Kajang, 19/10/2026 (Isnin) - Saya sedang berada di rumah SI. Hari ini juga ialah 08/05/1448. Ia bermaksud 8 Jamadilawal 1448 (Isnin) 19 Oktober 2026.Pada 10:20 AM, saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan kaedah pembayaran "online" di Malaysia dalam urusan pembayaran melalui internet.
Saya sudah membuat pembayaran Zakat Emas menggunakan aplikasi MAE. Di bahagian Home (Quick Actions), View All (Pay and Transfer), klik pada Zakat dan Confirm biometrics. Klik pada Pay Zakat. Enter your password (M2U password) and Continue. Please Select. Lembaga Zakat Selangor (Zakat body), Zakat on Gold for Others (Zakat type) and Continue. Enter mobile number (Continue) and Enter amount (/). Pay Now (Approve). Done. Quit App (Yes).
Tahun 1448 Hijrah (2026 Masihi), saya masih memilih cara pembayaran dalam talian kerana ia merupakan kaedah yang pantas, mudah dan selamat untuk menunaikan kewajipan. Umat Islam boleh membayar zakat tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja hanya dengan beberapa klik. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai dan mengelakkan beratur panjang di kaunter.
Tahun ini (1448 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 170 gram (cukup nisab pemilikan) kerana 8 Jamadilawal 1447 hingga 8 Jamadilawal 1448 (cukup haul setahun). 170.0000 + 74.6879 = 244.6879 gram (jumlah keseluruhan). Baki emas 74.6879 gram belum cukup haul.
Harga emas semasa bagi jenis emas 999.9 (24 karat) pada hari ini (10:20 AM) ialah RM542.00 per Gram (PG beli). Saya telah menyimpan emas sebanyak 170 gram selama setahun, nilai zakat yang saya wajib bayar pada hari ini ialah RM2,303.50 sahaja. Timbangan emas x harga semasa [PG beli] x 2.5% (170 gram x RM542.00 = [92,140.00] x 2.5% = RM2,303.50). Nilai zakat emas 999.9 ialah RM2,303.50.
Jika ada pertambahan 85 gram lagi. Tahun depan (1449 Hijrah), kewajipan membayar zakat emas 85 gram × 3 kefarduan = 255 gram (cukup nisab pemilikan × 3 kefarduan) kerana 8 Jamadilawal 1446 hingga 8 Jamadilawal 1449 (cukup haul setahun × 3 kefarduan).
Umat Islam (penyimpan emas) yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urus niaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya. Wang tunai, nilainya susut akibat inflasi dan emas, setakat ini kalis inflasi kerana nilainya cenderung kekal atau meningkat apabila inflasi naik. Emas melindungi kuasa beli untuk simpanan jangka masa panjang.







