Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2026

Terengganu September 2026

Anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana dia sedang berada di tempat pengajiannya. Cuti Hujung Minggu, Cuti Pangkal Minggu dan Cuti Rehat Khas (urusan kemasukan belajar di universiti). Saya, isteri, anak sulung, anak kedua, anak keempat dan anak kelima sedang bercuti di Terengganu. RM769.36 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Terengganu selama 2 hari 1 malam. Menginap di Homestay Mai n Taj, No 260, Jalan Teluk Ketapang, Taman Perumahan Telaga Daing, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Kami menginap di homestay (inapan keluarga). Sebuah rumah tiga bilik tidur dengan tiga buah katil kelamin. Sebuah rumah berpagar yang lengkap dengan segala kemudahan termasuk pendingin hawa. Ruang tamu yang luas, ruang dapur dan tempat letak kenderaan berbumbung. Melalui kenalan satu kariah SI, tempahan homestay telah dilakukan pada hari Isnin, 17 Ogos 2026. Bayarannya (Scan and Pay) dibuat dalam talian (RM200.00) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Pengeluaran MAE Wallet J pada hari Rabu, 9 September 2026.

Sabtu, 12 September 2026 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah SI pada 10:45 AM. Sampai ke kawasan homestay pada 6:30 PM selepas pemanduan kereta sejauh 476 kilometer dari Kajang ke Taman Perumahan Telaga Daing. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Kajang SILK iaitu Sistem Lingkaran - Lebuhraya Kajang (E18) tanpa melalui Plaza Tol (PT). Kemudian, masuk ke Lebuhraya EKVE iaitu East Klang Valley Expressway (E27) yang menempuh PT Sungai Long ke PT Ampang. Melalui Lebuhraya SUKE iaitu Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) yang menempuh PT Ampang (A). Melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Melalui Lebuhraya KL-K iaitu Kuala Lumpur - Karak (E8) yang menempuh PT Gombak dan PT Bentong. Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 (E8) yang menempuh PT Karak ke PT Kuala Terengganu di LPT2. Semua PT yang dilalui hari ini mempunyai lorong SmartTag kecuali PT Kuala Terengganu. Ketika dalam perjalanan di lebuh raya tadi, saya singgah ke tandas di Hentian Sebelah Lanchang (Arah Timur) di LPT1, kami singgah makan, minum dan solat di Kawasan Rehat Gambang (Arah Timur) di LPT1. Singgah isi petrol (pondok minyak PETRON) di Hentian Sebelah Kijal (Arah Timur) di LPT2. Guna juga peta Google pada Proton Exora untuk laluan terbaik. Tiba di homestay. Kunci rumah diambil sendiri selepas masuk ke dalam pagar di tempat yang telah diberitahu melalui aplikasi WhatsApp. Daftar masuk ke rumah, berehat dan solat. Makan malam di Selera D'muara Drawbridge (Kedai Ustaz Mad Kecik) Bawah Jambatan Angkat Terengganu. Pulang ke homestay, berehat dan bermalam.

Perbelanjaan hari pertama. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM6.08) (EKVE) PT Sungai Long ke PT Ampang di E27 melalui eWallet (T'nG J) pada 11:14 AM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM2.30) (SUKE) PT Ampang (A) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada 11:23 AM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM6.00) (KL-K) PT Gombak di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada 11:38 AM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM3.50) (KL-K) PT Bentong di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:11 PM. Pengeluaran MAE Wallet J (RM64.00) Scan and Pay kepada gerai Nadi Nazmia Mutiara Timur, nombor 15 di Kawasan Rehat Gambang (makan 3 set nasi putih gulai tempoyak ikan patin dengan tambahan pelbagai jenis sayuran dan sebagainya). Lain-lain. Pengeluaran Tunai L (RM8.50) Gerai Jus Cafe, nombor 8 di Kawasan Rehat Gambang (pelbagai jenis minuman). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM5.00) Scan and Pay kepada gerai Jus Cafe, nombor 8 di Kawasan Rehat Gambang (minuman). Pengeluaran MAE Wallet J (RM2.60) Scan and Pay kepada gerai Liza D' Highway, nombor 5 di Kawasan Rehat Gambang (1 botol Air Mineral Semulajadi CACTUS 1500ML). Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (RM50.00) MyDebit (kad debit) Isi petrol RON95 untuk Proton Exora di pondok minyak PETRON Hentian Sebelah Kijal (Arah Timur) LPT2 (E8) pada 4:30 PM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM39.24) PT Karak (LPT1) ke PT Kuala Terengganu (LPT2) di E8 melalui kad (T'nG J) pada 5:53 PM. Pengeluaran MAE Wallet J (RM114.00) Scan and Pay kepada Selera D'muara Drawbridge (Kedai Ustaz Mad Kecik) Bawah Jambatan Angkat Terengganu (makan dan minum).

Ahad, 13 September 2026 (hari kedua). Bangun pagi, solat dan bersarapan pagi. Saya, isteri dan anak sulung bergerak pada 7:50 AM. Anak-anak yang lain kekal berada di homestay. Pendaftaran belajar di universiti. Kami semua kembali berkumpul di rumah. Makan, minum, solat dan berehat. Saya berjalan kaki ke kedai-kedai berhampiran. Kemudian, menemani isteri berjalan kaki ke tempat tersebut. Keluar dari homestay. Kunci rumah diletakkan semula di tempat asal. Daftar keluar dari rumah pada 3:30 PM. Saya memandu kenderaan menghantar anak sulung ke asrama universiti. Kami singgah ke beberapa tempat. Bergerak untuk pulang ke rumah SI dan meninggalkan kawasan masjid universiti pada 5:20 PM. Ada kesesakan lalu lintas ketika perjalanan untuk ke lebuh raya. Mula berada di lebuh raya pada 6:00 PM. Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)2 (E8) yang menempuh PT Kuala Terengganu ke PT Karak di LPT1. Laluan hari Ahad (sebelum tengah malam hari Isnin) dikira setakat Lebuhraya KL-K iaitu Kuala Lumpur - Karak (E8) yang menempuh PT Bentong. Ketika dalam perjalanan di lebuh raya tadi, saya singgah ke tandas di Hentian Sebelah Kuantan (Arah Barat) di LPT1, kami singgah makan, minum dan solat di Kawasan Rehat Gambang (Arah Barat) di LPT1. Singgah isi petrol (stesen minyak PETRONAS Gambang Arah Barat) di Kawasan Rehat Gambang (Arah Barat) di LPT1.

Perbelanjaan hari kedua. Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM5.00) Scan and Pay kepada gerai di UniSZA (keropok lekor sedia dimakan). Lain-lain. Pengeluaran Tunai L (RM24.00) Gerai tepi jalan berhampiran Pasar Teluk Ketapang (2 bungkus nasi Arab dan 2 bungkus nasi ayam). Pengeluaran MAE Wallet J (RM30.00) Scan and Pay kepada kedai Keropok Lekor AA (6 bungkus, vacuum pack, baby lekor). Pengeluaran MAE Wallet J (RM12.50) Scan and Pay kepada Mini Runcit Raisharay Yan Ent (1 set Numee Tom Yam dan 1 botol strawberry Barbican). Pengeluaran Setel J (RM50.00) Isi petrol RON95 untuk Proton Exora di stesen minyak PETRONAS Batu Rakit pada 4:21 PM. Pengeluaran MAE Wallet J (RM22.00) Scan and Pay kepada gerai Baa Is Aneka Rasa, nombor 6 di Kawasan Rehat Gambang (makan 1 set nasi putih gulai tempoyak ikan patin dengan sayur). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM16.50) Scan and Pay kepada gerai Nasi Kukus Daddy, nombor 12 di Kawasan Rehat Gambang (makanan). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM10.00) Scan and Pay kepada gerai Ahzo Food Stall, nombor 10 di Kawasan Rehat Gambang (2 ketul ayam goreng). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM5.40) Scan and Pay kepada gerai D'hentian Cafe, nombor 11 di Kawasan Rehat Gambang (pelbagai jenis minuman). Pengeluaran Setel J (RM50.00) Isi petrol RON95 untuk Proton Exora di stesen minyak PETRONAS Gambang Arah Barat pada 10:02 PM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM39.24) PT Kuala Terengganu (LPT2) ke PT Karak (LPT1) di E8 melalui kad (T'nG J) pada 11:13 PM. Pengeluaran Touch 'n Go J (RM3.50) (KL-K) PT Bentong di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada 11:27 PM.

