Kajang, 15/01/2026 (Khamis) - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM2,220.00) di Nurins Optometry (NR Optometrist Sdn Bhd), No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra. RM200.00 untuk bingkai (Lee Eyewear), RM1,900.00 (premium) untuk 2 kanta (HOYA iD LifeStyle Balansis 1.50 Sensity 2 Grey) dan RM120.00 (Full Control) untuk tambahan (Hi-Vision LongLife, BlueControl, UV Control and Bacterial Control). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.Khamis, 15 Januari 2026
Cermin Mata Multifokal Januari 2026
Kajang, 15/01/2026 (Khamis) - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM2,220.00) di Nurins Optometry (NR Optometrist Sdn Bhd), No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra. RM200.00 untuk bingkai (Lee Eyewear), RM1,900.00 (premium) untuk 2 kanta (HOYA iD LifeStyle Balansis 1.50 Sensity 2 Grey) dan RM120.00 (Full Control) untuk tambahan (Hi-Vision LongLife, BlueControl, UV Control and Bacterial Control). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.Isnin, 30 Disember 2024
Bingkai Jun 2022 dan Kanta Disember 2024
Rabu, 25 Disember 2024
Produk PG Jewel 2024 dan Nurins Optometry
Isnin, 24 Julai 2023
BodyKey By Nutrilite
Business Hours (Amway Malaysia Product Pavilion). Monday, Tuesday, Wednesday (1st.3rd.4th.5th), Thursday, Friday and Saturday, 10:30 AM to 8:30 PM. Sunday, 11:00 AM to 6:00 PM. Public Holidays, Closed. Every 2nd Wednesday of the month, 1:00 PM - 8:30 PM. Closed for stock take from 10:30 AM to 1:00 PM.
Antara barangan Nutrilite yang saya telah beli ialah BodyKey By Nutrilite (Cafe' Latte Flavour). Mengandungi 14 paket x 51 gram dalam 1 kotak. Kandungannya ialah soya dan biji chia sebagai protein tumbuhan.
Minuman Kocak Pengganti Sajian adalah minuman nutrisi yang membantu dalam pengurusan berat badan yang sihat. Minuman kocak ini padat dengan 22 vitamin dan mineral yang memenuhi 1/3 daripada nutrisi badan kita. Setiap paket juga mengandungi protein, serat dan kalsium untuk memberikan tenaga kepada badan kita. Ia tidak mengandungi pewarna, perisa atau pengawet tiruan. Ia disahkan halal dan mesra vegetarian.
Total item, 21 + 1 free (powder scoop). Selepas membeli 21 barang + 1 sudu percuma (RM1135.20), saya memandu kereta bertolak meninggalkan kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) di Petaling Jaya pada jam 11:37 pagi untuk pulang ke rumah di Kajang melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Sebelum sampai ke rumah, sempat singgah ke beberapa buah tempat. Kali pertama membayar parkir kenderaan (Majlis Perbandaran Kajang) menggunakan eWallet (Touch 'n Go).
Hari ini (Isnin) merupakan hari Cuti Peristiwa di sekolah tempat saya mengajar kerana pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekasih.
Sabtu, 25 Februari 2023
Promosi Nutrilite Bulan Februari 2023
Saya telah membeli lima jenis produk Nutrilite sacara dalam talian semalam, 24/02/2023 (Jumaat) dan telah menerima barang-barang tersebut pada hari ini. Pihak Amway tidak mengenakan bayaran penghantaran (RM10.00) jika kita membeli barang-barang berjumlah RM200.00 ke atas.
Ringkasan Pesanan. Jumlah Asal (RM555.40). Diskaun (RM30.00) kerana menggunakan kupon ke-3 Pelanggan Istimewa Amway (Amway Privileged Customer). Saya ialah Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owner). Jumlah Pesanan (RM525.40). Kaedah Pembayaran (perbankan internet) menggunakan nombor pada kad debit.
