Memaparkan catatan dengan label X-SMAPT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label X-SMAPT. Papar semua catatan

Ahad, 18 November 2012

Azamuddin Mansor Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga Azamuddin Mansor. Semoga rohnya mendapat tempat di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Beliau merupakan rakan saya dan kami ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku. Umurnya lebih tua daripada saya beberapa tahun.

KUANTAN - Beberapa ketika selepas melaungkan azan dan bersolat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya semalam (17 November 2012).

Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7:00 pagi.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 6:40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail di sini.

“Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta tersebut ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau”.

“Mangsa yang parah di kepala dan badan telah dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian,” katanya di sini semalam (17 November 2012).

Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.

SUMBER: www.kosmo.com.my – 18 November 2012.

Ahad, 5 Jun 2011

Perjumpaan Bekas Pelajar SMAPT Jun 2011

Kajang, 05/06/2011 – Jam 12:07 tengah malam, saya memandu kereta keluar dari perkarangan Bangunan Dato’ Nazir. Baru sebentar tadi (semalam), saya dan enam orang rakan telah mengadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) bertempat di Restoran Sate Kajang Hj Samuri, Meja No 215, Tingkat 1, Jalan Kelab, Bangunan Dato’ Nazir.

Malam tadi (semalam), saya tiba kira-kira jam 9:20 malam di perkarangan Bangunan Dato’ Nazir. Apabila sampai di meja bernombor 215, empat orang rakan telah sedia menunggu. Selepas itu, seorang demi seorang tiba ke restoran ini. Terdapat juga rakan-rakan yang hadir ke sini membawa keluarga mereka. Ini merupakan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMAPT yang lahir pada tahun 1974 dan 1975. Bekas-bekas pelajar yang telah datang untuk pertemuan pada malam ini ialah saya, Izwan, Safuan, Fairuz, Abdul Razak, Zurimi dan Wan Zamri.

Saya mendapat maklumat berkenaan perjumpaan yang dirancang ini melalui telefon. Ada di antara rakan-rakan yang telah berjumpa sebelum ini dan ada juga rakan-rakan yang tidak bertemu sejak berbelas-belas tahun atau lebih daripada dua puluh tahun selepas menamatkan pengajian di SMAPT. Malam ini merupakan pertemuan semula setelah kami berhubung melalui internet dan telefon sahaja.

Mengimbas kembali kenangan ketika belajar di SMAPT. Tahun 1988, saya berada di Kelas Peralihan bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1975. Tahun 1989, saya terus melompat ke Tingkatan Dua tanpa masuk ke Tingkatan Satu berdasarkan keputusan peperiksaan. Sejak itu, saya belajar bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1974 sehingga berada di Tingkatan Lima pada tahun 1992.

Jumaat, 1 April 2011

Sekolah Menengah Agama Padang Tengku

Saya telah belajar di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) bermula daripada Januari 1988 sehingga Disember 1992 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah ini dikenali sebagai “al-Ma’idah ad-Diniyah” yang bermaksud ‘Hidangan Agama’. Ia terletak di daerah Lipis iaitu di negeri Pahang.

Mengimbas kembali kenangan ketika saya belajar di SMAPT. Tahun 1988, saya berada di Kelas Peralihan bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1975. Tahun 1989, saya terus melompat ke Tingkatan Dua tanpa masuk ke Tingkatan Satu berdasarkan keputusan peperiksaan. Sejak itu, saya belajar bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1974 sehingga berada di Tingkatan Lima pada tahun 1992.

SMAPT telah disempurnakan perasmiannya oleh D.Y.A.M. Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Ahmad Shah pada 12 Mei 1957. Pada peringkat awal, sekolah ini bertaraf Sekolah Agama Rakyat. Kewujudan sekolah ini di kawasan Padang Tengku membolehkan guru-guru mengajar pendidikan agama Islam secara formal kepada anak-anak tempatan.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah ini berteraskan Bahasa Arab. Oleh itu, masyarakat tempatan memanggilnya Sekolah Arab yang dikenali dengan nama “Madrasah al-Ma’idah ad-Diniyah”. Ia terletak berhadapan dengan stesen kereta api Padang Tengku.