Tepat 12:00 AM (Isnin, 14 September 2026), saya berhenti sekejap memandu Proton Exora di Hentian Sebelah Gombak (Arah Barat) KL-K (E8). Tidak turun dari kenderaan. Selepas melalui beberapa lebuh raya (MRR2, E19, E27 dan E18), akhirnya kami selamat sampai ke rumah SI pada 12:53 AM.

Ahad, 30 Ogos 2026

Percutian ke Selatan Malaysia dan Singapura 2026

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Selatan Malaysia dan Singapura selama 2 hari 1 malam. Percutian sempena Cuti Penggal 2, Tahun 2026. Ia merupakan tempat percutian dalam negara dan luar negara. RM2,532.25 dan DS255.40 (RM817.28). RM3,349.53 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan. RM ialah Ringgit Malaysia dan DS ialah Dolar Singapura (RM3.20 bersamaan dengan DS1.00).

Ahli rombongan sebuah bas, kira-kira 40 orang bermalam di hotel 13 tingkat. Kami sekeluarga bertujuh. Seramai tujuh orang menginap di bilik 1307 (tingkat 13), 1202 (tingkat 12) dan 1203 (tingkat 12). Ahli 1 dan ahli 2 di bilik 1307, ahli 3 dan ahl 6 di bilik 1202 serta ahli 4, ahli 5 dan ahli 7 di bilik 1203 di GoodHope Hotel, Nombor 1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor.

Pihak Pilihan Jelajah Travel and Tours Sdn Bhd telah membuat tempahan bilik (hotel). Bayaran (RM2,200.00) secara pindahan dalam talian (HLB JL) untuk penginapan 2 hari 1 malam, pengangkutan dan sarapan pagi kami bertujuh telah dibuat pada Jumaat, 24 Julai 2026. Pemandu pelancong ialah Wan Rahayu (Malaysia), Syed (Singapura) dan Naura (wakil pejabat).

Sabtu, 29 Ogos 2026 (hari pertama). Kami berada di dalam Bas Persiaran (RAW 3094) di Selangor. Kira-kira pada 12:30 AM, bas sudah bergerak dari kawasan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, waktu tengah malam. Kira-kira pada 12:45 AM, bas sudah masuk ke Negeri Sembilan. Kira-kira pada 1:50 AM, bas sudah masuk ke Melaka. Kira-kira pada 2:30 AM, bas sudah masuk ke Johor. Berhenti di Kawasan Rehat Gelang Patah pada 4:45 AM. Mandi, solat dan bersarapan pagi. Perjalanan rombongan bas diteruskan pada 8:00 AM. Kami masuk ke sempadan dua buah negara melalui Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA). Turun bas. Masuk ke Imigresen Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar. Membuat urusan di kaunter pasport. Naik bas dan turun bas. Masuk ke Imigresen Singapura (Immigration and Checkpoints Authority) Singapore. Membuat urusan di kaunter pasport. Naik bas untuk ke destinasi yang seterusnya. Merlion Park. Marina Bay Sands dan Esplanade Park terletak di seberang Merlion Park. Singapore Souvenir Centre, 7 Keppel Road. Universal Studios Singapore. Resorts World Station. Naik monorail ke stesen pantai. Pantai Palawan. Gardens by the Bay. Makan dan minum di AL-Tasneem Restaurant, Jalan Pinang. Solat di Masjid Sultan. Bugis Street. Jewel Changi Airport. Marina Bay Waterfront Promenade. Pertunjukan Cahaya dan Air (dari 8:00 PM hingga 8:15 PM). Masuk ke Imigresen Singapura (Immigration and Checkpoints Authority) Singapore (Woodlands Checkpoint). Membuat urusan di kaunter pasport. Terima SMS (Short Message Service) melalui telefon pintar pada 10:18 PM ketika berada di sini (Unifi: Your UNI5G Roam Cross-Border Unlimited Data - 1 Day has expired. Auto-renew 1 day pass at RM if min. 1MB used after expiry. Browse more data pass options at MyUnifi). Masuk ke Imigresen Malaysia, Kompleks Sultan Iskandar. Membuat urusan di kaunter pasport. Kami masuk ke sempadan dua buah negara melalui Laluan Pertama di Tambak Johor (Malaysia - Singapura). Makan dan minum di Teraju Tomyam Thai Seafood, Taman Stulang. Bas meninggalkan kawasan restoran untuk ke hotel dan masih bergerak di jalan raya pada 11:30 PM.

Perbelanjaan hari pertama. Dolar Singapura. Tunai J (DS140.00) Bayaran untuk pemandu pelancong ke Singapura ($20 × 7). Pengeluaran MAE Wallet J (RM5.00) Scan and Pay kepada gerai Gelang Patah, nombor 6 di Kawasan Rehat Gelang Patah (makan mi goreng, telur mata dan sambal). Lain-lain. Pengeluaran Tunai L (RM17.60) Gerai-gerai di Kawasan Rehat Gelang Patah (makanan dan minuman). Dolar Singapura. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (DS17.00) My Debit kepada Singapore Souvenier Centre, 7 Keppel Road (pelbagai jenis barang). Dolar Singapura. Tunai J (DS50.00) AL-Tasneem Restaurant, Jalan Pinang (makan dan minum). Dolar Singapura. Tunai J (DS12.00) ABC, Bugis Street (pelbagai jenis buah). Dolar Singapura. Tunai J (DS7.50) Kedai buah-buahan, Bugis Street (pelbagai jenis buah). Dolar Singapura. Tunai J (DS28.90) M&Q, Bugis Street (pelbagai jenis barang). Pengeluaran MAE Wallet J (RM89.00) Scan and Pay kepada restoran Teraju Tomyam Thai Seafood, Taman Stulang (makan dan minum).

Ahad, 30 Ogos 2026 (hari kedua). Tengah malam (12:00 AM), bas sudah berada di kawasan hotel. Daftar masuk dan berada di bilik hotel. Mandi, solat dan tidur. Bangun pagi, solat dan berehat. Kami turun lif ke tingkat G. Bersarapan pagi di Penang Street Restaurant yang terletak di lobi hotel. Daftar keluar dari hotel pada 9:45 AM. Naik bas untuk ke destinasi yang seterusnya. Johor Premium Outlets. Arena Warna Ayer Hitam. Makan dan minum di medan selera. Solat di surau. Perjalanan pulang rombongan bas bergerak pada 3:20 PM. Berhenti di Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara) untuk ke tandas pada 5:20 PM. Selamat sampai ke Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 pada 6:40 PM.

Perbelanjaan hari kedua. Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM11.00) Scan and Pay kepada gerai The Grove di Johor Premium Outlets (makanan dan minuman). Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM68.65) My Debit kepada CU Mart di Johor Premium Outlets (makanan dan minuman). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM15.00) Scan and Pay kepada penjual bergerak di medan selera Arena Warna Ayer Hitam (kek brownies). Pengeluaran MAE Wallet J (RM41.00) Scan and Pay kepada gerai Zarina di medan selera Arena Warna Ayer Hitam (makan dan minum). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM55.00) Scan and Pay kepada gerai-gerai di Arena Warna Ayer Hitam (pelbagai jenis kerepek). Lain-lain. Pengeluaran Personal Saver Account-i L (RM30.00) Scan and Pay kepada gerai-gerai di Arena Warna Ayer Hitam (pelbagai jenis minuman).

Sabtu, 27 Disember 2025

Percutian ke Kuala Lumpur 2025

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam. Percutian sempena Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami telah beberapa kali bercuti dengan bermalam di Kuala Lumpur beberapa tahun sebelum ini. RM705.84 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Seramai tujuh orang menginap di bilik G09 (tingkat G) yang mempunyai dua buah bilik. Blok A (Madison), Upper View Regalia Hotel (UVRH), Nombor 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

Kami menginap di hotel dua bilik tidur dengan sebuah katil kelamin (bilik besar) dan sebuah katil bujang (bilik sederhana). Apabila masuk di pintu utama G09, pintu bilik sederhana terletak di sebelah kiri dan pintu bilik besar terletak di bahagian belakang pintu utama. Hotel penginapan (bilik besar) kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Peti ais, saterika dan cerek elektrik cuma berada di bilik besar yang terdapat balkoni. Di bilik sederhana juga mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (seperti yang dinyatakan di bawah) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Jumaat, 26 Disember 2025. Ketika mendaftar masuk di kaunter, bayaran deposit RM100.00 (tunai) dikenakan dan dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti.

