Memaparkan catatan dengan label Tadika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tadika. Papar semua catatan

Ahad, 14 Disember 2025

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026

Kajang, 14/12/2025 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2025/2026 pagi tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat dan anak kelima pula merupakan pelajar di sini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Anak kedua dan anak ketiga sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Anak sulung yang juga tinggal di asrama, minggu ini dia ada pulang ke rumah. Saya, isteri, anak sulung, anak keempat dan anak kelima telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang pagi tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ beberapa minit sebelum jam 9:00 pagi. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Perarakan masuk perasmi majlis. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan bacaan Qunut Nazilah. Seorang pelajar TPH membacakan doa pembukaan.  Anak kelima saya membacakan surah an-Nasr. Seorang pelajar pula membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dan seorang lagi pelajar membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.

Atur cara program diteruskan dengan persembahan multimedia (video montaj), persembahan pembukaan semua pelajar, ucapan Pengetua TPH, ucapan pengerusi Tadika Alami Asasi Minda (AAM), ucapan perasmian, gimik perasmian , persembahan kelas Little Hafiz berkenaan Palestin (anak keempat dan anak kelima terlibat), persembahan pelajar-pelajar Tadika AAM, persembahan kelas 4 tahun (2025), persembahan kelas 5 tahun (2025), persembahan kelas 6 tahun (2025), acara uji minda sesi 1, persembahan penutupan semua pelajar, persembahan syair, persembahan bercerita, acara uji minda sesi 2, penyampaian hadiah semua pelajar, penyampaian sijil tamat prasekolah kelas 6 tahun, penyampaian anugerah (anak keempat menerima Anugerah al-Qur'an Terbaik dan Anugerah Terbaik Keseluruhan), saya dan isteri naik ke atas pentas, saya memberikan ucapan, sesi bergambar dan kami juga menyampaikan hadiah kepada guru-guru selepas majlis. Jamuan ada disediakan di dewan makan.

Anak kelima saya berumur lima tahun pada 2025. Anak keempat saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2025, anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Keempat-empat mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016 dan 2025.

Majlis pagi tadi berakhir pada waktu tengah hari. Tetamu yang hadir mula beredar meninggalkan majlis selepas jamuan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026 dengan tema ihtifal 'Si Kecil Menggapai Bintang'. Motto tadika ialah 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Sabtu, 10 Mei 2025

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2025

Kajang, 10/05/2025 (Sabtu) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan hari sukannya bermula pagi tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat dan anak kelima pula belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Anak sulung dan anak kedua saya yang masih bercuti, membantu pihak TPH mengadakan hari sukannya kali ini. Anak ketiga yang pulang dari asrama petang semalam mengulang kaji pelajaran di rumah kerana dia masih dalam minggu peperiksaan. Isteri saya turut hadir ke dewan terbuka ini. Saya ada urusan di tempat lain pula pada hari ini. Antaranya ialah undangan majlis di Bandar Pinggiran Subang. Anak kedua menggantikan saya memimpin bacaan doa’ untuk hari sukan tahunan TPH 2025.

Dari rumah TJ, saya pergi ke undangan majlis perkahwinan dua orang anak Faizal Hijjaz iaitu Siti Farah Hanum binti Mohd Faizal dan Mohd Fathi Saleem bin Mohd Faizal bersama pasangan masing-masing di Magica Grand Hall Subang, Star Avenue Livestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang. Saya telah memandu ke sana melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya Sungai Besi (E9) dan Lebuhraya Baru Pantai (E10). Perjalanan pulang, saya memandu di Lebuhraya Utara - Selatan (E1) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol (PT) Sungai Ramal (B), E9 melalui PT Mines Utara, E10 melalui PT Pantai Dalam (B), E10 melalui PT PJS 2, E1 melalui PT Subang ke PT Jalan Duta dan E7 melalui PT Batu 9. Tiba semula di rumah TJ.

