Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2025

JIBRIL Bangi 2025

Bangi, 25/12/2025 (Khamis) - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah pergi ke Restoran dan Kafe (JIBRIL Bangi) yang terletak di 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam (pesanan terakhir pada jam 11:30 malam).

Happy 24th Wedding Anniversary. 25th December 2025 (Thursday). 25/12/2025 (Khamis): Hari ulang tahun pernikahan yang ke-24. SAYA DAN ISTERI. 25/12/2001 (Selasa): Hari akad nikah.

Pesanan kami bertujuh (meja 4) dibuat pada 1:57 PM. Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Asam Pedas Tetel (Beef) × 1 (RM21.90), Pineapple Fried Rice × 1 (RM14.90), Carbonara with Streaky Beef × 1 (RM22.90), French Fries × 1 (RM9.90) and Salted Egg Butter Chicken (normal) × 2 (RM37.80). Kami minum Honey Lemon (Ice) × 1 (RM6.90), Iced Chocolate × 1 (RM10.90), Matcha Latte (Iced) × 1 (RM13.90) and Mineral Water (Cold) × 2 (RM7.80). SST (6%) = (RM8.81) and Service Charge (10%) = (RM14.69). Kami telah membayar sebanyak RM170.40 untuk harga makanan dan minuman menggunakan Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL).

JIBRIL Bangi dimiliki oleh orang Islam yang berbangsa Melayu dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia merupakan restoran cawangan ke-3. Keunikan kafe yang tersembunyi di sebalik dinding batu dan rak buku.

Hari ini merupakan hari ke-6 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Khamis, 25 Disember 2025.

Sabtu, 17 September 2022

Restoran Nasi Arab Ali Habi, Eco Majestic

Semenyih, 17/09/2022 - Dua orang anak berada di asrama sekolah menengah agama di luar negeri Selangor. Saya, isteri dan tiga orang anak kami yang lain telah pergi ke Restoran Nasi Arab Ali Habi yang terletak di Nombor 65, Jalan Eco Majestic 10/1A, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 11:00 malam. Waktu rehat untuk solat Jumaat ialah dari jam 1:00 hingga 2:30 petang.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini selepas berjalan-jalan di sekitar Kajang dan Semenyih tadi. Solat Zohor di surau restoran. Kami makan Nasi Arab (Mandy Lamb) dengan Ice Lemon Tea (RM27.00), Chicken Folder and Fries (RM16.00), Ice Lemon Tea (RM3.00) dan service charge (RM2.75). Saya telah membayar sebanyak RM48.75 untuk harga makanan dan minuman menggunakan Kad Debit VISA.

Jam 3:53 petang, saya mula bergerak memandu Proton Exora dan kami meninggalkan kawasan restoran. Jarak perjalanan pulang dari restoran ini ke rumah TJ ialah kira-kira 16 kilometer sahaja (jika melalui jalan raya biasa termasuk Lebuhraya Kajang - Seremban E21 dari Plaza Tol Eco Majestic ke Plaza Tol Kajang Selatan dengan bayaran tol sebanyak RM2.00). 

Sejak pagi tadi kami berjalan-jalan di sekitar Kajang dan Semenyih. Bersarapan pagi di Gerai Tepi Kebun, Nombor 3, Jalan 5, Taman Desa Ros, 43000 Kajang, Selangor yang telah beberapa kali kami pergi sebelum ini. Kemudian mengisi petrol di stesen minyak Petronas Jalan Semenyih dan terus ke EcoHill di Semenyih. Singgah melihat kawasan Adventure Park. Pergi ke tempat lain yang berhampiran dan meninggalkan kenderaan, bersiar-siar di South Creek. Berteduh seketika kerana hujan turun. Kami ke Setia EcoHill Mall dan juga ke Eco Majestic (Restoran Nasi Arab Ali Habi).

Khamis, 27 Januari 2022

Restoran Nasi Kandar Malayleh 69, Jalan Bukit

Kajang, 27/01/2022 - Saya telah pergi ke Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 yang terletak di Lot 109-111, Ground Floor, Seksyen 7 off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. Jarak perjalanan dari Kilometer 33, Jalan Besar Seremban di pekan Semenyih ke restoran ini ialah 9 kilometer sahaja (melalui pusingan U di Jalan Bukit). Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 10:30 malam.

