tempat penginapan untuk berehat. Bawa barang-barang keluar dari dalam bilik. Daftar keluar. Bergerak dari kawasan parkir pada 11:17 AM. Saya memandu ke destinasi seterusnya. Perjalanan sejauh 31 kilometer dari KSBH ke Terminal Sekinchan (TS). Tiba pada 12:05 PM. Kafe kapal terbang (Wings of Verse) berada di dalam pagar berkunci di tengah sawah padi. Singgah beli permainan kapal terbang anak-anak. Saya meneruskan pemanduan di jalan-jalan parit tengah bendang. Perjalanan 10 kilometer dari TS ke restoran yang kami berhenti makan tengah hari di Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan (menghala ke arah Kuala Selangor). Meninggalkan Sekinchan dan Kuala Selangor. Saya memandu kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Ijok, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Timur (guna tandas serta solat di surau), PT Kuang Timur dan PT Taman Rimba Templer. Keluar dari E25 masuk ke Jalan Rawang, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh PT Batu 9. Keluar dari E7 masuk ke jalan raya dalam bandar dan memandu di belakang Hospital Kajang hingga sampai ke rumah TJ.

Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Ahad, 2 November 2025). RM66.50 Scan and Pay kepada Restoran Aji Mentarang Bakar, Sekinchan (makan dan minum).

Pengeluaran Touch 'n Go J (Ahad, 2 November 2025). SmartTAG. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 3:21 PM. RM2.50 PT Kuang Timur di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM. RM1.30 PT Batu 9 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 5:06 PM.

Pengeluaran Tunai J (Ahad, 2 November 2025). RM16.00 Naik trem dari DM ke BM. RM13.00 Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor.

Lain-lain (Ahad, 2 November 2025). Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM15.90 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (bungkus makanan dan minuman). RM6.00 MyDebit kepada MSDKS. RM20.00 Scan and Pay kepada gerai di depan TS (dua buah kapal terbang polistirena).

Sabtu, 1 November 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 10.2025

Kajang, 01/11/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ pada hari pertama bulan November 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Oktober tahun 2025.

01/10/2025 (Rabu) malam Khamis, 02/10/2025 (Khamis) malam Jumaat, 03/10/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 04/10/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

05/10/2025 (Ahad) malam Isnin, 06/10/2025 (Isnin) malam Selasa, 07/10/2025 (Selasa) malam Rabu, 08/10/2025 (Rabu) malam Khamis dan 09/10/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

10/10/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 11/10/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

12/10/2025 (Ahad) malam Isnin dan 13/10/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

14/10/2025 (Selasa) malam Rabu dan 15/10/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

16/10/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

17/10/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

18/10/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 bermalam di lokasinya.

19/10/2025 (Ahad) malam Isnin, 20/10/2025 (Isnin) malam Selasa dan 21/10/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

22/10/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

23/10/2025 (Khamis) malam Jumaat dan 24/10/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

25/10/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

26/10/2025 (Ahad) malam Isnin, 27/10/2025 (Isnin) malam Selasa, 28/10/2025 (Selasa) malam Rabu, 29/10/2025 (Rabu) malam Khamis dan 30/10/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

31/10/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

Jumaat, 31 Oktober 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Oktober 2025

Kajang, 31/10/2025 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah SI. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/10/2025 (RM571.00) dan (RM524.00).
02/10/2025 (RM568.00) dan (RM521.00).
03/10/2025 (RM563.00) dan (RM517.00).
04/10/2025 (RM572.00) dan (RM525.00).
05/10/2025 (RM571.00) dan (RM524.00).
06/10/2025 (RM571.00) dan (RM524.00).
07/10/2025 (RM583.00) dan (RM535.00).
08/10/2025 (RM583.00) dan (RM535.00).
09/10/2025 (RM595.00) dan (RM546.00).
10/10/2025 (RM584.00) dan (RM536.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/10/2025 (RM591.00) dan (RM543.00).
12/10/2025 (RM593.00) dan (RM545.00).
13/10/2025 (RM600.00) dan (RM550.00).
14/10/2025 (RM616.00) dan (RM565.00).
15/10/2025 (RM612.00) dan (RM561.00).
16/10/2025 (RM630.00) dan (RM578.00).
17/10/2025 (RM647.00) dan (RM593.00). 
18/10/2025 (RM627.00) dan (RM575.00).
19/10/2025 (RM629.00) dan (RM576.00).
20/10/2025 (RM629.00) dan (RM576.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/10/2025 (RM620.00) dan (RM568.00).
22/10/2025 (RM607.00) dan (RM556.00).
23/10/2025 (RM608.00) dan (RM557.00).
24/10/2025 (RM612.00) dan (RM561.00).
25/10/2025 (RM609.00) dan (RM558.00).
26/10/2025 (RM607.00) dan (RM556.00).
27/10/2025 (RM602.00) dan (RM552.00).
28/10/2025 (RM587.00) dan (RM537.00).
29/10/2025 (RM583.00) dan (RM534.00).
30/10/2025 (RM580.00) dan (RM531.00).
31/10/2025 (RM593.00) dan (RM543.00).

