Isnin, 2 Januari 2023

Sekolah Selepas Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023

Kajang, 02/01/2023 (Isnin) - Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Persekolahan Penggal 3, Sesi 2022/2023. Negeri-negeri kumpulan A pula hari semalam (Ahad, 1 Januari 2023) telah bermula sesi persekolahan tersebut.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023 ialah selama 24 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Isnin, 2 Januari 2023) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.

Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah memuat naik Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 dalam halaman Facebook-nya beberapa hari lepas (hujung tahun 2022).

Dalam Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 bagi negeri-negeri kumpulan A ialah sesi persekolahan mulai Ahad, 1 Januari 2023 hingga Khamis, 16 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Jumaat, 17 Februari 2023 hingga Sabtu, 18 Mac 2023. Bagi negeri-negeri kumpulan B ialah sesi persekolahan mulai Selasa, 3 Januari 2023 hingga Jumaat, 17 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Sabtu, 18 Februari 2023 hingga Ahad, 19 Mac 2023.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.