Saya memandu kereta merentasi pekan Semenyih di Jalan Besar Seremban, Jalan Semenyih, Jalan Bukit, membuat pusingan U dan masuk ke Seksyen 7 off Jalan Bukit. Akhirnya, saya sampai ke Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 di bandar Kajang yang kedudukannya berada hampir dengan Oriental Crystal Hotel, New City Hotel dan Lot 90. Saya sampai ke tempat meletak kereta di depan restoran pada jam 1:45 petang dan jam 1:47 petang mengibas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.

Ini merupakan kali pertama saya makan dan minum di sini selepas nama warung lamanya bertukar kepada nama restoran sekarang (ketika bernama warung, saya pernah pergi pada Februari 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac 2020 disebabkan wabak Covid-19). Saya makan nasi kuning (separuh), kuah campur, kari seekor sotong besar, acar (campuran timun, nenas, lobak, bawang serta cili) dan minum Sirap Limau Ais. Saya telah membayar sebanyak RM20.50 untuk harga makanan dan minuman menggunakan aplikasi eWallet. Saya bergerak dengan memandu kereta meninggalkan Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 melalui Seksyen 7 off Jalan Bukit, Jalan Bukit, Jalan Semenyih, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan untuk pulang ke rumah SI. Jarak perjalanan dari restoran ke rumah saya ialah 5 kilometer sahaja.

Sabtu, 27 Mac 2021

Restoran Nasi Daging Pongsu Seribu, Taman Damai Mewah

Kajang, 27/03/2021 - Saya dan dua orang anak pergi ke Restoran Nasi Daging Pongsu Seribu yang terletak di No 1-G, Jalan Damai Mewah 1A, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor pada waktu tengah hari. Isteri dan tiga orang anak kami yang lain ditinggalkan di rumah TJ. Pagi tadi, kami dari rumah SI ke rumah TJ. Oleh kerana di Selangor sekarang masih berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi mencegah penularan wabak Covid-19, kami bertujuh tidak boleh merentas negeri dan tidak dapat berada di rumah TTD. Hari ini merupakan hari pertama Cuti Pertengahan Penggal 1 iaitu cuti persekolahan selama 9 hari (27 Mac hingga 4 April 2021).

Saya membeli makanan yang dibungkus sahaja dengan air minuman dalam botol. Kami boleh minum pelbagai jenis air minuman manis tersedia di sini seberapa banyak yang boleh seperti pengunjung lain yang datang makan dan minum di restoran ini. Pada 17/03/2021 (Rabu), saya pernah kali pertama makan dan minum di sini. Pulang dari sekolah, singgah ke rumah TJ, pergi ke restoran dan pulang ke rumah SI.

Setelah saya membeli 2 bungkus Nasi Daging + Air (RM19.80) dan Nasi Ayam + Air (RM19.80) yang berjumlah RM39.60, kami pun pulang ke rumah TJ. Makan secara beramai-ramai di rumah TJ dengan citarasa utara, resepi asli dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Air asam merecik.

Isnin, 3 Februari 2020

Warung Aura Hidangan, Seksyen 7 off Jalan Bukit

Kajang, 03/02/2020 - Saya telah pergi ke Warung Aura Hidangan yang terletak di Lot 109-111, Ground Floor, Seksyen 7 off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. Jarak perjalanan dari rumah saya ke warung atau restoran ini ialah kira-kira 5 kilometer sahaja. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka dari jam 7:00 pagi hingga 7:00 malam.

Saya memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Semenyih, Jalan Bukit dan masuk ke Seksyen 7 off Jalan Bukit. Akhirnya, saya sampai ke Warung Aura Hidangan di bandar Kajang yang kedudukannya berada hampir dengan Oriental Crystal Hotel, New City Hotel dan Lot 90.

Ini merupakan kali pertama saya makan dan minum di sini (jam 11:30 pagi, makanan untuk tengah hari baru mula disediakan). Saya makan 1 set Gulai Tempoyak Ikan Patin (Pahang) termasuk nasi putih, ulam serta sambal (RM10.00) dan minum Teh Ais (RM1.80). Saya telah membayar sebanyak RM11.80 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini. Tepat jam 12:00 tengah hari, saya bergerak dengan memandu kereta meninggalkan Warung Aura Hidangan melalui Seksyen 7 off Jalan Bukit, Jalan Bukit, Jalan Semenyih dan Jalan Besar Seremban untuk ke pekan Semenyih. Saya sampai ke destinasi di Kilometer 33, Jalan Besar Seremban setelah memandu kira-kira 8.5 kilometer dari bandar Kajang ke sini.