Perincian Produk Nutrilite. 1.Lecithin-E - 150 tablet, boleh dikunyah (RM79.50). 2.CB Plus - 90 tablet (RM132.00). 3.Green-T Plus Tablet - 60 tablet (RM148.00). 4.Chewables Multivitamin and Iron Supplement - 100 tablet, untuk kanak-kanak (RM67.00). 5. Minuman Botani Beri dengan Lutein - 10 sachet, untuk penglihatan (RM69.00).
Promosi untuk Perkakasan Memasak Boleh Tanggal - Savorlife (RM59.90). Harga asal (RM250.00). Dapat harga promosi sebab beli lima jenis produk Nutrilite daripada Amway.
Set terdiri daripada satu pemegang kunci berganda boleh tanggal, satu periuk sos berukuran 18 sentimeter bersama penutup kaca bajaan dengan rim silikon dan satu kuali leper berukuran 26 sentimeter bersama penutup kaca bajaan dengan rim silikon.
Sebelum ini, saya juga pernah membeli beberapa jenis produk Nutrilite yang lain. Cara makan lima jenis suplemen. 1. Bio C Plus (1 tablet selepas bersarapan pagi). 2.Salmon Omega Complex (1 tablet selepas bersarapan pagi). 3.Green-T Plus Tablet (1 tablet ketika sedang makan tengah hari dan makan malam). 4.CB Plus (1 hingga 3 tablet ketika sedang makan tengah hari dan makan malam). 5.Lecithin-E (1 hingga 2 tablet selepas makan tengah hari dan makan malam).
Ahad, 12 Februari 2023
Artistry Untuk Lelaki
Business Hours (Amway Malaysia Product Pavilion). Monday, Tuesday, Wednesday (1st.3rd.4th.5th), Thursday, Friday and Saturday, 10:30 AM to 8:30 PM. Sunday, 11:00 AM to 6:00 PM. Public Holidays, Closed. Every 2nd Wednesday of the month, 1:00 PM - 8:30 PM. Closed for stock take from 10:30 AM to 1:00 PM.
Antara barangan Artistry Untuk Lelaki (Artistry For Men) yang saya telah beli ialah Gentle Face Wash (dalam talian pada minggu lepas) dan Balancing Hydrator (kedai Amway pada hari ini).
Gentle Face Wash sentiasa menjadi langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit lelaki. Pembersih lembut yang menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran. Menjadikan kulit bersih, segar, rapi dan licin. Cara menggunakannya ialah dengan membasahkan muka dan tangan. Letakkan sebanyak 2 sentimeter pada tapak tangan dan gosok menggunakan hujung jari hingga berbuih. Sapu pada muka menggunakan hujung jari dan urut dengan lembut. Bilas dengan air suam. Gunakan pada waktu pagi dan malam.
Balancing Hydrator merupakan penyegar ringan yang dirumus untuk merapikan kulit lelaki sebelum bercukur dengan pencukur elektrik atau selepas bercukur biasa untuk kelembapan kulit. Ia dapat menyamankan dan menyingkirkan lebihan minyak. Cara menggunakannya ialah dengan menuangkan cecair sebesar duit syiling yang kecil pada tapak tangan. Sapu pada muka dan leher selepas membersihkan muka atau bercukur. Jika penggunaannya sebelum bercukur dengan pencukur elektrik, biarkan cecair kering sebelum bercukur. Sapu semula selepas bercukur untuk manfaat maksimum.
Selepas membeli 10 jenis barang (RM295.10), saya memandu kereta bertolak meninggalkan kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) di Petaling Jaya pada jam 1:07 petang untuk pulang ke rumah di Kajang melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30).