Ahad, 5 Januari 2025

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2024/2025

Kajang, 05/01/2025 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2024/2025 petang tadi di Dewan Lavender, Aras 4, Plaza Metro Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat dan anak kelima pula merupakan pelajar di sini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Januari 2025, umur mereka menjadi sekitar lima, enam dan tujuh tahun.

Saya, isteri dan dua orang anak kami telah tiba di kawasan parkir aras 5 Plaza Metro Kajang ketika saya masih memandu kereta pada jam 1:52 petang tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ pada jam 1:37 petang. Di Dewan Lavender aras 4, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Perarakan masuk perasmi majlis. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor. Seorang pelajar TPH membacakan surah al-Fatihah. Seorang pelajar pula membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an (Surah al-Baqarah: Ayat 1, 2, 3, 4 dan 5). Anak keempat saya membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dan seorang lagi pelajar membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.

Atur cara program diteruskan dengan persembahan multimedia (Setahun Barsama, Peribadi Terbina), persembahan pembukaan semua pelajar (nasyid Giliranmu), ucapan Pengetua TPH, ucapan perasmian, gimik perasmian, tayangan video adiwira kecil, persembahan kelas Little Hafiz (Taufan al-Aqsa), persembahan khas seorang bapa pelajar, persembahan kelas 4 tahun (2024), persembahan kelas 5 tahun (2024), persembahan kelas 6 tahun (2024), acara uji minda sesi 1, persembahan penutupan semua pelajar (lagu 1234), pidato seorang pelajar dalam tiga bahasa, acara uji minda sesi 2, penyampaian hadiah semua pelajar, penyampaian sijil tamat prasekolah kelas 6 tahun, penyampaian anugerah, penyampaian hadiah daripada wakil ibu bapa kepada guru-guru dan sesi bergambar. Jamuan ada disediakan daripada kami, pihak ibu bapa.

Anak kelima saya berumur empat tahun pada 2024 dan lima tahun pada 2025. Anak keempat saya berumur lima tahun pada 2024 dan enam tahun pada 2025. Anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Ketiga-tiga mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016.

Majlis petang ini berakhir kira-kira jam 5:30 petang. Tetamu yang hadir mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2024/2025 dengan tema ihtifal 'Adiwira'. Antara Adiwira yang ditampilkan ialah Ertuğrul Bey (Turkiye), Tok Kenali (Malaysia), Yahya Sinwar (Palestin), Tok Janggut (Malaysia) dan Hang Tuah (Malaysia). Motto tadika ialah 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Ahad, 8 September 2024

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2024

Kajang, 08/09/2024 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan hari sukannya dari pagi hingga tengah hari tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat dan anak kelima pula belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Kira-kira jam 8:05 pagi, murid-murid bersama ibu bapa masing-masing mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Saya memimpin bacaan doa’. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan ke tengah dewan terbuka. Dimulakan dengan bacaan ikrar, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan perarakan keluar. Diteruskan dengan persembahan daripada al-Qasaam Junior, persembahan senamrobik para peserta daripada kelas empat, lima dan enam tahun.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah makanan sihat, kebun sayurku, seronok mengeja, hebat mengira dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak dan adik-beradik seperti kudapan sihat (anak dan bapa), origami sayurku (anak dan ibu), kenali sayur-sayuran (anak, bapa dan ibu) serta kerusi muzik (adik-beradik). Saya menyertai acara kudapan sihat (anak dan bapa),

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Yahya Sinwar (Merah), Ismail Haniyeh (Kuning) dan Abu Ubaidah (Hijau). Dua orang anak saya merupakan peserta Rumah Kuning.

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Sayur-sayuran’. Penyampaian hadiah telah diadakan dan program hari ini telah tamat pada jam 12:15 tengah hari. Murid-murid bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali ini dengan jayanya.

Sabtu, 3 Februari 2024

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2023/2024

Kajang, 03/02/2024 (Sabtu) - Tadika tempat anak keempat saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2023/2024 petang tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat pula merupakan pelajar di sini. Anak kelima masih berada di taska. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Februari 2024, umur mereka menjadi sekitar lima, enam dan tujuh tahun.