Ahad, 26 Januari 2020

Food Valet, Taman Ramal Suria

Kajang, 26/01/2020 - Saya, isteri dan empat orang anak kami telah menjamu selera petang tadi di Food Valet yang terletak di Taman Ramal Suria. Sesiapa yang berada berhampiran dengan Sungai Ramal Dalam dan melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18) dari Kajang ke Putrajaya, Food Valet boleh dilihat di sebelah kiri lebuh raya ini.

Ketika makan dan minum di Food Valet petang tadi, kami dikelilingi oleh bermacam-macam jenis restoran atau kedai-kedai makan. Pelbagai pilihan makanan dan minuman ada di sini. Cuma perlu tempah, bayar, makan dan minum.

Nama-nama restoran yang saya lihat ada di sini petang tadi ialah Nasi Sambal Gesek, Sup Kambing Nara, Big Mom, Abang One 9, Munet Station, Dapo Western, Nasi Kandar Uncle Botak, Kambing Bakar Pasu Bunga dan Chicken Chop, Sate dan Yong Tau Fu Bohhku, Itik Salai Masthar, Nasi Ayam Kunyit Pak Ngah, Mi Bandung Muar dan Masakan Panas serta Ikan Bakar dan Ayam Percik Ibu.

Rabu, 27 November 2019

Atmosphere 360 Restaurant, KL Tower

Kuala Lumpur, 27/11/2019 - Saya bersama rakan-rakan guru serta staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Cheras, Hulu Langat, Selangor makan dan minum di Atmosphere 360 Restaurant, Kuala Lumpur Tower iaitu sebuah restoran berputar yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Tahun 2016 kami pernah ke sini dan tahun 2019 ini, kami pergi ke sini lagi.

Kami seramai 30 orang menaiki bas dari SKTP dan bertolak pada waktu tengah hari ke Kuala Lumpur. Kami sampai ke Menara Kuala Lumpur dan menunaikan solat Zohor di surau. Kemudian, kami menaiki lif pergi ke Atmosphere 360 Restaurant, makan dan minum di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 282 meter. Ia dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) SKTP.

30 Lunch Buffet (Adult) RM2,586.21 + Service Charge (10%) RM258.62 + Service Tax (6%) RM155.17 = RM3,000.00 (Total).

Ia merupakan program BKGS untuk Jamuan Akhir Tahun 2019, Jamuan Perpisahan Tiga Orang Guru dan Jamuan Meraikan Penempatan Dua Orang Guru Baharu. Pengacara majlis, guru besar dan tiga orang guru SKTP yang akan mengajar di sekolah lain turut memberi ucapan di samping mendapat sijil serta bermacam-macam hadiah termasuk saya. Kami berada di dalam dan di luar kawasan Menara Kuala Lumpur selama tiga jam iaitu dari jam 1:00 hingga 4:00 petang sebelum pulang semula ke sekolah dengan bas.

Di akhir program ketika berada di Atmosphere 360 Restaurant, Kuala Lumpur Tower tadi, saya telah menyampaikan ucapan perpisahan kerana akan mengajar di sekolah lain mulai bulan Januari tahun 2020.

Saya menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Jalan Bahagia. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz.

Bukan intan permata bukan paras rupa.
Pandangan Tuhan pada manusia.
Beriman dan bertakwa berakhlak mulia.
Di sisi Tuhan itu yang utama.
Siapa yang berbakti dengan ketabahan.
Sabar menempuh ketentuan Tuhan.
Baginya syafaat dunia akhirat.
Kurnia Tuhan tidak terkira.

Saya juga membacakan serangkap pantun perpisahan.

Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Jumaat, 16 Ogos 2019

Original Teppanyaki Restaurant, Bangi Avenue

Bangi, 16/08/2019 - Saya, isteri dan empat orang anak kami telah pergi ke Original Teppanyaki Restaurant yang terletak di No 11-G, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Kami bergerak dari rumah selepas solat Jumaat di Surau Raudhatul Firdaus. Saya memandu Proton Exora. Jarak perjalanan dari rumah ke restoran ialah kira-kira 21 kilometer sahaja. Ia dibuka setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam. Menurut Chef Hisyam Yussuf Mansor, restoran makanan Jepun ini telah beroperasi sejak 10 bulan yang lalu.

