Memaparkan catatan dengan label Jordan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jordan. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mac 2014

Pengalaman Menaiki Pesawat Royal Jordanian

September 1993, kali pertama saya menaiki kapal terbang kerana pergi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Royal Jordanian (RJ) ialah pesawat pertama saya terbang bersamanya dari Malaysia ke Jordan.

Antara tahun 1993 hingga tahun 1998, saya telah belajar di University of Jordan. Kira-kira lima tahun berada di sana, saya banyak kali terbang bersama RJ.

Jun 1994, penerbangan dari Jordan ke Syria dan kembali ke Jordan dengan RJ. Januari 1995, penerbangan dari Jordan ke Mesir dan kembali ke Jordan dengan RJ. Ogos 1995, penerbangan dari Jordan ke Malaysia dan kembali ke Jordan dengan RJ. Oktober 1998, penerbangan dari Jordan kembali ke Malaysia kerana berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Ia merupakan kali terakhir saya menaiki pesawat RJ untuk penerbangan antarabangsa setakat hari ini (9 Mac 2014).

Ketika berada di Jordan juga, saya bersama rakan-rakan sempat pergi ke Arab Saudi dua kali dan pergi ke Palestin sekali tetapi dengan menaiki bas sahaja dan tidak menaiki pesawat.

November 2013, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan kembali ke Kuala Lumpur dengan syarikat penerbangan yang sama. Ia merupakan penerbangan domestik pertama kami setakat hari ini (9 Mac 2014).

Saya menulis pengalaman menaiki pesawat untuk catatan kali ini kerana misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014 masih belum terjawab sehingga 9 Mac 2014, jam 9:45 malam.

Pesawat Boeing 777-200 tersebut hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Malaysia. Pesawat MAS MH370 itu telah bertolak dari KLIA pada jam 12:41 tengah malam, terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan udara pada jam 1:30 pagi dan kali terakhir dikesan radar pada jam 2:40 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing, China pada jam 6:30 pagi hari yang sama.

Sabtu, 1 September 2012

Jerash, Jordan

A visit to the spectacular Roman ruins of Jerash immediately transports the visitor two thousand years back in time. The city’s many splendid monumental remains still retain the atmosphere of the once thriving metropolis, famous in its own time for magnificent temples, theatres and plazas.

From these buildings and the many other well preserved structures, it is easy to imagine the city in its heyday: Down the colonnaded streets, chariots would have trundled, their wheels etching ever deepers the already well-worm grooves. The little shop that line the street would have stocked exotic goods broughts in from Persia, Egypt and Arabia. The noise and bustle of the city would have been punctuated by other sounds; the gentle splash of water flowing from the fountains of the Nymphaeum; the tapping of builders and masons at work; and the occasional roar of a satisfied crowd being entertained in the amphitheaters. Although now in ruins the spirit of Roman Gerasa lives on.

Jeehan al-Maliziy at Jordan (1993 until 1998).

Rabu, 9 Februari 2011

Jordan, Arab Saudi, Syria, Mesir dan Palestin

Pada tahun 1993, saya dan rakan-rakan daripada kumpulan pelajar Yayasan Pahang menaiki pesawat Royal Jordanian dari Malaysia ke Jordan. Kami ditempatkan ke beberapa buah universiti di Jordan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Ketika berada di Jordan selama kira-kira lima tahun, saya sempat pergi melawat ke beberapa buah negara Arab.

Saya telah pergi dua kali ke Arab Saudi bersama kumpulan pelajar Malaysia kerana menunaikan umrah. Pergi menaiki bas ke Arab Saudi yang terletak di selatan Jordan.

Saya dan beberapa orang rakan juga telah masuk ke Syria melalui udara dan mendarat di lapangan terbang negara tersebut. Malangnya kami tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang kecuali berpatah balik ke Jordan. Syria terletak di utara Jordan.

Mesir yang terletak di benua Afrika juga telah saya kunjungi bersama beberapa orang rakan dengan menaiki pesawat. Pelajar-pelajar Malaysia di sana bertindak sebagai pemandu pelancong kami.

Negara yang terletak di barat Jordan ialah Palestin. Saya dan beberapa orang rakan juga sempat menziarahi Palestin. Pergi ke sana dengan menaiki bas. Cuma bas dari Jordan tidak dibenarkan masuk dan kami terpaksa berpindah menaiki bas yang lain masuk ke Palestin.

