Sabtu, 14 Januari 2023

Jom Bina Bisnes Pendapatan Pasif Januari 2023

Petaling Jaya, 14/01/2023 (Sabtu) - Saya telah menghadiri program Jom Bina Bisnes Pendapatan Pasif (Let's Build Passive Incom Business) Plan B (part time). Ceramah daripada usahawan-usahawan produk Amway diadakan di Jasmine Banquet Hall (Level 4), Global Business & Convention Centre, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum itu, saya memandu Perodua Bezza pergi ke Global Business & Convention Centre sejauh kira-kira 30.5 kilometer. Bertolak meninggalkan rumah SI di Kajang pada jam 1:20 petang. Azan Zohor kedengaran mulai jam 1:25 petang di radio dalam kereta. Saya singgah solat di surau Kawasan Rawat dan Rehat Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Perjalanan diteruskan di E7 dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Keluar dari plaza tol, kesesakan lalu lintas berlaku. Saya memandu pula di Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan. Keluar dari lebuh raya, masuk ke Jalan Utara, Jalan Semangat, Jalan 14/29 dan Jalan 19/1. Sampai berhampiran pintu pagar utama bangunan Global Business & Convention Centre pada jam 2:35 petang.

Rakan-rakan niaga telah sedia menunggu dan program sedang berlangsung di Jasmine Banquet Hall (Level 4). Apabila ceramah tamat, ada sesi bergambar. Jam 5:00 petang sudah berada di luar bangunan dan berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta. Saya memandu kereta pulang ke rumah melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.