Saya, isteri dan dua orang anak kami telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang ketika saya masih memandu kereta pada jam 2:10 petang tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ pada jam 2:00 petang. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Seorang pelajar TPH membacakan doa' pembukaan, tiga orang pelajar pula membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahannya.

Atur cara program diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, ucapan perasmian oleh seorang doktor perubatan di Jabatan Pediatrik, Universiti Putra Malaysia, gimik perasmian, tayangan video pelajar, persembahan semua pelajar, tayangan video keluarga pelajar, persembahan kelas Little Hafiz, persembahan kelas 4 tahun (2023), persembahan kelas 5 tahun (2023), persembahan kelas 6 tahun (2023), persembahan penutup, persembahan silat (jemputan), penyampaian cenderahati, penyampaian hadiah, penyampaian sijil, taklimat berkenaan Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah dan sesi bergambar.

Anak kelima saya berumur tiga tahun pada 2023 dan empat tahun pada 2024. Anak keempat saya berumur empat tahun pada 2023 dan lima tahun pada 2024. Anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Ketiga-tiga mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016.

Majlis petang ini berakhir kira-kira jam 5:30 petang. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2023/2024 dengan tema ihtifal 'Peradaban Melayu' dan motto tadika yang berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Ahad, 3 Disember 2023

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2023

Kajang, 03/12/2023 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat saya belajar sedang mengadakan hari sukannya sejak pagi tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat pula belajar di sini. Anak kelima masih berada di taska. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Kira-kira jam 8:15 pagi, murid-murid bersama ibu bapa masing-masing mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Saya memimpin bacaan doa’. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, tazkirah ustazah dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan ke tengah dewan terbuka. Dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan ikrar, gimik dan persembahan para peserta.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah di taman bunga, keindahan alam, bijak ejaan, cerdik hisab dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak seperti pertandingan sarapan sihat, belon pecah dan kasih ibu ayah juga diadakan.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Yahya (Merah), Yassin (Kuning) dan Rantisi (Hijau). Anak saya merupakan salah seorang daripada peserta Rumah Merah (Yahya).

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Jom Sihat’. Program hari ini masih berlangsung dengan penyampaian hadiah ketika saya sedang menulis artikel ini menggunakan telefon pintar. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali ini dengan jayanya.

Sabtu, 19 November 2016

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan 2016

Bangi, 19/11/2016 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal kali yang ketujuh petang tadi di Dewan Kayangan, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung dan anak kedua saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Dewan Kayangan, Kelab Golf Danau, UKM Bangi sebelum jam 2:20 petang tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Beberapa orang pelajar TPH membacakan doa' pembukaan, ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahannya.

Atur cara program diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia/ ISMA Cawangan Kajang, gimik perasmian, tayangan video pelajar, persembahan semua pelajar, tayangan video guru, persembahan kelas Little Hafiz, persembahan kelas 4 tahun, persembahan kelas 5 tahun, persembahan kelas 6 tahun, cabutan bertuah, deklemasi sajak (Gaza), cabutan bertuah, video selingan, persembahan penutup, persembahan silat (jemputan), penyampaian cenderahati, penyampaian hadiah, penyampaian sijil dan sesi bergambar.

Anak ketiga saya yang berumur enam tahun berada di kelas Suhail ar-Rumi telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada majlis kali ini. Anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya pula telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Ketiga-tiga mereka telah belajar di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016.

Majlis petang ini berakhir kira-kira jam 5:15 petang. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Kali Ke-7 dengan tema ihtifal 'Sekolahku' dan motto tadika yang berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Ahad, 8 Mei 2016

Sukan Tahunan Tadika PH @ Karnival Impian Murni 2016

Kajang, 08/05/2016 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang ketujuh pada pagi tadi di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung dan anak kedua saya pernah belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Sukan tahunan tadika kali ini diadakan bersama dengan Karnival Impian Murni 2016. Karnival dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2), Surau Raudhatul Firdaus (SRF) dan TPH dengan aktiviti menarik, aneka gerai pameran serta jualan dari pagi hingga ke tengah hari tadi.