Pada tahun 1998, saya telah kembali ke Malaysia kerana berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Catatan kali ini merupakan antara pengalaman suka dan duka saya ketika berada di luar negara.

Rabu, 15 September 2010

Laut Mati, Jordan

Dinamakan Laut Mati kerana tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya. Kemasinan airnya ialah 7 kali ganda kemasinan air laut biasa. Ini menyebabkan para perenang tidak tenggelam di dalamnya dan kapal laut tidak boleh berlayar di atas permukaannya.

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Palestin. Pantainya berada di kedudukan serendah kira-kira 418 meter di bawah aras laut, kedudukan paling rendah di atas daratan dan juga tasik masin yang paling dalam. Sedalam kira-kira 330 meter. Tasik ini berukuran kira-kira 67 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Para pengkaji sejarah Islam telah menetapkan bahawa Laut Mati mempunyai kaitan dengan kisah penduduk kaum Nabi Lut a.s. yang telah dimusnahkan. Ia terletak di Jordan yang geografi muka buminya merupakan tempat paling rendah di dunia.

Nabi Lut a.s. ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Baginda diutuskan oleh Allah S.W.T. ke sebuah daerah bernama Sadum. Penduduknya sangat derhaka kepada Allah S.W.T. Kaum Nabi Lut mempunyai sifat yang amat buruk iaitu orang lelaki mengahwini orang lelaki dan ini melanggar perintah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat manusia. Mereka tidak mahu berkahwin dengan orang perempuan dan hanya tertarik kepada kaum sejenisnya sahaja. Oleh itu, Nabi Lut a.s. diutuskan Allah S.W.T. untuk berdakwah kepada kaum ini. Malangnya dakwah yang disampaikan tidak diterima oleh kaumnya kecuali sebahagian kecil sahaja.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu. Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi lelaki, menyamun (melakukan perbuatan keji) dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?” Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah jika kamu termasuk orang-orang yang benar”. Lut berdoa’: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) ke atas kaum yang membuat kerosakan itu”. (Surah al-A’nkabut: Ayat 28, 29 dan 30).

Nabi Lut a.s. bersama sebahagian kaumnya yang telah beriman meninggalkan daerah Sadum seperti yang disuruh oleh malaikat-malaikat utusan Allah S.W.T.

Apabila mereka telah berada di suatu kawasan yang jauh dari daerah Sadum, satu gempa bumi yang dahsyat berlaku sehingga bumi diterbalikkan dan diikuti dengan hujan batu berapi yang membakar serta memusnahkan kaum Nabi Lut a.s. dan segala apa yang ada di daerah tersebut. Akhirnya daerah Sadum menjadi sunyi sepi tanpa penghuninya lagi. Inilah seksaan terhadap kaum Nabi Lut a.s. yang ingkar terhadap perintah Allah S.W.T.

Jeehan al-Maliziy di Jordan (1993 hingga 1998).

Khamis, 6 Mei 2010

Keistimewaan Buah Zaitun

Saya gemarkan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun saya menetap di sana kerana menuntut ilmu. Antara makanan kegemaran saya ialah buah zaitun jeruk. Apabila kembali ke Malaysia, saya masih sukakan buah tersebut. Simpanan buah zaitun jeruk, saya pastikan berada di rumah. Tidak sukar untuk mendapatkan bekalan di sekitar Lembah Klang. Buah zaitun memiliki keistimewaannya yang tersendiri sehingga disebut dalam al-Qur’an. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Demi buah tin dan buah zaitun. (Surah at-Tin: Ayat 1). Ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun kepada kehidupan manusia. Zaitun merupakan tanaman tradisi dari Negara Mediterranean. Hasil yang penting daripada pokok ini ialah minyaknya yang digunakan secara meluas dalam bidang masakan, kosmetik dan sebagainya.

Melalui kajian- kajian sains, khasiat buah zaitun diiktiraf oleh dunia moden. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami masalah serta dapat meremajakan kulit.

Minyak zaitun diklasifikasikan sebagai minyak diet yang sihat memandangkan ianya mengandungi asid lemak tidak tepu yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Ia boleh digunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan serta berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Sabtu, 17 April 2010

Lesen Memandu Jordan

Saya telah berada di negara Jordan pada tahun 1993 hingga 1998 kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Jordan. Banyak kenangan yang saya telah lalui di sana. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun.

