Serdang, 03/09/2026 (Khamis) - Saya, anak sulung, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima telah sampai ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang atau Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) petang tadi. Kami pergi berlima orang sahaja.Petang tadi juga, kami baru sampai dari Kuala Lipis. Isteri diturunkan di rumah SI. Anak kedua memang berada di rumah sebab dia bekerja sambilan di kedai makan. Minggu ini ialah Cuti Penggal 2, Tahun 2026.
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) Peringkat Antarabangsa 2026 sedang diadakan di MAEPS, Selangor pada 28 Ogos 2026 hingga 6 September 2026 iaitu selama 10 hari. Ia bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan. Hari ini ialah hari ketujuh pameran.
Proton Exora yang saya pandu bergerak meninggalkan rumah SI pada pada 3:27 PM. Kenderaan yang saya pandu melalui sedikit kesesakan lalu lintas di pintu gerbang MAEPS pada 3:51 PM. Parkir di dalam kawasan utama sudah penuh. Kami diminta bergerak ke kawasan lain.
Parkir di Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 4:04 PM. Naik bas UPM setingkat (percuma) ke Laman Tiba 1. Beratur dalam barisan yang panjang. Naik bas Rapid KL dua tingkat (percuma) ke Laman Tiba 2. Kami duduk di tingkat bawah. Bersiar-siar di Zon D (Ternakan dan Haiwan Kesayangan) untuk pameran ternakan pelbagai baka. Juga jualan produk berasaskan ternakan. Sempat makan dan minum serta membeli produk makanan.
Aplikasi tanpa tunai Maybank Anytime Everyone (MAE) telah digunakan untuk membeli barang-barang. Aplikasi MAE ialah daripada Malayan Banking Berhad.
Naik bas Rapid KL dua tingkat (percuma) dari Laman Tiba 2 ke Laman Tiba 1. Kami duduk di tingkat atas. Naik bas UPM setingkat (percuma) di Laman Tiba 1. Bas bergerak pada 7:13 PM. Kami mendapatkan kenderaan. Saya memandu kenderaan dari parkir di Padang Kawad UPM pada 7:55 PM. Berhenti solat di Kawasan Rehat Bukit Dukung sebelum pulang ke rumah SI.