Khamis, 30 Oktober 2025

Zakat Emas 8 Jamadilawal 1447

Kajang, 30/10/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah SI. Hari ini juga ialah 08/05/1447. Ia bermaksud 8 Jamadilawal 1447 (Khamis) 30 Oktober 2025.

Pada 8:55 AM, saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan Kad Debit kerana kaedah FPX (Financial Process Exchange) dan JomPay tidak berjaya. Walaupun begitu, ia menggunakan tapak yang sama di laman web FPX.Zakat.Selangor.com.my - Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor). Ia merupakan satu kaedah pembayaran "online" terkini di Malaysia yang diuruskan oleh MEPS (Malaysian Electronic Payment System) Sdn Bhd. Ia adalah satu platform transaksi kewangan secara "online" yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet.

Tahun 1447 Hijrah (2025 Masihi), saya masih memilih cara pembayaran dalam talian kerana ia merupakan kaedah yang pantas, mudah dan selamat untuk menunaikan kewajipan. Umat Islam boleh membayar zakat tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja hanya dengan beberapa klik. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai dan mengelakkan beratur panjang di kaunter.

Tahun ini (1447 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 85 gram (cukup nisab pemilikan) kerana 8 Jamadilawal 1446 hingga 8 Jamadilawal 1447 (cukup haul setahun). 85.0000 + 121.9554 = 206.9554 gram (jumlah keseluruhan). Baki emas 121.9554 gram belum cukup haul.

Harga emas semasa bagi jenis emas 999.9 (24 karat) pada hari ini (8:55 AM) ialah RM531.00 per Gram (PG beli). Saya telah menyimpan emas sebanyak 85 gram selama setahun, nilai zakat yang saya wajib bayar pada hari ini ialah RM1,128.40 sahaja. Timbangan emas x harga semasa [PG beli] x 2.5% (85 gram x RM531.00 = [45,135.00] x 2.5% = RM1,128.40). Nilai zakat emas 999.9 ialah RM1,128.40.

Jika ada pertambahan 85 gram lagi. Tahun depan (1448 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 85 gram × 2 kefarduan = 170 gram (cukup nisab pemilikan × 2 kefarduan) kerana 8 Jamadilawal 1446 hingga 8 Jamadilawal 1448 (cukup haul setahun × 2 kefarduan).

Umat Islam (penyimpan emas) yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urus niaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya. Wang tunai, nilainya susut akibat inflasi dan emas, setakat ini kalis inflasi kerana nilainya cenderung kekal atau meningkat apabila inflasi naik. Emas melindungi kuasa beli untuk simpanan jangka masa panjang.

Rabu, 8 Oktober 2025

HCTM UKM 08.10.2025

Kuala Lumpur, 08/10/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Perodua Alza Ivory White) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 07/10/2025 (Selasa), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM33.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 08/10/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9026 (jam 8:51 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor saya dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Ia dikendalikan oleh jururawat W. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nama saya dipanggil ke Bilik 7. Diperiksa mata saya oleh Dr Haw Qian Zhi menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam mata kanan untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan mata. Tekanan mata kanan saya ialah 18 mmhg. Doktor Perubatan yang lain juga merawat mata saya. Titisan bius mata (anestetik) dimasukkan ke dalam mata kanan untuk dibuang benang jahitan dalam mata. Mereka merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Sijil Cuti Sakit saya untuk bulan September hingga Oktober 2025 (29 hari) belum tamat tempoh. Sijil Cuti Sakit saya untuk bulan Oktober 2025 (16 hari) pula ditambah. Sebelum pembedahan mata, jenis penyakit yang dihidapi oleh saya ini ialah kejatuhan nukleus (nucleus drop). Kanta mata tiruan di dalam mata kanan saya ialah kanta untuk penglihatan baharu. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter A.

Saya mendapatkan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1151. Zoxan (antibiotik), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Maxidex, 1 titis 4 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam.

Turun ke tingkat G dan pergi ke Lobi Utama. Saya mengambil borang perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia rujukan 284 September 2025 yang telah diproses di Bahagian Penjanaan (BDO) dan Kaunter Sara Ubat. Ia juga berkaitan dengan urusan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pergi ke kafe hospital, membeli makanan dan makan di sini. Kuetiau Sup dari gerai Aneka Makanan Sup (RM7.50). Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Perodua Bezza HWE 9316 dari HTCM ke rumah SI (RM30.00).

Rabu, 1 Oktober 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 09.2025

Kajang, 01/10/2025 (Rabu) - Saya sedang berada di rumah SI pada hari pertama bulan Oktober 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan September tahun 2025.