Saya memandu kenderaan merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Sungai Kantan, Jalan Cheras, Jalan Reko, Jalan Bangi dan masuk ke Persiaran Bangi Avenue. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Original Teppanyaki Restaurant, Bangi Avenue. Kami berada di meja nombor 7.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Teppanyaki Prawn Set (RM18.90), Beef Fried Rice (RM10.90), Garlic Fried Rice (RM7.90), Squid (RM11.90) dan Chicken (RM10.90). Kami minum Green Tea (RM2.50), Orange Juice (RM4.90) dan Mango Juice (3 x RM4.90). Saya telah membayar sebanyak RM82.60 untuk harga makanan dan minuman serta 5% caj perkhidmatan (Sevice Charge) sebanyak RM4.15 menjadikan ia sebanyak RM86.75 bagi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar (Kad Debit VISA).

Teppanyaki (panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu, teppanyaki boleh juga bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter, sedangkan kuali besi digunakan tukang masak untuk memasak makanan.

Kami tidak duduk di tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter berhampiran dengan dapur tetapi duduk di tempat yang lain kerana ada membawa anak kecil. Ia berkonsepkan dapur terbuka dan pengunjung boleh menyaksikan sendiri chef beraksi bagi menyediakan hidangan.

Sabtu, 27 April 2019

D'Apple Cafe' & Restaurant, Bangi

Bandar Baru Bangi, 27/04/2019 - Saya, isteri dan empat orang anak kami telah pergi ke D'Apple Cafe' & Restaurant yang terletak di No 16-G, Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami bergerak dari Surau Al-Amin di Seksyen 8 selepas solat Maghrib. Saya memandu Proton Exora. Jarak perjalanan dari surau ke restoran ialah kira-kira 600 meter sahaja. Restoran ini mula beroperasi sejak bulan Disember tahun 2018.

Ketika hari pembukaannya pada Disember 2018, semasa itu kami masih berlima, pernah singgah ke restoran ini dan ramai orang sehingga tiada tempat duduk. Pada hari berkenaan, kami tidak dapat makan tengah hari di sini. Kami pergi ke restoran berhampiran yang terletak di Jalan 8/35. Tahun 2019, kami sudah berenam dan dapat makan malam di sini. Kami berada di meja nombor 20 dan 21.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Chicken Chop Sizzling + Spaghetti Bolognese (RM14.90), D'Apple Fried Chicken (Set A) with Fried Rice (RM5.90), Cheezy Wedges (RM4.90) dan Mushroom Soup with Garlic Bread (RM5.90). Kami minum Teh Tarik Madu (RM4.90), Horlick Panas (RM4.00), Rebina Laici Sejuk (RM4.50), Soya Cincau Sejuk (RM3.90) dan Milo Dinasor (RM5.50). Saya telah membayar sebanyak RM54.40 untuk harga makanan dan minuman bagi makan malam kali ini. 

Jumaat, 8 Mac 2019

Beb Stone Oven Pizza, Sekamat

Kajang, 08/03/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Beb Stone Oven Pizza yang terletak di Lot 686, Kampung Sungai Sekamat Dalam, 43000 Kajang, Selangor. Jarak perjalanan dari rumah kami ke sini ialah sejauh 1.5 kilometer sahaja. Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin. 1:00 petang hingga 11:00 malam (Selasa, Rabu dan Khamis). 1:00 petang hingga 11:30 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Saya memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Sungai Sekamat dan masuk ke Jalan Aman. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Beb Stone Oven Pizza, Sekamat (di belakang kawasan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang). Kami berada di meja nombor 10.

Isteri saya pernah sekali pergi ke sini tetapi beli dan bungkus sahaja makanan serta dibawa pulang ke rumah. Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Beef Pepperoni Pizza (RM21.00), Seafood Aglio e Olio (RM13.90), Chicken Spaghetti (RM11.90), Mushroom Soup with Garlic Bread (RM6.00) dan Cheesy Fries (RM7.90). Kami minum Teh Tarik Panas (RM2.50), Milo Ais (2 x RM3.00), Teh O Ais (RM2.50) dan Teh Lemon Ais (RM2.50). Cash Discount (RM0.20). Kami telah membayar sebanyak RM74.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan malam kali ini. Istimewanya Pizza di sini, ia dibakar dalam ketuhar batu dan menggunakan kayu api.