Jumaat, 26 Disember 2025 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada waktu petang sebelum masuk Asar. Saya memandu Proton Exora dengan bantuan peta Google pada paparan skrin ZO. Masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG) di Plaza Tol (PT). Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya Kuala Lumpur (KL). Semasa tiba di UVRH, kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4 kerana kami belum tahu nombor bilik yang ditempah. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar masuk. Letak kenderaan di parkir berbayar (bayaran mengikut jam) di tingkat G. Masuk ke bilik. Solat Asar. Kami naik lif ke tingkat 5 melihat kolam renang (Family Pool) tetapi ditutup dan turun tangga ke tingkat 4. Membeli barang-barang di pasar mini. Kami turun lif ke tingkat G. Berehat, solat Maghrib dan Isyak. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaan di tepi Jalan Hassan Salleh. Berjalan kaki dan pergi naik jejantas di Pintasan Saloma merentasi Sungai Kelang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12) AKLEH (Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway). Kami berpatah balik dan kembali ke Jalan Sungai Baru yang bersambung dengan Jalan Hassan Salleh. Singgah santai, makan dan minum. kembali mendapatkan kenderaan dan saya memandu pulang ke hotel.

Perbelanjaan hari pertama. Tempahan dalam talian untuk UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM397.63). PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM (RM1.30). MyDebit kepada Pasar Mini BilaBila Mart, UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM92.00). MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM8.25). Santai Saloma, KL (makan dan minum) dengan pengeluaran tunai L (RM48.00).

Sabtu, 27 Disember 2025 (hari kedua). Tengah malam, kembali berada di bilik hotel dan tidur. Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di bilik. Kami naik lif ke tingkat 37 dan mandi di kolam renang atas bumbung. Infinity Pool iaitu Kolam Renang Infiniti (ruang yang tidak ada batasnya). Nampak pemandangan indah bangunan-bangunan pencakar langit. Kami turun lif ke tingkat G. Bawa barang-barang masuk ke dalam kenderaan. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan naik ke tingkat atas. Kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar keluar dari G09 pada jam 12:00 tengah hari. Kami bertujuh pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaaan di parkir berbayar (bayaran sekali masuk) di belakang Restoran Suraya Seafood. Makan pelbagai jenis nasi lemak dan minum air di restoran yang lain. Kemudian, kami berjalan kaki ke stesen tren (LRT2). Tambah nilai sekeping kad T'nG berserta caj. Kad-kad T'nG yang lain, bakinya masih mencukupi. Naik tren di stesen Kampung Baru (KB) dan turun tren di stesen Pasar Seni (PS). Berjalan kaki ke Central Market (CM). Singgah minum di dalam CM. Solat Zohor di surau dalam CM. Ketika dalam perjalanan kembali ke stesen tren yang sama, kami membeli dua botol air untuk diminum. Naik tren di stesen PS dan turun tren di stesen KB. Berjalan kaki mendapatkan kenderaan. Saya memandu pulang dari KL ke Kajang. Sengaja memandu di beberapa buah lebuh raya dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang (E19) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (E27). Kenderaan kami sampai di depan pintu pagar rumah TJ pada 5:05 PM.

Perbelanjaan hari kedua. MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM21.45). Parkir (hujung minggu) untuk Proton Exora di KB dengan pengeluaran tunai J (RM7.00). MyDebit kepada Nasi Lemak Wonjo KB menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM49.60). Scan and Pay kepada kaunter LRT2 untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB menggunakan MAE Wallet J (RM30.00). Caj untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB melalui aplikasi T'nG J pada 1:15 PM (RM0.50). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk R (percuma). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk D (percuma). Dibayar kesemua tambang dengan sentuhan kad T'nG ketika keluar dari stesen pada 1:36 PM. Drinks Counter, CM, KL (minum) dengan pengeluaran tunai L (RM20.60). Dua botol air minuman (gerai di tepi jalan) dengan pengeluaran tunai L (RM2.00). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk R (percuma). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk D (percuma). Dibayar kesemua tambang dengan sentuhan kad T'nG ketika keluar dari stesen pada 3:26 PM dan 3:27 PM. PT Datuk Keramat di E12 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM (RM2.13). PT Ampang (B) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:22 PM (RM2.30). PT Ampang ke PT Sungai Long di E27 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:43 PM (RM6.08).

Rabu, 24 Disember 2025

Cuti dan Kuala Lipis 2025

Kajang, 24/12/2025 (Rabu) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ. Rumah SI terletak di negeri sama dan rumah TTD terletak di negeri lain. Siang tadi, saya sempat berada di rumah TTD dan rumah SI. Malam ini, saya berada di rumah TJ.

Hari ini merupakan hari ke-5 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Anak sulung dari Negeri Sembilan baru sampai malam ini ke Selangor. Kami cukup bertujuh orang ahli.

Saya dan keluarga sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak enam kali berdasarkan bulan dalam kalendar pada tahun 2025.

Rekod Balik Ketika Percutian, Rumah TTD 2025.

Mac 2025 (Cuti Hujung Minggu) berenam orang (Proton Exora) dan jadi berlima orang. Anak sulung berada di asrama tempat pengajian dan hantar anak ketiga ke asrama:
15/03/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/03/2025 (Sabtu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
16/03/2025 (Ahad). Dari RTP SU singgah ke Jelebu dan balik ke Kajang.

April 2025 (Cuti Aidilfitri 1446) bertujuh orang (Proton Exora):
01/04/2025. Selasa. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
02/04/2025 (Rabu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
03/04/2025 (Khamis). Di RTP SU. Bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Mei 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
31/05/2025 (Sabtu). Dari Dungun ke rumah TTD. Bermalam.

Jun 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 dan sebelum Cuti Aidiladha 1446 yang bersambung dengan cuti sekolah) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
01/06/2025 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
02/06/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

September 2025 (Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026) bertujuh orang (Proton Exora):
13/09/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke RTP SU. Bermalam.
14/09/2025 (Ahad). Di RTP SU. Bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Disember 2025 (Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026) berenam orang (Proton Exora). Anak sulung berada di asrama tempat pengajian:
20/12/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
21/12/2026 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
22/12/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
23/12/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
24/12/2025 (Rabu). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Perodua Axia yang diambil 09/02/2025 (Ahad) belum sampai ke Pahang setakat 24/12/2025 (Rabu) tetapi sudah sampai ke Melaka pada tahun 2025 ini.

Ahad, 2 November 2025

Percutian ke Kuala Selangor dan Sekinchan 2025

Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Sabtu (cuti hujung minggu) ini dan Ahad (cuti pangkal minggu) ini bukan giliran minggu pulang ke rumah. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. RM285.43 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 2, Kuala Selangor Boutique Hotel (KSBH), No 3, Jalan Raja Idris, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin. Pintu masuk utama berhampiran bilik kami di tingkat paling bawah. Terdapat bilik-bilik lagi di dua tingkat di atas dengan menaiki tangga. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Saterika di luar bilik (berhampiran tangga). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Sabtu, 1 November 2025.

Sabtu, 1 November 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah TJ pada 10:41 AM. Kami melalui bandar. Perjalanan sejauh 91 kilometer dari Bandar Kajang ke Bandar Kuala Selangor. Saya memandu Perodua Bezza melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan Jalan Rawang. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Taman Rimba Templer, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Barat (guna tandas), PT Kuang Barat dan PT Ijok. Di Kuala Selangor, kami terus ke Festival Makanan Warisan Selangor (FMWS) di Kompleks Sukan. Ada makanan yang diedar secara percuma dan ada yang dijual. Tempah bilik di KSBH secara dalam talian. Parkir kereta dan matikan enjin di depan KSBH pada 3:00 PM. Daftar masuk. Bawa barang-barang masuk ke dalam bilik. Solat dan berehat. Berjalan kaki di Bandar Kuala Selangor dan pergi ke Bukit Malawati setakat Perigi Beracun. Pagi esok kami bercadang hendak naik trem ke puncak bukit. Turun semula ke bawah. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berehat di Dataran Malawati. Pulang ke bilik. Solat dan berehat. Keluar semula makan malam di restoran sebelah hotel. Pergi ke kedai serbaneka beli makanan. Kembali ke tempat penginapan untuk bermalam.

Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Sabtu, 1 November 2025). RM53.63 Tempahan dalam talian untuk KSBH (kad debit). RM8.30 MyDebit kepada Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor (kad debit). RM21.40 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (makan dan minum).

Pengeluaran Touch 'n Go J (Sabtu, 1 November 2025). SmartTAG. RM1.30 PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 10:58 AM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:08 PM. RM2.50 PT Kuang Barat di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:38 PM. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:45 PM.

Lain-lain (Sabtu, 1 November 2025). Pengeluaran Tunai L: RM10.00 Makanan dari kawasan rehat E25. RM7.00 Makanan dan minuman dari FMWS. RM2.00 Makanan dari kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor. Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM17.00 Scan and Pay kepada gerai-gerai di FMWS (makanan dan minuman). RM11.10 MyDebit kepada kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor (makanan).

Ahad, 2 November 2025 (hari kedua). Bangun pagi dan solat. Saya, isteri dan anak-anak bersarapan di dalam bilik hotel. Berjalan kaki ke Dataran Malawati. Naik trem ke puncak Bukit Malawati (kanak-kanak $3 x 2 dan dewasa $5 x 2). Turun di stesen trem. Melawat Baitul Hilal, rumah api (lighthouse), Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor (kanak-kanak $0 x 2 dan dewasa $3 x 2) serta tempat lain-lain. Kawanan monyet juga ada di sini. Naik trem di stesen yang sama. Kembali ke Dataran Malawati. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui SARA. Kembali ke tempat penginapan untuk berehat. Bawa barang-barang keluar dari dalam bilik. Daftar keluar. Bergerak dari kawasan parkir pada 11:17 AM. Saya memandu ke destinasi seterusnya. Perjalanan sejauh 31 kilometer dari KSBH ke Terminal Sekinchan (TS). Tiba pada 12:05 PM. Kafe kapal terbang (Wings of Verse) berada di dalam pagar berkunci di tengah sawah padi. Singgah beli permainan kapal terbang anak-anak. Saya meneruskan pemanduan di jalan-jalan parit tengah bendang. Perjalanan 10 kilometer dari TS ke restoran yang kami berhenti makan tengah hari di Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan (menghala ke arah Kuala Selangor). Meninggalkan Sekinchan dan Kuala Selangor. Saya memandu kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Ijok, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Timur (guna tandas serta solat di surau), PT Kuang Timur dan PT Taman Rimba Templer. Keluar dari E25 masuk ke Jalan Rawang, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh PT Batu 9. Keluar dari E7 masuk ke jalan raya dalam bandar dan memandu di belakang Hospital Kajang hingga sampai ke rumah TJ.

Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Ahad, 2 November 2025). RM66.50 Scan and Pay kepada Restoran Aji Mentarang Bakar, Sekinchan (makan dan minum).

Pengeluaran Touch 'n Go J (Ahad, 2 November 2025). SmartTAG. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 3:21 PM. RM2.50 PT Kuang Timur di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM. RM1.30 PT Batu 9 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 5:06 PM.

Pengeluaran Tunai J (Ahad, 2 November 2025). RM16.00 Naik trem dari DM ke BM. RM13.00 Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor.

Lain-lain (Ahad, 2 November 2025). Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM15.90 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (bungkus makanan dan minuman). RM6.00 MyDebit kepada MSDKS. RM20.00 Scan and Pay kepada gerai di depan TS (dua buah kapal terbang polistirena).

Jumaat, 5 September 2025

Percutian ke Bandar Hilir 2025

Melaka Tengah, 05/09/2025 (Jumaat) - Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di tempat pengajian masing-masing sempena Cuti Umum Maulidur Rasul hari ini (Jumaat, 5 September 2025 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1447). Jumaat minggu lepas, mereka sudah pulang ke Kajang sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan (Isnin) yang bersambung dengan Cuti Pangkal Minggu (Ahad) dan Cuti Hujung Minggu (Sabtu). Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Bandar Hilir hari ini (12:17 PM hingga 4:33 PM ialah tempoh parkir untuk kereta saya dengan bayaran sekali masuk). RM420.57 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Bandar Hilir selama 4 jam 16 minit sahaja. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang Selatan ke PT Setul dan PT Ampangan. Melalui Lebuhraya Utara - Selatan (E2) yang menempuh PT Senawang ke PT Ayer Keroh. Papan tanda sempadan dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka terletak di antara Kilometer (KM) 222.1 dan KM 222.0 di E2.

Perbelanjaan menggunakan perbankan Islam (HLB SAVINGS-i JL), Setel Petronas J, kad Touch 'n Go J (T'nG J) di lorong SmartTAG (Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol) dan wang tunai. PT Kajang Selatan ke PT Setul (RM5.50) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:50 AM. PT Ampangan (RM2.30) di E21 melalui kad (T'nG J) pada 9:56 AM. PT Senawang ke PT Ayer Keroh (RM6.97) di E2 melalui kad (T'nG J) pada 11:11 AM. Isi petrol RON95 di Petronas Ayer Keroh 3 (RM50.00) melalui Setel J pada 11:14 AM. MyDebit Parking Payment di Dataran Pahlawan Megamall (Zon C), Melaka (RM15.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Turun dari kawasan letak kenderaan, nampak A Famosa (pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511). Masuk ke Tandas Awam Taman Bunga Merdeka (RM0.50) melalui wang tunai J. Scan and Pay kepada Raja Cendol Taming Sari (original), Melaka (RM8.90) melalui perbankan Islam (minum) JL. MyDebit kepada Melaka Taming Sari Berhad untuk naik menara berputar (kanak-kanak $15 x 2 dan dewasa $20 × 2 = RM70.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Menara 110 meter. Melaka Chocolate House (RM34.40) melalui wang tunai L. Jambu batu dan jambu air (RM10.00) melalui wang tunai L. MyDebit kepada Restoran Asam Pedas Orang Kampung (RM50.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Scan and Pay kepada tukang kayuh beca berhias (RM25.00) melalui perbankan Islam (kenderaan beroda tiga) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk naik pengangkutan (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (kanak-kanak $23 x 2 dan dewasa $33 × 2 = RM112.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. MyDebit kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai untuk pengambilan gambar (Melaka River Cruise) Sungai Melaka (RM30.00) melalui perbankan Islam (kad debit) JL. Tempat terakhir dilawati ialah kawasan terbuka Muzium Pengangkutan Melaka yang terdapat kenderaan lama seperti Keretapi Tanah Melayu, kapal terbang tentera dan jentera bomba daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Barat.

Jumaat, 30 Mei 2025

Hari Pertama Percutian ke Paka, Dungun 2025

Anak sulung dan anak kedua tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang belajar peringkat Diploma di tempat pengajian masing-masing. Minggu ini ialah Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima sedang bercuti di Paka, Dungun. RM389.12 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Paka, Dungun selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 3 @ Jasmine (Super Deluxe Room), Ta'min Seaview Hotel, Lot 4643, Jalan Besar Kampung Cacar, Paka, 23100 Dungun, Terengganu.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Pintu masuk utama yang menghadap laut dan boleh berjalan kaki dari hotel ke pantai di seberang Jalan Siakap. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Peti ais dan saterika di luar bilik (ruang tamu). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Kolam renang di luar bangunan hotel sedang dibaiki dan tidak boleh mandi di situ. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM185.64) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Selasa, 27 Mei 2025.

Jumaat, 30 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah SI pada 9:20 AM. Sampai ke kawasan hotel pada 3:50 PM selepas pemanduan kereta sejauh 371 kilometer dari Kajang ke Paka. Saya memandu Perodua Bezza merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) yang menempuh PT Bukit Teratai dan PT Ampang (A). Melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan singgah isi petrol di Petronas Hulu Klang 2. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) yang menempuh PT Gombak dan PT Bentong. Sebelum sampai ke PT Bentong, singgah di Petronas PSS Bentong R&R untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG) tetapi tidak boleh kerana sistem terputus daripada rangkaian (offline). Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 (E8) yang menempuh PT Karak ke PT Paka di LPT2. Singgah di Shell Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh di LPT1 untuk tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG). Singgah makan, minum dan solat di Kawasan Rehat dan Rawat Perasing di LPT2Guna juga peta Google pada telefon pintar selepas bergerak keluar dari kawasan rehat. Tiba di hotel. Daftar masuk ke bilik dan berehat. Berjalan-jalan di tepi pantai melihat laut dan membeli makanan. Berehat dan solat. Keluar mencari kedai dan berjumpa dengan Paka Mart di Jalan Kerisi. Lokasinya tidak jauh dari Jalan Siakap dan Jalan Jelawat. Makan malam di Mukhlis Tomyam Seafood, Lot 2347, Kampung Cacar Baru, Paka, 23100 Dungun, Terengganu. Kembali ke hotel dan berehat di bilik.

Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) dalam talian untuk penginapan telah dibayar lebih awal seperti yang dinyatakan di atas. Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM1.30) PT Batu 11 di E7 melalui kad (T'nG J) pada 9:31 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:48 AM. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui kad (T'nG J) pada 9:54 AM. Setel J Petronas Hulu Klang 2 (RM50.00) RON95 pada 10:02 AM. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui kad (T'nG J) pada 10:15 AMTouch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui kad (T'nG J) pada 11:16 AM. Touch 'n Go J (RM29.08) PT Karak ke PT Paka di E8 melalui kad (T'nG J) pada 3:32 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A8 (RM18.00) untuk makan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A5 (RM12.00) untuk makan. Lain-lain (tunai L) kepada Gerai A7 (RM9.50) untuk minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Gerai A4 (RM15.00) untuk bungkus makanan. Lain-lain (tunai L) kepada jualan but kereta (RM20.00) untuk bungkus makanan. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Mukhlis Tomyam Seafood (RM34.50) untuk makan dan minum.

Isnin, 12 Mei 2025

Akar Beach Resort Port Dickson 2025

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Port Dickson. RM710.54 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 106, Akar Beach Resort, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Dari balkoni (anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat) nampak kolam renang. Juga nampak laut apabila memandang ke arah sebelah kanan. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, peti ais di dalam bilik, cermin, TV dan saterika. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (oleh kerana tidak diterima pihak hotel, masa sampai baru bayar dengan kad debit) pada hari pertama untuk penginapan 2 hari 1 malam.

Ahad, 11 Mei 2025 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah TJ dan sampai di Port Dickson. Makan serta minum di Restoran De' Lomak Salai dan Ikan Bakar, Batu 7, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 17). Kami meneruskan perjalanan dan tiba di kawasan hotel. Membuat urusan mendaftar masuk sebelum jam 4:00 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh 78 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan, Jalan Semenyih serta melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) yang menempuh Plaza Tol (PT) Kajang ke PT Setul, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Yam Tuan, Jalan Zaaba, Jalan Rasah (Petronas Mambau), Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau (Kawasan Rehat dan Rawat Mambau), Jalan Pantai Teluk Kemang (De' Lomak Salai dan Ikan Bakar) di Batu 7 dan (Akar Beach Resort) di Batu 9. Guna juga peta Google pada Proton Exora untuk laluan terbaik. Tiba di hotel. Masuk ke bilik. Solat dan berehat. Anak-anak mandi di kolam renang dan laut. Solat, makan malam di bilik dan berehat.

Perbelanjaan hari pertama. Touch 'n Go J (RM5.50) PT Kajang Selatan ke PT Setul di E18 melalui kad (T'nG J) pada 1:09 PM. Setel J Petronas Mambau (RM50.00) RON95 pada 1:42 PM. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:48 PM. Scan and Pay (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran De' Salai dan Ikan Bakar (RM83.40) untuk makan dan minum. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM432.00) untuk penginapan.

Isnin, 12 Mei 2025 (hari kedua). Cuti Hari Wesak. Bangun, solat Subuh dan bersarapan pagi di Coral Cafe di tingkat G. Tiga orang percuma (pakej penginapan) dan seorang lagi percuma kerana berumur 5 tahun ke bawah. Ada tambahan bayaran untuk dua orang berumur 13 tahun ke atas dan seorang berumur 6 tahun ke atas. Naik ke bilik di tingkat 1. Kami berjalan kaki ke pantai, mandi laut dan berenang di kolam di sebelah Coral Cafe. Waktu tengah hari, kami telah mendaftar keluar. Jam 12:12 PM, saya memandu kenderaan bergerak meninggalkan kawasan Akar Beach Resort. Makan serta minum di Restoran Station Kaklong Kawasan, Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang (Meja 20). Kami meneruskan perjalanan di Jalan Pantai Teluk Kemang, Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) yang menempuh PT Mambau, Jalan Rasah, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Dato' Muda Linggi, Jalan Jelebu, Jalan Ujong Pasir 1, Jalan Sikamat, Jalan Pantai (Jalan Jelebu), Jalan Kuala Klawang - Seremban dan Jalan Gurkha. Kami bertujuh tiba di perkarangan Masjid Jamek Kuala Klawang yang terletak dalam daerah Jelebu pada 2:55 PM.

Perbelanjaan hari kedua. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Akar Beach Resort (RM48.00) untuk tambahan orang bersarapan pagi di Coral Cafe. Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL) kepada Restoran Station Kaklong Kawasan (RM86.40) untuk makan dan minum. Touch 'n Go J (RM2.62) PT Mambau di E29 melalui kad (T'nG J) pada 1:47 PM.

Ahad, 29 Disember 2024

Cuti dan Kuala Lipis 2024

Kajang, 29/12/2024 (Ahad) - Saya, isteri dan dua orang anak kami sedang berada di rumah TJ kerana tiga orang anak lagi sudah kembali ke asrama tempat pengajian masing-masing. Rumah SI terletak di negeri sama dan rumah TTD terletak di negeri lain.

Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025 untuk negeri-negeri kumpulan B. Cuti sembilan hari. 21/12/2024 (Sabtu) di Selangor, bertujuh orang. 22/12/2024 (Ahad) dari Selangor ke Melaka, bertujuh orang. 23/12/2024 (Isnin) ahli 3 balik ke asrama di Negeri Sembilan (di Melaka, berenam orang). 24/12/2024 (Selasa) dari Melaka ke Selangor, berenam orang. 25/12/2024 (Rabu) ahli 4 balik ke asrama di Wilayah Persekutuan Putrajaya (di Selangor, berlima orang). 26/12/2024 (Khamis) dari Selangor ke Pahang, berlima orang. 27/12/2024 (Jumaat) di Pahang, berlima orang. 28/12/2024 (Sabtu) dari Pahang ke Selangor berlima orang. 29/12/2024 (Ahad) ahli 5 balik ke asrama di Negeri Sembilan (di Selangor, berempat orang). Kami yang berempat orang ialah ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7.

Saya dan keluarga sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak enam kali berdasarkan bulan dalam kalendar pada tahun 2024.

Rekod Balik Ketika Percutian, Rumah TTD 2024.

Februari 2024 (Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024) berenam orang (Proton Exora). Anak sulung berada di asrama tempat pengajian:
20/02/2024. Selasa. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
21/02/2024. Rabu. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
22/02/2024. Khamis. Di RTP SU. Bermalam.
23/02/2024. Jumaat. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
24/02/2024. Sabtu. Dari rumah TTD bercuti ke Kelantan dan Terengganu.

April 2024 (Cuti Aidilfitri 1445) bertujuh orang (Proton Exora):
06/04/2024. Sabtu. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
07/04/2024. Ahad. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
08/04/2024. Isnin. Di RTP SU. Bermalam.
09/04/2024. Selasa. Di RTP SU. Bermalam.
10/04/2024. Rabu. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
11/04/2024. Khamis. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Jun 2024 (Cuti Aidiladha 1445) bertujuh orang (Proton Exora):
15/06/2024. Sabtu. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
16/06/2024. Ahad. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
17/06/2024. Isnin. Dari RTP SU, singgah ke rumah TTD sebelum balik ke Kajang.

September 2024 (Cuti Penggal 2, Sesi 2024/2025) berenam orang (Proton Exora). Anak sulung berada di asrama tempat pengajian:
18/09/2024. Rabu. Dari Kemendor ke RTP SU. Bermalam.
19/09/2024. Khamis. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
20/09/2024. Jumaat. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

November 2024 (Cuti Hujung Minggu) berempat orang (Perodua Bezza). Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga berada di asrama tempat pengajian:
22/11/2024. Jumaat. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
23/11/2024. Sabtu. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
24/11/2024. Ahad. Dari RTP SU singgah ke Jelebu dan balik ke Kajang.

