Saya, isteri, tiga orang anak kami, emak mentua dan seorang anak saudara kepada isteri telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi antara jam 2:00 hingga 2:15 petang tadi. Emak saya mahu tinggal di rumah kerana seorang adik saya dan isterinya baru tiba dari Pahang ketika kami hendak bertolak ke UKM.
Pelajar-pelajar TPH ialah daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun). Anak kedua saya yang berumur lima tahun membuat persembahan bersama rakan-rakannya. Dia menerima sijil dan hadiah. Juga menerima Anugerah Akedemik Terbaik kerana mendapat nombor 3 daripada 22 orang pelajar lima tahun dengan markah sebanyak 97 peratus bagi peperiksaan penggal kedua. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.
Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar TPH yang hadir. Saya dipersilakan untuk memimpin bacaan doa’ penutup. Antara jam 5:00 hingga 5:15 petang, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang ketiga ini dengan jayanya.
Motto TPH ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.