Antara tahun 1993 hingga tahun 1998, saya telah belajar di University of Jordan. Kira-kira lima
tahun berada di sana,
saya banyak kali terbang bersama RJ.
Jun 1994, penerbangan dari Jordan
ke Syria dan kembali ke Jordan dengan
RJ. Januari 1995, penerbangan dari Jordan
ke Mesir dan kembali ke Jordan
dengan RJ. Ogos 1995, penerbangan dari Jordan
ke Malaysia dan kembali ke Jordan dengan
RJ. Oktober 1998, penerbangan dari Jordan
kembali ke Malaysia
kerana berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Ia merupakan kali terakhir saya
menaiki pesawat RJ untuk penerbangan antarabangsa setakat hari ini (9 Mac
2014).
Ketika berada di Jordan juga, saya bersama rakan-rakan
sempat pergi ke Arab Saudi dua kali dan pergi ke Palestin sekali tetapi dengan
menaiki bas sahaja dan tidak menaiki pesawat.
November 2013, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah
menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan kembali ke Kuala
Lumpur dengan syarikat penerbangan yang sama. Ia merupakan penerbangan domestik
pertama kami setakat hari ini (9 Mac 2014).
Saya menulis pengalaman menaiki pesawat untuk catatan kali
ini kerana misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac
2014 masih belum terjawab sehingga 9 Mac 2014, jam 9:45 malam.
Pesawat Boeing 777-200 tersebut hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Malaysia. Pesawat MAS MH370 itu telah bertolak
dari KLIA pada jam 12:41 tengah malam, terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan udara pada jam 1:30 pagi dan kali terakhir dikesan radar pada jam 2:40 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing, China pada jam 6:30 pagi hari yang sama.