Khamis, 7 Februari 2019

Restoran Halab (Syria), Bukit Bintang

Kuala Lumpur, 07/02/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Halab (Syria) yang terletak di No 7, Jalan Beremi, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya tidak jauh dari gerai kecil Halab di Jalan Berangan. Kami berlima menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) dari Kajang ke Kuala Lumpur.

Saya memandu Proton Exora dan meletakkannya di Stesen MRT Sungai Jernih. Kami naik tren di stesen ini (Sungai Jernih) dan melalui stesen-stesen yang berikutnya iaitu Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Suntex, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, AEON Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange (TRX) dan turun di Stesen MRT PAVILION Bukit Bintang. Tambang MRT ialah RM3.50 x 5 orang = RM17.50 (guna 5 keping kad Touch 'n Go). Kami berjalan kaki dari stesen bawah tanah dan naik ke Jalan Sultan Ismail. Terus berjalan kaki di Jalan Berangan dan Jalan Beremi. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Restoran Halab (Syria), Bukit Bintang.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Arab seperti Mandy Ayam (RM13.00) untuk suku ekor ayam dan Maqlubah Kambing (RM25.00). Juga Shawarma Ayam (RM18.00) hidangan dalam pinggan dan Sup Cendawan (RM12.00). Kami minum Jus Mangga (RM10.00), Jus Pisang campur susu (RM12.00), Jus Koktel (RM12.00), Jus Oren (RM10.00) dan Jus Strawberi (RM10.00). Saya telah membayar sebanyak RM122.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari di waktu petang kali ini (Kad Debit VISA). Kami berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, membeli barang-barang dan kembali ke Stesen MRT Bukit Bintang. Singgah ke surau dalam stesen dan naik MRT. Bergerak di laluan yang sama ketika perjalanan pergi tadi dan turun di Stesen MRT Sungai Jernih (RM3.50 x 5 orang = RM17.50).

Bayaran untuk tempat letak kenderaan pula ialah RM4.30 (Touch 'n Go) selepas saya memandu keluar dari stesen MRT.

Sempena Cuti Tahun Baharu Cina kali ini, saya dan keluarga sebelum ke restoran ini telah sempat pulang ke kampung di Pahang dan Melaka. Malam Ahad dan Isnin di Kuala Lipis serta malam Selasa dan Rabu di Jasin.

Jumaat, 1 Februari 2019

Dapur Raya RPWP, Kampung SURADA

Kajang, 01/02/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Dapur Raya Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam (SURADA), 43000 Kajang, Selangor. RPWP ialah rumah asnaf dan anak yatim. Jarak perjalanan dari rumah kami ke sini ialah sejauh 12.5 kilometer sahaja. Ia dibuka dari jam 7:00 pagi hingga 10:30 malam.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Pesiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). Keluar dari E18, saya memandu di Jalan Sungai Ramal Dalam dan masuk ke Jalan ABIM. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Dapur Raya RPWP, Kampung SURADA. Kami hendak makan dan minum di dalam Kafe Bas.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Goreng Pattaya (1 x RM6.00), Nasi Goreng Cina (1 x RM5.00), Lempeng biasa cicah sambal (1 x RM1.00) dan Roti Canai Telur (2 x RM1.80). Kami minum Kopi O Panas (1 x RM1.30), Neslo Ais (1 x RM3.00), Oren [Sunquick] Ais (1 x RM2.00), Milo [Tabur] Ais (2 x RM2.50) dan air kosong ais (1 x RM0.30). Saya telah membayar sebanyak RM27.20 untuk harga makanan dan minuman bagi makan malam kali ini. Jam 9:30 malam, kenderaan kami bergerak pulang ke rumah di Kajang melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80) di lebuh raya dan jalan raya yang sama ketika perjalanan pergi tadi.