Sabtu, 14 Januari 2023
Jom Bina Bisnes Pendapatan Pasif Januari 2023
Sebelum itu, saya memandu Perodua Bezza pergi ke Global Business & Convention Centre sejauh kira-kira 30.5 kilometer. Bertolak meninggalkan rumah SI di Kajang pada jam 1:20 petang. Azan Zohor kedengaran mulai jam 1:25 petang di radio dalam kereta. Saya singgah solat di surau Kawasan Rawat dan Rehat Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Perjalanan diteruskan di E7 dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Keluar dari plaza tol, kesesakan lalu lintas berlaku. Saya memandu pula di Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan. Keluar dari lebuh raya, masuk ke Jalan Utara, Jalan Semangat, Jalan 14/29 dan Jalan 19/1. Sampai berhampiran pintu pagar utama bangunan Global Business & Convention Centre pada jam 2:35 petang.
Rakan-rakan niaga telah sedia menunggu dan program sedang berlangsung di Jasmine Banquet Hall (Level 4). Apabila ceramah tamat, ada sesi bergambar. Jam 5:00 petang sudah berada di luar bangunan dan berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta. Saya memandu kereta pulang ke rumah melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30).
Sabtu, 18 Jun 2022
Cermin Mata Multifokal Jun 2022
Rabu, 13 Oktober 2021
Tablet AiNS, Herba Untuk Mata
Pada 11 Mei 2020 (11/05/2020) saya telah mula memakai cermin mata kerana rabun dekat sudah terjadi.
Saya mahu cuba makan tablet AiNS, herba untuk mata bermula hari ini. Saya membeli tiga kotak dengan harga RM200.00 yang mempunyai 30 biji pil (tablet) bagi satu kotak. Cara makannya ialah hisap atau kemam satu biji tablet sebelum sarapan pagi dan satu biji tablet sebelum makan malam.
Bahan-bahan AiNS ialah tomato, anggur, delima, kurma, kuaci, kobis, lobak dan avokado (sejenis tumbuhan tropika yang buahnya berbentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yang tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan).
Insya-Allah, tablet AiNS boleh membantu mengurangkan rabun dan silau. Makin berusia, mata makin tak nampak. Lakukan pencegahan awal. Katarak juga antara punca penglihatan makin teruk. Katarak ialah penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan. Katarak juga ialah keadaan apabila kanta mata dapat ditembusi cahaya yang mengakibatkan pandangan menjadi kabur.
Jumaat, 1 November 2019
Karnival Trak Makanan MARDI 2019
Kami pergi berdua sahaja kira-kira jam 2:50 petang tadi kerana empat orang anak kami sedang bersekolah ketika ini di Sekolah Menengah Agama, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Taska.
Saya memandu kereta dan isteri duduk di sebelah meninggalkan rumah di Kajang pada jam 2:25 petang. Kami merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). E18 pula bersambung dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26). Keluar dari E26, saya memandu kereta melalui Jalan Hospital Serdang, membelok ke kanan di lampu isyarat dan membelok ke kiri melalui pintu gerbang MAEPS. Perjalanan kira-kira 19 kilometer dari rumah sehingga sampai ke tempat letak kereta di kawasan dewan.
Pelbagai produk ada dijual di Dewan D. Trak-trak makanan disediakan di kawasan ini. Ia bersempena sambutan 50 tahun MARDI. Jualan produk telah bermula pada hari semalam (Khamis, 31 Oktober 2019) sehingga hari esok (Sabtu, 2 November 2019). Mulai jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Saya dan isteri telah pergi hari ini (Jumaat, 1 November 2019).
Jualan produk usahawan seperti makanan dan minuman ada dijual di sini. Jom makan dan minum di MAEPS. Jom sama-sama memeriahkan karnival "food truck" dan jualan produk usahawan MARDI.
Selasa, 1 Oktober 2019
Minyak Zaitun Minsyam Dari Palestin
Inovasi daripada serbuk daun yang mempunyai klorofil yang lebih tinggi dan jauh lebih baik daripada minyak zaitun biasa. Minsyam yang pertama seumpamanya membangunkan inovasi ini. Klorofil ialah zat berwarna hijau yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan hijau.