Malam semalam, saya telah menghadiri Forum Perdana Israk dan Mikraj di SRF yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA dan Hajah Hasimah Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di padang berhampiran Jalan Impian Murni sejak pagi lagi. Anak ketiga kami mewakili Rumah Merah (Yahya). Dua buah rumah sukan lagi ialah Rumah Kuning (Yassin) dan Rumah Hijau (Rantisi). Juara keseluruhan sukan tahunan kali ini ialah Yassin (Rumah Kuning).

Tahniah diucapkan kepada ISMA Cawangan Kajang, PPJIM2, SRF dan pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Impian Murni 2016 serta Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan Kali Ke-7 dengan tema flora. Motto TPH pula berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Sabtu, 28 November 2015

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan 2015

Kajang, 28/11/2015 – Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal kali yang keenam malam ini di Function Room, Impian Golf & Country Club, Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung dan anak kedua saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Function Room, Impian Golf & Country Club, Saujana Impian beberapa minit sebelum jam 8:00 malam tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan persembahan pembukaan as-Salamu a’laikum daripada pelajar-pelajar TPH. Beberapa orang pelajar juga membacakan doa’ pembukaan, bacaan Surah asy-Syams serta terjemahannya dan ucapan perasmian disempurnakan oleh tetamu kehormat. Ia diteruskan lagi dengan beberapa buah persembahan pelajar-pelajar.

Di dalam kelas Solahuddin al-Ayyubi, anak ketiga saya mendapat nombor 3 daripada 16 orang pelajar (3/16) untuk penggal 2/2015. Jumlah markah keseluruhan ialah 579/600 (Gred A). Dia mendapat markah Bahasa Melayu 100/100, Bahasa Arab 100/100, Bahasa Inggeris 98/100, Pendidikan Islam 94/100, Sains 87/100 dan Matematik 100/100.

Anak ketiga saya yang berumur lima tahun ini juga membuat beberapa buah persembahan bersama rakan-rakannya termasuk persembahan penutup. Dia menerima hadiah, gambar peribadi dan gambar kelas lima tahun. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Majlis malam ini berakhir selepas saya memimpin bacaan doa’ penutup. Kira-kira jam 11:00 malam, majlis pun tamat. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Kali Ke-6 dengan motto tadika yang berbunyi ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Ahad, 19 April 2015

Sukan Tahunan Tadika PH @ Karnival Impian Murni 2015

Kajang, 19/04/2015 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang keenam pada pagi tadi di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung dan anak kedua saya pernah belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Sukan tahunan tadika kali ini diadakan bersama dengan Karnival Impian Murni 2015. Karnival dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) dan TPH dengan aktiviti menarik, aneka gerai pameran serta jualan dari pagi hingga ke tengah hari tadi. 

Saya, isteri dan tiga orang anak kami bergilir-gilir berada di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2 kerana ada aktiviti lain yang kami perlu selesaikan juga. Acara-acara sukan tahunan tadika yang dipertandingkan pada hari ini ialah Teka Haiwan, Nombor Istimewa, Oh, laparnya!, Jom Memancing, Tangkap Haiwan dan Kerusi Muzik. Anak ketiga saya mendapat tempat pertama dalam acara berpasukan Jom Memancing.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Rantisi (Hijau), Yassin (Kuning) dan Yahya (Merah). Anak saya mewakili Rumah Kuning (Yassin) dan juara keseluruhan sukan tahunan kali ini ialah Rumah Merah (Yahya).

Tahniah diucapkan kepada ISMA Cawangan Kajang, PPJIM2 dan pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Impian Murni 2015 serta Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan Kali Ke-6 dengan motto TPH yang berbunyi ‘Membina Generasi Pintar Soleh'.

Sabtu, 16 November 2013

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2013

Bangi, 16/11/2013 - Tadika anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang keempat pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi sebelum jam 2:30 petang tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Beberapa orang pelajar TPH membacakan doa’ pembukaan, ayat-ayat suci al-Qur’an dan terjemahannya.