Disember 2024 (Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025) berlima orang (Proton Exora). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
26/12/2024. Khamis. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
27/12/2024. Jumaat. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
28/12/2024. Sabtu. Dari RTP SU balik ke Kajang.

Ahad, 15 September 2024

The Everly Putrajaya 2024

Anak kedua kami yang tinggal di asrama sekolah tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana ada kelas tambahan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Minggu ini ialah Cuti Penggal 2, Sesi 2024/2025. Saya, isteri, anak sulung, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Putrajaya. RM655.17 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Putrajaya selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 103, The Everly Putrajaya, 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin. Dari tingkap bilik nampak tasik (Putrajaya Lake and Wetland. UNISCO Ecohydrology Demonstration Site. Since 2010). Juga nampak kawasan kolam renang. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, kabinet, almari, kerusi, peti ais di dalam bilik, cermin, sofa dan TV. Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian pada hari pertama untuk penginapan 2 hari 1 malam.

Sabtu, 14 September 2024 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah TJ dan sampai di kawasan hotel membuat urusan mendaftar masuk pada jam 6:30 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh kira-kira 19 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18) yang menempuh Plaza Tol (PT) Sungai Ramal (B), SKVE (South Klang Valley Expressway) atau Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26) yang tidak memempuh PT, Persiaran Utara, Persiaran Timur, Lebuh Perdana Timur, Jalan Alamanda dan Jalan Alamanda 2. Guna juga peta Google untuk laluan terbaik. Setelah isteri mendapatkan dua keping kad kunci bilik 103 dari lobi hotel, saya memandu dari kawasan pintu utama hotel dan masuk ke bahagian bawah bangunan. Kenderaan diletakkan di parkir tingkat B2 di dalam bangunan kawasan hotel iaitu di petak 89 yang terletak di antara dua batang tiang (B2 M8 dan B2 M9). Naik lif ke lobi hotel di tingkat G. Naik lif yang lain ke bilik 103 di tingkat 1. Kami bersiap-siap menukar pakaian dan turun lif ke kolam renang di tingkat B1. Hari sudah malam. Berhenti mandi di kolam dan naik tangga pula ke tingkat 1. Masuk ke bilik. Mandi di bilik air, solat Maghrib, berehat dan solat Isyak. Kami turun lif ke lobi hotel. Berjalan kaki ke Pusat Membeli-belah Alamanda. Dari bulatan Jalan Alamanda 2, kami meneruskan berjalan kaki ke bulatan berhampiran Jalan Alamanda 1. Masuk ke pusat membeli-belah menerusi kawasan meletak kenderaan dan naik lif pergi ke tingkat yang terletaknya medan selera (RASA Food Arena). Makan dan minum. Kami kembali berjalan kaki dan pulang ke hotel.

Perbelanjaan hari pertama. MBB L dalam talian (RM386.25) untuk penginapan. Touch 'n Go J (RM1.66) PT Sungai Ramal (B) di E18 (J guna kad T'nG L) melalui eWallet (T'nG J) pada jam 6:06 petang. MBB J Scan and Pay (RM41.70) makanan di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM25.90) makanan di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM27.70) minuman di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM5.00) minuman di RASA Food Arena.

Ahad, 15 September 2024 (hari kedua). Bangun, solat Subuh, berehat dan bersarapan di dalam bilik. Turun lif ke kolam renang dan berenang di kolam. Kedalaman kolam renang ialah 0.5 meter untuk kanak-kanak. 1.0 meter dan 1.2 meter untuk perenang-perenang yang lebih besar. Sebelum waktu tengah hari, kami telah mendaftar keluar kerana hendak singgah ke sekolah dan asrama tempat anak kedua belajar. Bergerak dari sekolah. Isi petrol di Petronas SKVE. Isteri singgah beli makanan dan minuman di kedai Mesra serta gerai di dalamnya ketika saya mengisi minyak. Saya meneruskan pemanduan di SKVE (E26). Kami berhenti makan tengah hari dan minum di Warisan Kak Bai di Sungai Merab. Bergerak semula dan berhenti di masjid. Sampai di kawasan Masjid Universiti Tenaga Nasional beberapa minit sebelum azan berkumandang. Solat Zohor secara berjemaah. Saya meneruskan pemanduan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) yang menempuh PT Sungai Ramal (T) bagi menamatkan percutian di Putrajaya semasa Cuti Penggal 2, Sesi 2024/2025.

Perbelanjaan hari kedua. Touch 'n Go J (RM0.00) Parking Payment di The Everly Putrajaya (J guna kad T'nG L) melalui eWallet (T'nG J). Setel J Petronas SKVE (RM50.00) RON95 pada jam 11:35 pagi. Tunai L (RM8.00) makanan di kedai Mesra. MBB L kad debit (RM28.90) minuman di gerai tealive. MAE J to BIMB Warisan Kak Bai (RM78.40) Transfer to Tetuan FIA Global. Touch 'n Go J (RM1.66) PT Sungai Ramal (T) di E18 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:52 petang.

Ahad, 7 Julai 2024

Cuti 1 Muharam 1446 Hijrah

Kajang, 07/07/2024 (Ahad) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ. Hari ini ialah hari Ahad, 1 Muharam 1446 bersamaan dengan 7 Julai 2024 merupakan cuti umum di Malaysia. Negeri-negeri yang memang bercuti pada hari Ahad, cuti hari ini dibawa ke hari esok (Isnin).

Tema sambutan Ma'al Hijrah 1446 ialah Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI. Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Saya pernah menghadiri Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC pada hari Ahad, 1 Muharam 1441 bersamaan dengan 1 September 2019.

01/01/1446 (Ahad) 07/07/2024. Cadangannya hari ini kami bertujuh dari Selangor hendak pergi ke Negeri Sembilan menaiki Proton Exora. Mahu solat Zohor berjemaah di salah sebuah masjid yang telah diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain, seorang usahawan dan tokoh perbankan.

Menurut peta Google, perjalanan sejauh 45 kilometer dari rumah TJ di Kajang ke Masjid Sri Sendayan di Seremban. Laluan yang dicadangkannya ialah melalui Jalan Semenyih, Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) iaitu masuk di Plaza Tol Kajang Selatan dan keluar di Plaza Tol Pajam. Pemanduan kenderaan boleh diteruskan melalui Nilai, Labu dan Sendayan.

Selasa, 18 Jun 2024

Cuti Zulhijjah 1445

Kajang, 18/06/2024 (Selasa) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI bagi hari terakhir cuti. Kami bertujuh telah bercuti sempena Zulhijjah1445 selama 4 hari. RM50.00 x 2 = RM100.00 ialah pengisian petrol RON95 untuk Proton Exora di dua buah stesen minyak Petronas di Prima Saujana 2 dan Kuala Lipis. Pembayaran menggunakan aplikasi Setel pada telefon pintar. Kadar bayaran di Plaza Tol (PT) di lebuh raya pula menggunakan aplikasi Touch 'n Go (T'nG).

Dari Selangor ke Pahang. RM1.30 PT di Grand Saga E7 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:01 AM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:09 AM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:15 AM. RM6.00 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:38 AM. RM3.50 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 9:41 AM.

Dari Pahang ke Selangor. RM3.50 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 9:11 PM. RM6.00 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:19 PM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:35 PM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:42 PM. RM1.30 PT di Grand Saga E7 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:50 PM.

Selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi pada tengah hari Jumaat, 14 Jun 2024 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1445, saya mengambil anak kedua dengan Perodua Bezza selepas solat Jumaat di surau sekolahnya. Saya mengambil pula anak ketiga dengan Perodua Bezza ketika waktu Asar dari pejabat pendidikan daerah berhampiran rumah SI yang menaiki bas sewa khas dari sekolahnya. Anak sulung memang sudah berada di rumah kerana cuti semester. Saya dan isteri mengambil anak keempat serta anak kelima dengan Perodua Kelisa dari tadika mereka.

Saya mengambil Proton Exora di rumah TJ yang ditukarkan dengan Perodua Bezza. Proton Exora dan Perodua Kelisa berada di rumah SI. Kami keluar bertujuh orang dengan Proton Exora. Isi petrol di Petronas Prima Saujana 2 pada 8:31 PM. Makan malam di Mitty and Beans, Prima Saujana.

