Saya memandu kereta merentasi pekan Semenyih di Jalan Besar Seremban, Jalan Semenyih, Jalan Bukit, membuat pusingan U dan masuk ke Seksyen 7 off Jalan Bukit. Akhirnya, saya sampai ke Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 di bandar Kajang yang kedudukannya berada hampir dengan Oriental Crystal Hotel, New City Hotel dan Lot 90. Saya sampai ke tempat meletak kereta di depan restoran pada jam 1:45 petang dan jam 1:47 petang mengibas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.
Ini merupakan kali pertama saya makan dan minum di sini selepas nama warung lamanya bertukar kepada nama restoran sekarang (ketika bernama warung, saya pernah pergi pada Februari 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac 2020 disebabkan wabak Covid-19). Saya makan nasi kuning (separuh), kuah campur, kari seekor sotong besar, acar (campuran timun, nenas, lobak, bawang serta cili) dan minum Sirap Limau Ais. Saya telah membayar sebanyak RM20.50 untuk harga makanan dan minuman menggunakan aplikasi eWallet. Saya bergerak dengan memandu kereta meninggalkan Restoran Nasi Kandar Malayleh 69 melalui Seksyen 7 off Jalan Bukit, Jalan Bukit, Jalan Semenyih, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan untuk pulang ke rumah SI. Jarak perjalanan dari restoran ke rumah saya ialah 5 kilometer sahaja.