Pelajar-pelajar TPH ialah daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun). Anak kedua saya yang berumur enam tahun membuat beberapa persembahan bersama rakan-rakannya. Dia menerima sijil dan hadiah. Juga menerima Anugerah Akedemik Terbaik kerana mendapat tempat ketiga bagi peperiksaan penggal kedua. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Anak kedua saya juga menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada majlis kali ini. Anak sulung saya pula telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah dari tadika ini pada tahun 2011. Dia merupakan bekas pelajar TPH tahun 2010 dan 2011. Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar TPH yang hadir. Ibu bapa, guru-guru, saudara-mara dan sebahagian pelajar TPH sempat bergambar bersama-sama sebelum pulang. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang keempat ini dengan jayanya.

Motto TPH ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Ahad, 19 Mei 2013

Report Day 1/2013 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 19/05/2013 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Tadika Permata Harapan (TPH) di Impian Murni petang ini. Tadika tempat anak kedua saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama untuk tahun 2013.

Anak kedua saya yang berumur enam tahun telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada 8, 9 dan 10 Mei 2013 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut.

Anak kedua saya mula ditempatkan di tadika ini pada bulan Januari 2011 iaitu sejak dia berumur empat tahun. Anak ketiga saya pula yang lahir pada tahun 2010 ditempatkan di Taska Kasih Kita yang tidak berapa jauh dari TPH. Manakala anak sulung saya yang kini berumur lapan tahun adalah bekas pelajar TPH.

Di dalam kelas Solahuddin al-Ayyubi, anak kedua saya mendapat nombor 2 daripada 19 orang pelajar (2/19). Jumlah markah keseluruhan ialah 582/600 (Gred A). Dia mendapat markah Bahasa Melayu 94/100, Bahasa Arab 100/100, Bahasa Inggeris 92/100, Pendidikan Islam 100/100, Sains 100/100 dan Matematik 96/100.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama pada petang ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Ahad, 14 April 2013

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2013

Kajang, 14/04/2013 - Tadika tempat anak kedua saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang keempat pada pagi tadi di Stadium Kajang. Tadika Permata Harapan ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Kira-kira jam 8:05 pagi, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah bertolak dari rumah menaiki kenderaan. Sampai di Stadium Kajang, kami mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan bacaan doa’ pembukaan. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua Tadika Permata Harapan dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan. Dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan persembahan silat dan erobik.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah “jumping animal”, bawa bola ping-pong, kutip gula-gula, junjung pundi kacang, lari berkembar dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak seperti pertandingan skip dan skip (bapa dan anak), kaki kertas (ibu dan anak) dan acara berangkai (ibu, bapa dan anak) juga diadakan.

Anak kedua saya mendapat tempat pertama dalam acara individu (kerusi muzik). Dia juga menyertai acara berpasukan seperti “jumping animal” (tempat ketiga) dan lari berkembar (tempat ketiga). Saya dan anak menyertai acara skip dan skip. Isteri saya dan anak pula meyertai acara kaki kertas (tempat ketiga).

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Mukmin Yang Kuat Lebih Dicintai Allah Daripada Mukmin Yang Lemah’. Program hari ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Majlis tamat kira-kira jam 11:10 pagi. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tadika Permata Harapan Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali keempat ini dengan jayanya.

Sabtu, 10 November 2012

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2012

Bangi, 10/11/2012 - Tadika anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang ketiga pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri, tiga orang anak kami, emak mentua dan seorang anak saudara kepada isteri telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi antara jam 2:00 hingga 2:15 petang tadi. Emak saya mahu tinggal di rumah kerana seorang adik saya dan isterinya baru tiba dari Pahang ketika kami hendak bertolak ke UKM.

Pelajar-pelajar TPH ialah daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun). Anak kedua saya yang berumur lima tahun membuat persembahan bersama rakan-rakannya. Dia menerima sijil dan hadiah. Juga menerima Anugerah Akedemik Terbaik kerana mendapat nombor 3 daripada 22 orang pelajar lima tahun dengan markah sebanyak 97 peratus bagi peperiksaan penggal kedua. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar TPH yang hadir. Saya dipersilakan untuk memimpin bacaan doa’ penutup. Antara jam 5:00 hingga 5:15 petang, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang ketiga ini dengan jayanya.