8 Zulhijjah 1445 (Sabtu) 15 Jun 2024 (hari pertama). Saya memandu Proton Exora dari Selangor ke Pahang. Bertolak dari rumah SI pada jam 6:50 pagi. Pemanduan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19), Middle Ring Road 2 (28) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Menempuh kesesakan lalu lintas di E8. Meneruskan perjalanan di Lingkaran Tengah Utama (LTU) 34 dan Laluan Persekutuan 8. Berhenti makan tengah hari Kawasan Rehat Benta. Membeli barang-barang keperluan di Pasar Mini Ria, Kuala Lipis. Akhirnya, kami bertujuh sampai ke rumah TTD. Isteri memasak rendang ayam, ketupat palas dan lain-lain untuk dibawa ke rumah emak kandung (emak saya), esok. Kami bermalam di rumah TTD.

9 Zulhijjah 1445 (Ahad) 16 Jun 2024 (hari kedua). Selamat berpuasa sunat hari Arafah. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah emak kandung di kampung. Singgah membeli lemang dan lain-lain. Kami bermalam di rumahnya.

10 Zulhijjah 1445 (Isnin) 17 Jun 2024 (hari ketiga). Solat sunat Aidiladha di masjid kampung. Kembali ke rumah emak saya. Kami berlapan orang termasuk emak saya menaiki Proton Exora pergi ke ladang kelapa sawit di tepi padang bola. Menguruskan lembu korban kepunyaan emak untuk satu bahagian. Saya dan isteri berkorban lembu di negara Kemboja untuk satu bahagian setiap seorang. Kembali semula ke rumah. Saya dan emak keluar semula dengan kenderaan mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung sebanyak sepuluh buah rumah. Berehat dulu. Kami bertujuh dari rumah emak saya ke rumah TTD. Kami singgah sekejap sahaja kerana hendak kembali ke rumah SI. Isi petrol di Petronas Kuala Lipis pada 6:25 PM. Saya memandu Proton Exora dari Pahang ke Selangor yang jaraknya ialah kira-kira 180 kilometer. Melalui Laluan Persekutuan 8 dan LTU. Kemudian melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Berhenti solat di surau Hentian Sebelah Bentong di sebelah PT Bentong. Meneruskan perjalanan di Middle Ring Road 2 (28), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai ke rumah SI pada jam 11:05 malam.

11 Zulhijjah 1445 (Selasa) 18 Jun 2024 (hari keempat). Saya sempat menghantar Proton Exora ke rumah TJ dan mengambil Perodua Bezza. Juga sempat mengisi petrol di Petronas Grand Saga 3 pada 11:15 AM untuk Perodua Kelisa. Di rumah SI, kami masih bertujuh orang sebelum masuk waktu solat Zohor. Petang ini, dua orang ahli akan bergerak ke asrama sekolah masing-masing.

Ahad, 19 Mei 2024

Percutian ke Johor Bahru 2024

Anak kedua dan anak ketiga yang berada di asrama sekolah tidak pulang ke rumah minggu ini. Ini kerana ia bukan minggu pulang bermalam. RM1,076.03 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami berlima bercuti di Johor Bahru selama 3 hari 2 malam. Menginap di Bilik 1023, Thistle Johor Bahru Hotel, Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor.

Kami menginap di hotel satu bilik dengan dua buah katil kelamin yang bercantum. Dari tingkap bilik yang menghadap laut, nampak negara Singapura. Ia juga menghadap kolam renang kepunyaan hotel dan Padang Sri Gelam (Padang Seri Gelam) yang terletaknya Johor Darul Ta'zim (JDT) Training Centre. Ada stadium khas untuk latihan pasukan bola sepak JDT. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, kabinet, almari, dua buah kerusi, peti ais di dalam bilik, TV dan banyak cermin. Ada talian internet (Wi-Fi). Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM468.93) untuk penginapan 3 hari 2 malam.

Jumaat, 17 Mei 2024 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah SI di Kajang pada jam 1:07 petang. Saya memandu Proton Bezza dan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban/ LEKAS (E21). Melalui Plaza Tol (PT) Kajang Selatan ke PT Setul (RM5.50) dan PT Ampangan (RM2.30). Masuk ke Lebuhraya Utara Selatan/ PLUS (E2). Melalui PT Senawang ke PT Skudai (RM27.31). Semasa dalam perjalanan di E2, jam 2:30 hingga 3:27 petang kami berhenti di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Makan dan minum di kawasan ini (RM70.40). Singgah solat di surau dan masuk ke tandas. Jam 5:30 hingga 5:42 petang kami berhenti di Kawasan Rehat Skudai. Pergi ke tandas. Saya mula menggunakan peta Google pada telefon pintar dan memandu keluar dari PT Skudai menuju ke lokasi. Jam 6:30 petang, kami sampai ke kawasan Thistle Johor Bahru Hotel setelah memandu sejauh 330 kilometer termasuk berhenti di beberapa buah tempat dan menempuh kesesakan lalu lintas di bandar raya Johor Bahru. Kereta diletakkan di parkir tingkat C1 di dalam bangunan kawasan Thistle di sebelah bangunan penginapan. Selepas mandi dan solat, kami makan malam di Glass iaitu restoran yang terletak di lobi hotel (RM98.00). Kami naik ke tingkat 10, masuk ke Bilik 1023. Berehat dan tidur.

Sabtu, 18 Mei 2024 (hari kedua). Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersiap diri. Keluar dengan kereta dan bersarapan pagi di Anjung Selera Hutan Bandar (RM33.50). Saya meneruskan pemanduan menghala ke Kampung Mahmoodiah dan kami melalui kawasan dalam Hospital Sultanah Aminah menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG) untuk ke masjid. Tiada bayaran parkir dengan kad T'nG ketika keluar kerana kereta cuma melalui kawasan hospital dan akhirnya sampai ke Masjid Sultan Abu Bakar. Kemudian, kami meninjau kawasan Pantai Lido (Danga Bay) dan terus ke Stulang. Parkir kereta di Stulang Laut dan bergambar di tepi pantai. Saya memandu keluar dari kawasan parkir menggunakan kad T'nG (RM5.00). Isi petrol di Petronas Jalan Storey (RM50.00). Saya memandu menghala ke Kota Iskandar. Parkir kereta di Puteri Harbour Marina di Tanjung Puteri dan melihat pelbagai jenis bot serta kapal layar. Keluar dari kawasan parkir menggunakan kad T'nG (RM8.00). Memandu kereta menghala ke Masai. Makan tengah hari di Restoran al-Hanin, Taman Rinting yang menyediakan makanan Timur Tengah (RM59.00). Menu utamanya ialah Nasi Arab. Kembali bergerak. Tambah nilai kad T'nG di Petronas Jalan Lingkaran Dalam. Beli juga barang-barang keperluan (RM45.00). Kami kembali ke hotel. Solat dan berehat. Kemudian turun ke tingkat bawah dan mandi di kolam renang. Naik semula ke tingkat atas dan kembali ke bilik. Selepas mandi dan solat, kami keluar semula dengan kereta pergi ke Pasar Karat di Bazar Johor Bahru. Makan malam di Restoran Syed Ali (RM21.00) dan membeli barang-barang di Pasar Karat (RM44.00). Kami pulang ke hotel, masuk ke Bilik 1023. Berehat dan tidur.