Pada awalnya, SMAPT diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pahang (MAIP). Ia telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1967 dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sehingga ke hari ini. Setelah pentadbiran sekolah diambil alih oleh kerajaan negeri, perubahan amat ketara dapat dilihat dari segi pertambahan kemudahan asas merangkumi bangunan kelas, makmal sains, asrama, dewan makan dan kemudahan lain yang bertambah dari masa ke semasa.

Terkini iaitu tahun 2011 ini, pihak sekolah mahu membina surau yang lebih besar bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Surau yang ada sekarang cuma di bangunan sementara.

Marilah sama-sama kita menderma untuk mengumpul dana bagi pembinaan surau tersebut. Nama akaunnya ialah Tabung Surau SMAPT yang bernombor akaun 06110000123-10-2 (CIMB BANK). Bagi menyertai Saham Waqaf dan keterangan lanjut berkenaan pembinaannya, sila hubungi nombor telefon pejabat SMAPT di talian 09-3291226. Terima kasih.

Sabtu, 25 Disember 2010

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SMAPT 2010

Ampang, 25/12/2010 – Bertempat di Restoran Istana Bambu, Lot 841-842, Jalan Hulu Klang telah diadakan majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT). Saya bersama dua orang anak tiba kira-kira jam 12:30 tengah hari di restoran ini dan mendaftarkan kehadiran. Isteri dan anak saya yang ketiga tinggal di rumah sahaja kerana pada hari semalam umurnya baru mencecah satu bulan.

Saya dan rakan-rakan telah merancang untuk mengadakan majlis pertemuan ini susulan daripada perjumpaan bekas pelajar SMAPT di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, Jalan Melati 4, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur pada 20 Jun 2010 iaitu kira-kira enam bulan yang lepas. Di samping itu juga, kami telah mengumumkannya di laman sosial Facebook. Nampaknya pada perjumpaan kali ini lebih ramai yang hadir.

Saya bertindak sebagai pengacara majlis menyampaikan ucapan dan seterusnya memimpin bacaan doa'. Juga mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan yang hadir. Ada yang datang secara individu dan ada yang hadir bersama keluarga.

Majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan solat Zohor. Sementara itu diadakan juga cabutan bertuah dan teka gula-gula di dalam balang. Ia diteruskan dengan majlis ramah mesra dengan bertanya khabar, bertukar-tukar nombor telefon dan sebagainya.

Akhir sekali, kami bergambar beramai-ramai. Masa untuk bersurai telah tiba. Bersalam-salaman dengan ucapan terima kasih, jumpa lagi dan lain-lain. Saya dan dua orang anak bergerak pulang ke rumah meninggalkan Restoran Istana Bambu kira-kira jam 3:20 petang. Seorang rakan bersama isterinya memandu kereta mengekori kereta saya dari belakang dan menziarahi kami sekeluarga di rumah.

Ahad, 20 Jun 2010

Perjumpaan Bekas Pelajar SMAPT

Kuala Lumpur, 20/06/2010 – Bertempat di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, Jalan Melati 4, Taman Melati Utama telah diadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT). Saya tiba kira-kira jam 3:10 petang. Dua orang rakan telah sedia menunggu. Selepas itu, seorang demi seorang tiba ke restoran ini. Terdapat juga rakan-rakan yang hadir ke sini membawa keluarga mereka. Ini merupakan perjumpaan kali pertama bekas-bekas pelajar SMAPT yang lahir pada tahun 1974 dan 1975. Bekas-bekas pelajar yang telah datang untuk pertemuan pada petang ini ialah saya, Syarifudin, Termizi, Juliana Suhaila, Norina, Roslaili dan Nora.

Saya mendapat maklumat berkenaan perjumpaan yang dirancang ini melalui laman sosial Facebook. Ada di antara rakan-rakan yang tidak bertemu sejak berbelas-belas tahun selepas menamatkan pengajian di SMAPT. Petang ini merupakan pertemuan semula setelah kami berhubung melalui internet dan telefon sahaja.

Mengimbas kembali kenangan ketika belajar di SMAPT. Tahun 1988, saya berada di Kelas Peralihan bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1975. Tahun 1989, saya terus melompat ke Tingkatan Dua tanpa masuk ke Tingkatan Satu berdasarkan keputusan peperiksaan. Sejak itu, saya belajar bersama rakan-rakan yang lahir pada tahun 1974 sehingga berada di Tingkatan Lima pada tahun 1992.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.