Motto TPH ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Sabtu, 19 November 2011

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2011

Bangi, 19/11/2011 - Tadika tempat anak sulung dan anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang kedua pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan ini telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi kira-kira jam 2:15 petang. Majlis dimulakan tidak lama kemudian dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Doa’ pembukaan dan ayat-ayat suci al-Qur’an dibacakan.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan ucapan Cik Nor Azliza binti Rajiain, Pengetua Tadika Permata Harapan Impian Murni dan ucapan serta perasmian oleh Encik Noor Azib bin Asmangi, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat.

Ia diteruskan dengan persembahan daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun) dan kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun).

Ketika pelajar-pelajar sedang membuat persembahan, saya pergi sekejap ke Hotel Equatorial Bangi menghadiri Jamuan Hi-Tea dan Hari Q sekolah tempat saya mengajar sekarang. Saya kembali ke Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, UKM Bangi dan sempat menyaksikan persembahan nasyid. Penyampaian cenderahati, hadiah dan sebagainya telah disempurnakan oleh Cik Nor Azliza binti Rajiain serta Encik Noor Azib bin Asmangi semasa saya meninggalkan majlis tadi.

Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar Tadika Permata Harapan yang hadir. Kira-kira jam 5:00 petang, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tadika Permata Harapan kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang kedua ini dengan jayanya.

Motto Tadika Permata Harapan ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Report Day 2/2011 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 29/10/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni pagi ini. Tadika tempat anak sulung dan anak kedua saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua untuk tahun 2011.

Anak sulung saya yang berumur enam tahun telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada 19, 20 dan 21 Oktober 2011 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Juga dapat membuat perbandingan dengan prestasi berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei lepas. Anak sulung saya kurang sihat (demam) ketika menduduki peperiksaan akhir tahun kali ini. Anak kedua saya yang berumur empat tahun belum didedahkan dengan peperiksaan.

Anak sulung saya mula ditempatkan di tadika ini pada bulan Januari 2010 iaitu sejak dia berumur lima tahun. Anak kedua saya pula mula ditempatkan di sini pada bulan Januari 2011 ini. Manakala anak ketiga saya yang lahir pada tahun 2010 ditempatkan di Taska Kasih Kita yang tidak berapa jauh dari Tadika Permata Harapan.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua pada pagi ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Ahad, 22 Mei 2011

Report Day 1/2011 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 22/05/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni pagi ini. Tadika tempat anak sulung dan anak kedua saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama untuk tahun 2011.

Anak sulung saya yang berumur enam tahun telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada 9, 10 dan 11 Mei 2011 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Anak kedua saya yang berumur empat tahun belum didedahkan dengan peperiksaan.

Anak sulung saya mula ditempatkan di tadika ini pada bulan Januari 2010 iaitu sejak dia berumur lima tahun. Anak kedua saya pula mula ditempatkan di sini pada bulan Januari 2011 ini. Manakala anak ketiga saya yang lahir pada tahun 2010 ditempatkan di Taska Kasih Kita yang tidak berapa jauh dari Tadika Permata Harapan.

Anak sulung dan anak kedua saya belajar di tadika ini pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ia dilanjutkan untuk penjagaan harian sehingga jam 3:00 petang. Untuk memenuhi masa tersebut, saya telah daftarkan anak sulung saya di kelas menghafaz surah-surah al-Qur’an (Little Hafiz) mulai jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Setakat ini, pihak tadika tidak mengenakan bayaran lebih masa jika anak-anak saya diambil sebelum jam 3:30 petang. Kadang-kadang, saya atau isteri terpaksa juga mengambil anak-anak selepas jam 3:30 petang sekiranya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bayaran lebih masa dikenakan mengikut jam.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama pada pagi ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Sabtu, 13 November 2010