Ahad, 13 Januari 2019

Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku, Bangi

Bandar Baru Bangi, 13/01/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku yang terletak di No 58, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami bergerak dari rumah tepat jam 12:00 tengah hari tadi dan menempuh kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke restoran ini ialah kira-kira 9 kilometer sahaja. Restoran ini mula beroperasi sejak bulan Mac tahun 2018.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Sungai Chua, Jalan Wan Siew, Jalan 7/1 dan masuk ke Jalan 7/7A. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku, Bangi.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini (12:30 tengah hari hingga 1:45 petang). Kami makan Nasi Goreng Pattaya (2), Nasi Putih (2), Ikan Siakap Bakar (1), Sup Makanan Laut (1) dan Sup Sayur (1) dengan tambahan satu pinggan kosong cukup untuk lima beranak. Kami minum Lobak Merah campur susu (1), Tembikai Susu (1), Jus Oren (1), Epal Asam Boi (1) dan air kosong (2). Juga membeli makanan yang sudah tersedia dalam bungkusan seperti biskut (2), sambal goreng ikan bilis (1) dan kerepek Pop Chiz besar (1). Saya telah membayar sebanyak RM120.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini termasuk makanan yang dibungkus. Kami menaiki kenderaan dan pergi menunaikan solat Zohor di Surau al-Abrar, Lot 1, Jalan 1/7, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Selasa, 25 Disember 2018

Restoran Sambal Uleg, Bangi

Bandar Baru Bangi, 25/12/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Sambal Uleg yang terletak di G7, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami bergerak dari rumah kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke restoran ini ialah kira-kira 15 kilometer sahaja. Hari ini merupakan hari ulangtahun pernikahan yang ke-17 saya dan isteri.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). Keluar dari E18, saya memandu di Persiaran Jaya, Persiaran Bangi dan masuk ke Jalan 8/35. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Restoran Sambal Uleg, Bangi.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan 1 set Lele Bakar (RM11.00), 1 set Puyuh Bakar (RM12.00), 1 set Daging Empal (RM11.50) dan saya mengambil dua pinggan kosong cukup untuk lima beranak. Setiap set disertakan dengan nasi putih, tempe, tauhu, ulam dan sup. Kami minum Es Buah (RM5.00), Es Teler (RM7.00), Teh O Ais (RM2.00) dan Sirap Bandung (RM3.00). Saya telah membayar sebanyak RM51.50 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini. 

Sabtu, 29 September 2018

Welcome to Rabbani Lamb House

Kuala Lumpur, 29/09/2018 - Saya, isteri dan anak-anak kami mendapat jemputan khas daripada Kak Nur Cheras (Puan Kartini binti Samin) untuk datang ke sebuah restoran yang diberi nama Rabbani Lamb House. Ia terletak di No 105G, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Saya memandu kereta melepasi stesen minyak Petronas, pasar raya besar Tesco Extra Ampang dan keluar dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Masuk ke Jalan Kanan 1, jalan kecil, Jalan 4/76, Jalan 1/76 dan Jalan Kampung Pandan. Kami sampai ke Rabbani Lamb House pada waktu makan tengah hari.

Jemputan khas ini merupakan jamuan kesyukuran sempena pernikahan Puan Kartini binti Samin dengan pasangannya Encik Nazran bin Mahadi. Sebelum mereka melangsungkan pernikahan pagi tadi, masing-masing telah mempunyai lima orang anak setiap seorang. Ini bermakna, selepas mereka sah menjadi pasangan suami isteri, mereka sudah mempunyai sepuluh orang anak. Cucu-cucu mereka turut hadir dalam majlis ini.

Saya sempat bertemu dengan Azadan Abdul Aziz iaitu pemilik Rabbani Lamb House yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Rabbani. Dia baru sampai ke restorannya ketika saya, isteri dan anak-anak kami baru keluar dari Rabbani Lamb House.

Sajian makanan Arab dan Asia Barat semakin mendapat tempat di hati warga Malaysia. Menu seperti nasi mandy, mandy lamb dan kabsah ayam antara menu yang sering menjadi pilihan. Chef dibawa khas dari Timur Tengah.

Sabtu, 4 Ogos 2018

Warong Cikgu Hashim, TTDI Grove

Kajang, 04/08/2018 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Warong Cikgu Hashim di No 45-G Wisma Rayyan, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor. Hari ini merupakan kali kedua kami berlima makan dan minum di sini. Kali pertama kami pergi ke sini ialah ketika makan malam pada 12/05/2018. Juga pada hari Sabtu. Kedai makan ini yang dibuka pada hujung tahun 2017 diberi nama Warong Cikgu Hashim (viral dari kampung). Ia dibuka setiap hari (kecuali Isnin), 7:30 pagi hingga 10:30 malam.