Cara pembotolan yang lebih baik, dengan botol yang gelap untuk melindungi minyak yang sensitif dengan cahaya bagi melindungi dan mengekalkan kualiti untuk memberikan anda nilai kualiti minyak yang benar-benar berkualiti. Seterusnya minyak mampu tahan jauh lebih lama.
RM90.00 sebotol minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil) 500 ML dari Palestin keluaran Minsyam Sdn Bhd (Malaysia) ini mengandungi serpihan daun zaitun di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Minyak zaitun premium ini boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan dan jadilah pengguna bijak. Hubungi Minsyam Sdn Bhd (879038-U), No 20, Jalan Utarid U5/14, Mutiara Subang, 40150 Shah Alam, Selangor atau ejen-ejen rasmi Minsyam untuk sebarang bantuan perkhidmatan.
Khamis, 5 September 2019
Halfest Jakim 2019
Buat kali pertama Halfest Jakim dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa kementerian dengan Shapers Malaysia Sdn Bhd sebagai sekretariat.
Saya solat Zohor di surau sekolah dan bergerak memandu kereta keluar dari kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor apabila tiba waktu pulang. Hujan lebat turun ketika saya memandu dalam perjalanan ke Halfest Jakim 2019. Saya sampai ke kawasan bangunan The Mines kira-kira jam 2:00 petang. Oleh kerana tempat letak kenderaan di dalam bangunan penuh, saya meletakkan kereta di letak kereta berjoki (valet parking) MIECC. Bayaran RM5.00 (tunai) dikenakan pada hari bekerja.
Saya terus menuju ke tempat jualan Munif Hijjaz dan kami sempat berbual-bual terlebih dahulu sebelum saya membeli beberapa jenis produk minuman berharga RM200.00 (tunai). Perkhidmatan troli percuma disediakan dan saya menggunakannya. Saya pergi ke tempat jualan Minsyam pula dan membeli beberapa jenis produk berasaskan minyak zaitun (olive oil) dan habbatus sauda' (black seed) yang berharga RM300.00 (Kad Debit VISA). Utamakan produk keluaran Muslim.
Kira-kira dua jam saya berada di MIECC. Saya memandu kereta meninggalkan The Mines melalui Jalan Dulang, Lebuhraya Sungai Besi yang bersambung dengan Lebuhraya Kajang SILK dan membuat pusingan U untuk ke Jalan CJ3 di Cheras Jaya. Saya masuk ke Jalan Simpang Balak, Jalan Cheras, Jalan Sungai Sekamat, Persiaran Impian Perdana dan berhenti solat Asar berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus serta memandu pulang ke rumah. Jarak perjalanan pulang ke rumah saya di Kajang ialah kira-kira 13 kilometer sahaja.
Khamis, 1 Ogos 2019
Sambal Hitam Pahang "Tok Beh"
Ramuannya ialah belimbing buluh, ikan bilis, cili api, bawang, gula dan minyak masak. Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.
Berat sambal hitam keluaran Muslim ini ialah 80 gram dan masih dijual dengan harga RM10.00 sebotol pada hari Khamis, 1 Ogos 2019.
Rabu, 7 November 2018
Susu Kambing At-Tin (Dayang Beauty)
Di Alam Damai tadi, saya telah membeli produk daripada Dayang Beauty Secrets (M) Sdn Bhd. Sebanyak 4 kotak Susu Kambing At-Tin, saya beli terus dari ibu pejabat atau HQ (headquaters). Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Susu Kambing At-Tin diperkaya dengan khasiat buah tin, buah aprikot dan kurma. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas Sesuai untuk semua golongan. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusukan anak. Susu kambing, susu yang terbaik selepas susu ibu. Tahan sehingga 2 hingga 3 bulan. Membantu sistem imunisasi badan. Membantu melancarkan sistem pencernaan dan usus. Tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama alahan. Bersifat alkali. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan. Menguatkan stamina tubuh.