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2010

Kajang, 13/11/2010 - Tadika tempat anak sulung saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang pertama pada pagi tadi di Dewan Saujana, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan ini telah beroperasi sejak awal tahun ini dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Kira-kira jam 8:30 pagi, pelajar-pelajar bersama ibu bapa masing-masing mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan kira-kira jam 9:05 pagi dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Seorang pelajar lelaki Tadika Permata Harapan membacakan doa’ pembukaan. Selepas itu, saya membacakan ayat-ayat suci al-Qur’an iaitu ayat 12 hingga 19 daripada Surah Luqman.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan ucapan Cik Nor Azliza binti Rajiain, Pengetua Tadika Permata Harapan Impian Murni dan ucapan serta perasmian oleh Puan Rabai’ah binti Kamarul Baharin, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat.

Ia diteruskan dengan persembahan daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun).

Isteri dan anak kami yang nombor dua tiba ke majlis ini lewat sedikit kerana dia ada program Hari Temubual Akademik di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (2).

Penyampaian Cenderahati, Foto Kelas, Hadiah Cemerlang Akademik, Sijil Pelajar-pelajar Enam Tahun, Sijil Pelajar “Qudwah Hasanah” dan Cabutan Bertuah telah disempurnakan oleh Cik Nor Azliza binti Rajiain serta Puan Rabai’ah binti Kamarul Baharin.

Majlis pagi ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar Tadika Permata Harapan yang hadir. Saya dipersilakan naik ke pentas untuk memimpin bacaan doa’ penutup. Kira-kira jam 11:00 pagi, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tadika Permata Harapan kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang pertama ini dengan jayanya.

Motto Tadika Permata Harapan ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Ahad, 17 Oktober 2010

Report Day 2/2010 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 17/10/2010 - Saya, isteri dan dua orang anak kami pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni petang ini. Tadika tempat anak sulung saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua untuk tahun 2010.

Anak sulung saya yang berumur lima tahun telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada 4, 5 dan 6 Oktober 2010 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Juga dapat membuat perbandingan dengan prestasi berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei lepas. Anak sulung saya masih mengekalkan keputusan gred A dengan markah keseluruhan yang sama.

Anak sulung saya belajar di tadika ini pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ia dilanjutkan untuk penjagaan harian sehingga jam 3:00 petang. Untuk memenuhi masa tersebut, saya telah daftarkan anak saya di kelas menghafaz surah-surah al-Qur’an (Little Hafiz) mulai jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Setakat ini, pihak tadika tidak mengenakan bayaran lebih masa jika anak saya diambil sebelum jam 3:30 petang. Kadang-kadang, saya atau isteri terpaksa juga mengambil anak selepas jam 3:30 petang sekiranya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bayaran lebih masa dikenakan mengikut jam.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali kedua pada petang ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Ahad, 23 Mei 2010

Report Day 1/2010 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 23/05/2010 - Saya, isteri dan dua orang anak kami pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni pagi tadi. Tadika tempat anak sulung saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day). Anak sulung saya yang berumur lima tahun secara rasminya telah ditempatkan di sini pada 4 Januari 2010.

Murid-murid yang berumur lima dan enam tahun telah didedahkan dengan peperiksaan pertengahan tahun pada 10, 11 dan 13 Mei 2010 yang lalu. Pada perjumpaan kali ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Anak sulung saya belajar di tadika ini pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ia dilanjutkan untuk penjagaan harian sehingga jam 3:00 petang. Untuk memenuhi masa tersebut, saya telah daftarkan anak saya di kelas menghafaz surah-surah al-Qur’an (Little Hafiz) mulai jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Setakat ini, pihak tadika tidak mengenakan bayaran lebih masa jika anak saya diambil sebelum jam 3:30 petang. Kadang-kadang, saya atau isteri terpaksa juga mengambil anak selepas jam 3:30 petang sekiranya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bayaran lebih masa dikenakan mengikut jam.

‘Membina Generasi Pintar Soleh’

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.