Kami bertolak dari rumah di Kajang selepas saya solat Asar berjemaah di surau berhampiran rumah. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan jalan Pintasan Kajang - Semenyih serta masuk ke Jalan TTDI Grove 7/1. Jarak perjalanan dari rumah ke Warong Cikgu Hashim ialah sejauh 4.4 kilometer sahaja.

Kami makan malam dengan memesan menu Roti Bakar Cikgu (3), Set Sup Tulang + Nasi Putih (2) dan Puding Raja (1). Minuman yang kami minum ialah Teh Tarik (1), Kedondong Asam Boi (1), Teh O Ais (2), Horlick Ais (1) dan Air Suam (1). RM46.15 sahaja.

Jumaat, 10 November 2017

Restoran Mek Tomyam, Alam Jaya

Cheras, 10/11/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Mek Tomyam yang terletak di No 3, Medan Selera Alam Jaya, Jalan Alam Jaya, Taman Alam Jaya, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor. Saya pernah pergi ke sini. Cuma malam ini merupakan kali pertama saya membawa keluarga makan di restoran ini. Tomyam ialah sup masam pedas daripada aneka campuran daging, udang, sayuran dan lain-lain yang berasal dari Siam.

Kami makan malam dengan memesan menu Tomyam Campur (1), Sup Campur (1), Nasi Putih (1), Nasi Goreng Pattaya (1) dan Nasi Goreng Paprik (1) dengan tambahan 2 pinggan kosong. Minuman yang kami minum ialah Teh Tarik kurang manis (1), Teh O Ais (2), Milo Ais (1) dan Air Kosong Ais (1). RM29.00 sahaja.

Pada asalnya kami bertolak dari Kajang hendak pergi ke persembahan nasyid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Oleh kerana saya mendapat berita daripada aplikasi WhatsApp serta media sosial Facebook mengatakan UIA dilanda banjir dan berlaku pula kesesakan jalan raya di sebelah Plaza Tol Batu 9 di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), saya pun memandu Proton Exora keluar dari E7 pergi ke Masjid al-Amin, Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Batu 9, Cheras. Azan dilaungkan dan kami solat Maghrib secara berjemaah. Dari Masjid al-Amin, kami singgah makan malam di Restoran Mek Tomyam. Restoran ini ialah kepunyaan Encik Muliadi bin Osman. Dia merupakan seorang bapa kepada dua orang bekas anak murid saya di sekolah berhampiran. Selepas makan dan minum, kami pulang ke Kajang. Jarak perjalanan pulang dari restoran ke rumah kami ialah kira-kira 14 kilometer sahaja melalui Jalan Alam Jaya, Jalan Sunway 1, Jalan Kijang 7, Jalan Taman Suntex, Lebuhraya Cheras-Kajang, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan.

Ahad, 20 Ogos 2017

Kafe UAK (Food For All) Batu Tiga

Shah Alam, 20/08/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Kafe Ustaz Abdullah Khairi (UAK) yang terletak di Lot No 16858 (Glenmarie), Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor. Kali pertama kami berlima pergi ke sini. Ia dibuka setiap hari. Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis (11:00 pagi hingga 11:00 malam). Jumaat (3:00 petang hingga 11:00 malam).

Kami bertolak dari rumah di Kajang pada waktu tengah hari. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) serta melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan serta melalui Plaza Tol Batu Tiga (RM1.10). Saya memandu keluar dari lebuhraya melalui Jalan Subang, Jalan Batu Tiga Lama, Jalan Seniman U1/44, Jalan Penyair U1/44 dan masuk ke Lot No 16858 (Glenmarie), Seksyen U1. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh kira-kira 40 kilometer sahaja. Surau, bilik air dan tandas ada disediakan di Kafe UAK (Food For All).

Kami memesan menu UAK Kampung Fried Rice (RM12.90), Spaghetti (Chicken) White Sauce (RM17.90), Mi Udang Lubok Meriam (RM12.90), Beef Pepperoni Pizza (RM18.90), Banana Split (RM7.90), Teh Tarik (RM3.50), Milo Ais (RM3.90), Teh Epal Ais (RM3.90) dan Air Kosong Ais (RM0.90). Saya telah membayar sebanyak RM82.70 untuk harga makanan dan minuman selepas menunaikan solat Zohor di surau Kafe UAK.  