Isnin, 1 Oktober 2018
RCC Stevia Pengganti Manis Gula
Ancaman diabetes dan angka penghidapnya yang semakin meningkat di Malaysia membuatkan usaha mencari pemanis alternatif turut diperhebat. Pengambilan pemanis alternatif dilihat sebagai satu cara menggantikan gula sekali gus membantu mengawal jumlah pengambilan manisan dalam makanan dan jumlah pesakit diabetes di negara ini.
Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada tahun 2010. Stevia, tanaman sub-tropikal yang berasal dari Amerika Selatan ialah antara pemanis alternatif terkini yang ditemui. "Stevia Sweetener".
Stevia memberi kesan tidak penting terhadap glukosa dalam darah dan oleh itu digunakan sebagai pemanis dalam diet untuk mengawal karbohidrat. Ia dijadikan pengganti pemanis dalam pembuatan makanan dan penggunaannya, dan semakin diiktiraf badan-badan antarabangsa. Penggunaannya di Malaysia juga semakin meluas apatah lagi di kemuncak kenaikan harga gula di pasaran dunia.
Stevia boleh menjadi pengganti gula memandangkan kerajaan semakin giat menggalakkan rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dengan melupuskan subsidi terhadap komoditi itu. Jepun menggunakan stevia sebanyak 50 hingga 60 peratus dalam jumlah pemanis di negara itu dan ia digunakan dalam kebanyakan produk makanannya. Ekstraknya adalah 300 hingga 400 kali ganda lebih manis daripada ekstrak yang diambil daripada tebu.
Malaysia yang mengimport sepenuhnya gula perang dari India, perlu memikirkan cara untuk mengurangkan pembelian gula dari luar dan sebaliknya cuba membangunkan industri stevia tempatan. Dengan menggunakan kaedah tersebut, ia bukan sahaja mengurangkan pergantungan sumber gula dari luar, bahkan membantu pekebun kecil dan memberi sumber ekonomi baru untuk mereka.
Dengan adanya stevia, rakyat Malaysia mempunyai alternatif selain gula terutama penggunaannya yang menjangkau nilai RM5 billion setiap tahun.
Selasa, 27 Mac 2018
Mesin Terapi Salur Darah Kekuba
Pagi tadi, pihak Kopenas telah datang ke Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor dan saya membuat pemeriksaan kesihatan. Dari sekolah, saya membawa pulang 'Mesin Terapi Tanpa Ubat' ini ke rumah saya di Kajang. Harga asalnya ialah RM6,680.00 tetapi saya dapat membelinya dengan harga lebih murah kerana saya ahli Kopenas sejak sekian lama dan masih mempunyai mesin jenis lama.
Mesin Terapi Salur Darah Kekuba ialah sebuah 'Mesin Terapi Tanpa Ubat' untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan. Mesin ini direka oleh seorang profesor perubatan yang terkenal di Jepun (pakar dalam bidang pengkajian peredaran darah) menerusi penyelidikan bertahun-tahun berdasarkan prinsip kekuatan getaran peredaran dan digabungkan dengan refleksologi untuk merangsang sistem saraf bagi meningkatkan imunisasi badan terhadap penyakit. Mesin ini telah lebih 30 tahun dalam pasaran Malaysia dan memberi kesan yang sangat positif kepada ramai pengguna. Mesin ini juga digunakan di unit fisioterapi hospital dan klinik kesihatan.
Peredaran darah tidak lancar adalah satu faktor menyebabkan kesihatan kurang baik. 'Mesin Terapi Tanpa Ubat' adalah satu alat berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan getaran dan peredaran (High Frequency Vibrating and Circulating Principles).