Ahad, 19 Mei 2024 (hari ketiga). Bangun pagi, solat Subuh dan bersarapan di Bilik 1023. Kami mendaftar keluar awal sebelum jam 12:00 tengah hari. Saya memandu Perodua Bezza meninggalkan kawasan hotel. Dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru, kami singgah ke daerah Kulai. Di Laluan Kedua Malaysia - Singapura/ LINKEDUA (E3) dekat Senai, kami tidak melalui PT. Masuk ke kawasan parkir kereta di Johor Premium Outlets pada jam 12:10 tengah hari. Keluar dari kawasan parkir menggunakan kad T'nG (RM3.00). Kami singgah makan tengah hari di Kedai Makan No1, Taman Senai Indah (RM32.00). Kembali bergerak. Jam 2:28 petang, masuk ke PLUS E2. Melalui PT Senai Utara ke PT Machap (RM6.31). Singgah solat dan ke tandas di PT Machap. Masuk semula ke E2. Melalui PT Machap ke PT Senawang (RM20.83). Semasa dalam perjalanan di E2, jam 3:30 hingga 3:35 petang, kami berada di Kawasan Rehat Machap. Isi petrol di Petronas Machap Arah Utara (RM32.05). Beberapa minit selepas keluar dari kawasan rehat, berlaku kesesakan lalu lintas selepas Persimpangan Ayer Hitam. Kenderaan di lebuh raya bergerak perlahan sejauh kira-kira 6 kilometer kerana berlaku kemalangan di Kilometer 86.4 arah utara. Jam 5:44 hingga 6:44 petang, kami berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Singgah makan dan minum (RM36.10) serta ke tandas. Masuk ke LEKAS E21. Melalui PT Ampangan (RM2.30) dan PT Setul ke PT Kajang Selatan (RM5.50). Semasa dalam perjalanan di E21, jam 8:02 hingga 8:30 malam, kami berada di Kawasan Rehat Beranang. Singgah ke tandas dan solat di surau. Meneruskan perjalanan dan pada jam 8:51 malam, kami sampai ke rumah SI di Kajang.

Saya menulis artikel ini sedikit demi sedikit menggunakan telefon pintar dan menyimpannya sebagai draf ketika masih dalam perjalanan bercuti. Apabila ia telah lengkap ditulis, saya menerbitkannya pada hari ini (Ahad, 19 Mei 2024).

Rabu, 1 Mei 2024

Rabu Cuti Hari Pekerja 2024

Kajang, 01/05/2024 (Rabu) - Anak kedua berada di asrama sekolah menengah kebangsaan agama dan anak ketiga berada di asrama sekolah menengah agama. Anak sulung (cuti semester), anak keempat, anak kelima, saya dan isteri sedang berada di rumah TJ pagi ini. Hari ini juga ialah 22/10/1445 iaitu 22 Syawal 1445. Bulan lepas (April 2024), kami bertujuh sempat berada di rumah SI, rumah TTD dan rumah TJ. Hari ini merupakan hari pertama untuk bulan Mei 2024.

Tema sambutan Hari Pekerja di Malaysia pada tahun ini ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan Malaysia melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama di samping berkompetensi untuk berinovasi serta meneroka bidang-bidang baharu merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

Penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bertetapan dengan tema Hari Pekerja Tahun 2024 iaitu Pekerja Kesuma Bangsa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Kamus Bahasa Melayu), Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka), Kesuma Bangsa ialah pemuda dan pemudi (dalam sesuatu bangsa).

Ahad, 14 April 2024

Cuti Ramadan dan Syawal 1445

Kajang, 14/04/2024 (Ahad) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI bagi hari terakhir cuti. Kami bertujuh telah bercuti sempena akhir Ramadan dan awal Syawal 1445 selama 9 hari. RM50.00 x 5 = RM250.00 ialah pengisian petrol RON95 untuk Proton Exora di lima buah stesen minyak Petronas di Hulu Klang 2, Kuala Lipis, Mempaga 3, Jasin dan Tmn Bdr Senawang. Pembayaran menggunakan aplikasi Setel pada telefon pintar. Kadar bayaran di plaza tol pula ialah RM41.49 di Grand Saga E7 (dua hala), SUKE E19 (dua hala), KL - Karak E8 (satu hala), LEKAS E21 (dua hala) dan PLUS E2 (satu hala). 

Selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi pada tengah hari Jumaat, 5 April 2024 bersamaan dengan 25 Ramadan 1445, saya mengambil anak kedua dengan Perodua Bezza selepas solat Jumaat di surau sekolahnya. Isteri mengambil anak sulung dengan Perodua Kelisa dari stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Saya mengambil anak ketiga dengan Perodua Bezza dari pejabat pendidikan daerah berhampiran rumah SI yang menaiki bas sewa khas dari sekolahnya. Saya dan isteri mengambil anak keempat serta anak kelima dengan Perodua Kelisa dari tadika mereka.

26 Ramadan 1445 (Sabtu) 6 April 2024 (hari pertama). Saya mengambil Proton Exora di rumah TJ yang ditukarkan dengan Perodua Bezza. Proton Exora dan Perodua Kelisa berada di rumah SI. Saya memandu Proton Exora dari Selangor ke Pahang. Isi petrol di Petronas Hulu Klang 2. Pemanduan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19), Middle Ring Road 2 (28), jalan lama dari Gombak ke Bentong dan masuk sekejap ke Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) melalui simpang yang di hadapannya nampak Maktab Rendah Sains MARA Bentong kerana mengelak kesesakan lalu lintas di E8. Meneruskan perjalanan di Lingkaran Tengah Utama (LTU) 34 dan Laluan Persekutuan 8. Berhenti di Masjid Jamek Kampung Sega Tat. Kami bertujuh telah sampai ke rumah TTD pada waktu petang. Membeli keperluan berbuka puasa di Kuala Lipis. Kami bermalam di rumah TTD.

27 Ramadan 1445 (Ahad) 7 April 2024 (hari kedua). Membeli barang-barang dapur dan lain-lain keperluan di bandar Kuala Lipis. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah emak kandung di kampung. Kami bermalam di rumahnya.

28 Ramadan 1445 (Isnin) 8 April 2024 (hari ketiga). Membeli keperluan berbuka puasa di kampung (FELDA) sebelah kampung emak kandung. Kami bermalam di rumahnya.

29 Ramadan 1445 (Selasa) 9 April 2024 (hari keempat). Isi petrol di Petronas Kuala Lipis. Membeli barang-barang keperluan di bandar dan mengambil barang-barang di rumah TTD. Adik keempat sekeluarga dan adik keenam sekeluarga ada balik ke kampung juga hari ini. Kami bermalam di rumah emak kandung.

1 Syawal 1445 (Rabu) 10 April 2024 (hari kelima). Solat sunat Aidilfitri di masjid kampung. Kami dengan tiga buah kenderaan (16 orang), berhari raya ke beberapa buah rumah saudara-mara di kampung yang lain sekitar daerah Lipis. Berhenti di masjid kampung yang kedua. Kami semua ke rumah TTD dan bapa saudara bersama isteri serta anak perempuan mereka datang berhari raya sebelum kami kembali ke kampung. Kami bertujuh bermalam di rumah TTD.

2 Syawal 1445 (Khamis) 11 April 2024 (hari keenam). Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah SI. Saya memandu Proton Exora dari Pahang ke Selangor yang jaraknya ialah kira-kira 180 kilometer. Melalui Laluan Persekutuan 8 dan LTU. Keluar dari LTU. Berhenti di Masjid al-Falah Kampung Lebu. Isi petrol di Petronas Mempaga 3. Masuk semula ke LTU. Kemudian melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8), Middle Ring Road 2 (28), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Di rumah SI, berehat dan sebagainya. Kemudian, keluar semula melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21), Lebuhraya Utara - Selatan (E2) dan Lebuh AMJ di Melaka. Hari sudah malam. Berhenti di Surau az-Zakirin Selandar. Kami sampai ke rumah emak mentua di kampung yang terletak di Jasin. Kami bermalam di rumahnya.

3 Syawal 1445 (Jumaat) 12 April 2024 (hari ketujuh). Di Melaka. Isi petrol di Petronas Jasin. Berhari raya ke Johor. Kami bertujuh dan beberapa orang ahli keluarga di sebelah isteri saya berhari raya ke rumah adik-beradiknya di Segamat (Taman Bunga Raya dan Taman Astakajaya) pada waktu malam. Kami pulang ke Jasin dan bermalam di rumah emak mentua.

4 Syawal 1445 (Sabtu) 13 April 2024 (hari kelapan). Di Melaka melalui Lebuh AMJ dan jalan raya yang bukan lebuh raya untuk singgah berhari raya di Negeri Sembilan (Taman Bukit Senawang Perdana dan Taman Bandar Senawang). Isi petrol di Petronas Tmn Bdr Senawang. Petrol diisi sebelum sampai ke lokasi kedua di Senawang. Kami melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) untuk pulang ke Kajang dan bermalam di rumah SI.

5 Syawal 1445 (Ahad) 14 April 2024 (hari kesembilan). Di rumah SI. Kami masih bertujuh setakat tengah hari ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.