Sabtu, 15 April 2017

Restoran Angklung Patin House, Bangi

Bandar Baru Bangi, 15/04/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Angklung Patin House yang terletak di D-G-12, Jalan BG6, Bangi Gateway 3D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kali pertama kami berlima pergi ke sini. Ia dibuka setiap hari (kecuali Isnin), 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Sebelum kami makan dan minum tadi, singgah solat Zohor berjemaah terlebih dahulu di surau pusat membeli-belah Bangi Gateway yang terletak berhampiran Persiaran Pekeliling. Kami mendapatkan semula kenderaan untuk ke Angklung Patin House yang terletak berhampiran Persiaran Wawasan. Kami memesan menu 2 set Gulai Tempoyak Ikan Patin bahagian kepala dan ekor (termasuk 2 set nasi putih ulam serta sambal tempoyak) yang berharga RM34.00 (2 set x RM17.00). Tambahan 1 pinggan nasi putih kosong (RM2.00) cukup untuk lima beranak serta 2 pinggan kosong. Minuman sejuk yang kami minum ialah Jus Tembikai (RM4.50), Teh (RM1.60), Milo Susu (RM2.80), Lemon Madu (RM3.50) dan Asam Boi (RM2.00). Ketika sedang makan dan minum, kami memesan pula 1 pinggan Telur Dadar (RM2.00). Kami juga mengambil sendiri 3 bekas Dadih (RM6.00), Puding Raja (RM10.00) dan Sambal Hitam (RM5.00). Saya telah membayar sebanyak RM73.40 untuk harga makanan dan minuman termasuk yang kami bawa pulang ke rumah.

Saya memandu Proton Exora dan kami meninggalkan Angklung Patin House. Di Bandar Baru Bangi, kami melalui Persiaran Wawasan, Persiaran Kemajuan, Persiaran Pusat Bandar 1 dan Persiaran Bangi. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Reko melalui pekan Kajang, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan singgah sebentar ke kedai berhampiran rumah. Jarak perjalanan pulang ialah sejauh kira-kira 15 kilometer sahaja. Kemudian merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah di Kajang. Saya sempat solat Asar berjemaah di surau berhampiran taman perumahan kami.

Jumaat, 24 Mac 2017

Restoran Moh Makan, Taman Wawasan

Raub, 24/03/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah singgah ke Restoran Moh Makan yang terletak di No 42, Jalan Wawasan 2, Taman Wawasan, 27600 Raub, Pahang. 'Moh deras datang.. Pohpaleh weh..!'. Hari ini merupakan kali kedua kami singgah ke sini. Ia dibuka setiap hari (kecuali Isnin), 7:00 pagi hingga 7:00 malam.

Kali pertama kami berlima pergi ke Restoran Moh Makan di Raub ialah pada hari Rabu, 22 Mac 2017. Kami sekeluarga sampai ke sini pada waktu petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah emak saya di kampung. Perjalanan dari Kajang, Selangor menuju ke Kuala Lipis, Pahang. Kami minum Teh Tarik Halia (RM1.80), Teh Hijau Hulk Pohpaleh (RM3.00) dan Jagung Sedak Pohpaleh (RM5.00). Saya juga membawa pulang Gulai Tempoyak Ikan Patin yang dibungkus (RM18.00) untuk 2 ketul ikan patin.

Kali kedua kami lima beranak pergi ke Restoran Moh Makan di Raub ialah pada pagi hingga tengah hari tadi (Jumaat, 24 Mac 2017) iaitu ketika perjalanan pulang dari Kuala Lipis ke Kajang. Saya memandu Proton Exora sejauh 61.3 kilometer dari bandar Kuala Lipis ke restoran ini. Perjalanan berbaki sejauh 119.3 kilometer untuk sampai ke rumah kami di Kajang. Kami makan 2 set nasi putih Gulai Tempoyak Ikan Patin (RM20.00) untuk 2 ketul ikan patin, mi goreng (RM5.00) dan minum 1 jag air sirap (percuma). Lebihan makanan dibungkus dan kami bawa pulang ke rumah. Saya juga membeli 2 botol x 350ml Jus Caliph (RM100.00) dan Tamar Cocoa 900g (RM35.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.