Mengapa perlu berbelanja besar untuk rawatan bagi mendapatkan kesihatan yang sempurna? Luangkan masa 5 hingga 15 minit setiap hari bagi menjamin diri sihat sepanjang hayat. Peredaran darah tidak lancar adalah satu faktor menyebabkan kesihatan kurang baik. 'Mesin Terapi Tanpa Ubat' ini adalah satu alat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat, khasnya pesakit yang berada di katil kerana mengalami keadaan sakit terlalu lama, orang yang kerap duduk untuk membuat kerja seperti di pejabat dan lain-lain serta memulihkan keletihan bagi orang yang jarang bersenam.
Jumaat, 25 Ogos 2017
Halfest Asean 2017
Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA (South-East Asia) Ke-29 berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 di Malaysia. Ia merupakan sebuah temasya sukan dwitahunan (diadakan setiap dua tahun). Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA Ke-29.
Mines Exhibition Centre terletak antara 11 hingga 16 kilometer sahaja dari rumah kami di Kajang kerana terdapat dua pilihan jalan raya sama ada melalui Taman Mesra, Kampung Sungai Balak dan Lebuhraya Kajang SILK (E18) atau melalui Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Jalan Balakong dan Lebuhraya Kajang SILK (E18). Tiga orang anak kami berada di sekolah agama ketika ini. Saya memandu kereta ke Seri Kembangan ditemani oleh isteri.
Lebih 500 ruang pameran disediakan dengan pelbagai jenis produk. Kira-kira 450 orang usahawan industri halal terlibat dengan Halfest Asean 2017 ini. Semua pelawat boleh masuk dengan percuma. Perkhidmatan troli percuma juga disediakan. Kiosk makanan dan minuman turut disediakan di Halfest Asean 'Street Food Bazaar'.
Halfest Asean 2017 yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, buat julung kalinya menyaksikan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal sebagai penganjur dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bermatlamat meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri yang berpontesi besar ini. Tujuan utama ekspo adalah sebagai platform utama untuk menyediakan usahawan tempatan menjadi jaguh halal dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Ia juga adalah sebahagian peranan Perbadanan Pembangunan Industri Halal melalui pembangunan kapasiti dan program pemupukan untuk menyediakan usahawan halal tempatan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS (Malaysia International Halal Showcase).
Rabu, 14 Jun 2017
Kopi Munif Hijjaz (Arabic Gum)
Ia bukannya kopi berperisa. Ianya berkhaisat dengan Gula Perang, Gam Arab (Arabic Gum), Barli dan Ubi Bit Merah.
Gam Arab merupakan sumber prebiotik baik untuk usus. Membantu masalah sembelit, gastrik dan membuat rasa kenyang. Barli boleh menyejukkan badan, bersifat anti-oksidan dan mengandungi serat yang tinggi. Ubi Bit Merah mampu membersihkan hati, ginjal dan hampedu. Ia sesuai sebagai bahan detoksifikasi (penyingkiran racun atau toksin daripada sesuatu bahan) dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh. Ia juga boleh mengatasi anemia (keadaan darah yang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah). Ubi ini boleh memperbanyakkan sel darah merah.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan Kami naungi kamu dengan awan serta Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa" (makanan manis sebagai madu dan burung sebangsa puyuh). Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri. (Surah al-Baqarah: Ayat 57).
Saya, isteri dan tiga orang anak kami mula minum Kopi Munif Hijjaz (Arabic Gum) ini pada hari Sabtu, 10 Jun 2017. Kini, saya mula menjualnya pula kepada anda. Harga setakat hari ini ialah RM5.00 sebotol (350 ML).
Pekat Melekat Bikin Terikat Terpikat.
Rabu, 1 Januari 2014
1 World Hand Phone
Sabtu, 14 September 2013
Beras dan Rempah Nasi Arab al-Bayt
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- eZakatPAY (Selangor)
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Microsoft Bing - Cipta imej daripada perkataan dengan AI
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY) atau semakan bil PAIP melalui aplikasi PahangGo
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ FPX)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD FPX)