01/09/2025 (Isnin) malam Selasa, 02/09/2025 (Selasa) malam Rabu, 03/09/2025 (Rabu) malam Khamis dan 04/09/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

05/09/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 06/09/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

07/09/2025 (Ahad) malam Isnin, 08/09/2025 (Isnin) malam Selasa, 09/09/2025 (Selasa) malam Rabu, 10/09/2025 (Rabu) malam Khamis dan 11/09/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

12/09/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

13/09/2025 (Sabtu) malam Ahad dan 14/09/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 1.

15/09/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

16/09/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

17/09/2025 (Rabu) malam Khamis dan 18/09/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 1 dan ahli 3 bermalam di lokasi masing-masing.

19/09/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 20/09/2025 (Sabtu) malam Ahad . Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

21/09/2025 (Ahad) malam Isnin, 22/09/2025 (Isnin) malam Selasa dan 23/09/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

24/09/2025 (Rabu) malam Khamis dan 25/09/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

26/09/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

27/09/2025 (Sabtu) malam Ahad . Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

28/09/2025 (Ahad) malam Isnin, 29/09/2025 (Isnin) malam Selasa dan 30/09/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

Selasa, 30 September 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) September 2025

Kajang, 30/09/2025 (Selasa) - Saya sedang berada di rumah SI. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/09/2025 (RM509.00) dan (RM467.00).
02/09/2025 (RM513.00) dan (RM471.00).
03/09/2025 (RM519.00) dan (RM477.00).
04/09/2025 (RM526.00) dan (RM483.00).
05/09/2025 (RM523.00) dan (RM480.00).
06/09/2025 (RM530.00) dan (RM486.00).
07/09/2025 (RM528.00) dan (RM485.00).
08/09/2025 (RM528.00) dan (RM485.00).
09/09/2025 (RM536.00) dan (RM492.00).
10/09/2025 (RM536.00) dan (RM491.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/09/2025 (RM537.00) dan (RM493.00).
12/09/2025 (RM535.00) dan (RM491.00).
13/09/2025 (RM536.00) dan (RM492.00).
14/09/2025 (RM535.00) dan (RM491.00).
15/09/2025 (RM535.00) dan (RM491.00).
16/09/2025 (RM540.00) dan (RM496.00). 
17/09/2025 (RM541.00) dan (RM497.00).
18/09/2025 (RM534.00) dan (RM490.00).
19/09/2025 (RM534.00) dan (RM490.00).
20/09/2025 (RM539.00) dan (RM495.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/09/2025 (RM542.00) dan (RM497.00).
22/09/2025 (RM542.00) dan (RM497.00).
23/09/2025 (RM548.00) dan (RM503.00).
24/09/2025 (RM554.00) dan (RM508.00).
25/09/2025 (RM550.00) dan (RM505.00).
26/09/2025 (RM550.00) dan (RM505.00).
27/09/2025 (RM557.00) dan (RM511.00). 
28/09/2025 (RM554.00) dan (RM508.00).
29/09/2025 (RM554.00) dan (RM508.00).
30/09/2025 (RM564.00) dan (RM518.00).

Rabu, 24 September 2025

HCTM UKM 24.09.2025

Kuala Lumpur, 24/09/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Proton Saga Jet Grey) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 23/09/2025 (Selasa), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM33.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 24/09/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9006 (jam 7:09 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor saya dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz. Ia dikendalikan oleh jururawat W. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nombor saya dipanggil ke Bilik 7. Diperiksa mata saya oleh Dr Nur Hanisah binti Mohamad Kani menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam mata kanan untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan mata. Tekanan mata kanan saya ialah 14 mmhg. Doktor Perubatan yang lain juga merawat mata saya. Mereka merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Sijil Cuti Sakit saya untuk bulan September hingga Oktober 2025 belum tamat tempoh. Sebelum pembedahan mata, jenis penyakit yang dihidapi oleh saya ini ialah kejatuhan nukleus (nucleus drop). Kanta mata tiruan di dalam mata kanan saya ialah kanta untuk penglihatan baharu. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter B.

Saya mendapatkan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1058. Zoxan (antibiotik), 1 titis 12 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Maxidex, 1 titis 6 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam.

Turun ke tingkat G dan pergi ke Lobi Utama. Saya mendapatkan maklumat berkenaan Sebut Harga Alat Perubatan HCTM di Bahagian Penjanaan (BDO) dan Kaunter Sara Ubat. Kemudian, saya membuat urusan berkenaan kembalian deposit (refund) di kaunter hasil (bayaran / kemasukan / discaj) dengan nombor giliran 1109. Saya pergi semula ke Bahagian Penjanaan (BDO) dan Kaunter Sara Ubat bagi menyemak permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan, alat, rawatan dan ubat. Ia berkaitan dengan borang daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan senarai semak daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pergi ke kafe hospital, membeli makanan dan makan di sini. Nasi Ayam Hainan dari gerai Dapur Tokmak (RM8.00). Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Saga HWD 9616 dari HTCM ke rumah SI (RM30.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.