Antara perkara menarik yang hendak saya catatkan di sini ialah berkenaan Lesen Memandu Jordan. Sebelum pergi ke Jordan, saya tidak pernah memandu kereta. Cuma pernah menunggang motosikal sahaja. Ketika berada di Jordan iaitu sekitar tahun 1997, saya mengambil keputusan untuk belajar memandu kereta. Saya menduduki ujian bertulis dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya dan terus lulus.

Kelas belajar memandu pun bermula. Yang menariknya, pengalaman pertama saya memandu kereta ialah pemandu berada di sebelah kiri. Berbeza di Malaysia, pemandunya berada di sebelah kanan. Saya diuji memandu dan lulus serta berjaya mendapatkan lesen memandu untuk tempoh 10 tahun (19 Mac 1997 hingga 18 Mac 2007).

Selepas berjaya mendapatkan lesen memandu, saya menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar bandar Amman untuk membiasakan diri memandu di jalan raya. Pada tahun 1998, saya telah kembali ke Malaysia kerana telah menamatkan pengajian di Jordan.

Di Malaysia, saya membuat urusan dengan pihak Kedutaan Jordan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia. Permohonan saya diluluskan tanpa perlu menduduki ujian memandu kerana Lesen Memandu Jordan diiktiraf oleh JPJ Malaysia. Saya cuma perlu membiasakan diri dengan pemanduan di sebelah kanan ketika itu.

Lesen Memandu Malaysia, kelas D ialah motokar BTM tidak melebihi 3000 kg. Lesen Memandu Jordan pula menggunakan format "Type 3, private trucks whose net load does not exceed 2500 kg".

Ahad, 8 November 2009

The Hashemite Kingdom of Jordan

Tahun 1993 hingga 1998, saya berada di Jordan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Jordan. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun. Berkenaan dengan negara Jordan yang dikenali sebagai “The Hashemite Kingdom of Jordan”, saya catatkan kali ini.

Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang daripada keturunan Nabi Nuh a.s.

Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walau bagaimana pun, perlantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah sekarang ialah Hizbu al-Wataniy atau Parti Negara.

Jordan terletak di Barat Daya Asia. Laut Mati terletak di negara ini. Ia merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1,300 kaki di bawah paras laut. Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk.

Jordan mengalami perubahan 4 musim. Musim luruh antara bulan September hingga November. Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari. Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei. Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos. Walau pun begitu, ia tertakluk kepada perubahan. Ini kerana, ketika saya berada di Jordan pada bulan Mac 1998, salji masih turun. Perbezaan waktu dengan negara kita pada musim panas ialah Malaysia lewat 5 jam. Manakala pada musim sejuk, perbezaan itu menjadikan Malaysia lewat 6 jam.

Jordan mempunyai populasi penduduk seramai 6,198,677 orang (statistik Julai 2008). 92 % penduduk beragama Islam, 6 % Kristian dan 2 % lain-lain agama (statistik 2001). Bahasa Arab ialah bahasa kebangsaan Jordan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama. Selain itu, Bahasa Perancis juga dituturkankan. Amman ialah ibu negara Jordan dan ia menggunakan mata wang Dinar.

Isnin, 2 November 2009

Petra, Jordan

Petra achieved its greatest importance under the Nabateans, an ancient people whose original homeland was in northeastern Arabia. They migrated westward in the 6th century BC and eventually settled at Petra. Little is known about the Nabateans' history before 312 BC, when Petra was unsuccessfully attacked by Seleucid forces. The High Place of Sacrifice was probably built during this time.

As the Seleucid kingdom weakened in the 2nd century BC, the Nabataean kingdom increased in strength. The chief source of the Nabataeans' prosperity and power was their monopoly on the caravan spice trade that involved such distant places as China, Egypt, Greece, India and passed from the Arabian interior to the coast.

By the 1st century BC the rich and powerful Nabataean kingdom that extended from Damascus in the north to the Red Sea in the south, and Petra was home to as many as 30,000 people. It was during this period that the most impressive structures of Petra were built, including the Treasury, the Great Temple and the Qasr al-Bint al-Faroun.

A significant key to the city's success was the Nabataeans' ability to control and conserve water. Conduits and the remains of terracotta piping can be seen along the walls of the Outer Siq, which was part of an elaborate system for channelling water around the city.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.