Memaparkan catatan dengan label Vaksinasi Covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vaksinasi Covid-19. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2022

Pengurusan Kes Covid-19 Setakat 10 April 2022

Saya sedang berada di rumah TJ. Isteri dan tiga orang anak kami sedang berada di rumah SI. Dua orang anak kami lagi sedang berada di asrama sebuah sekolah menengah agama di negeri lain. Setakat Ahad, 10 April 2022, kali terakhir, saya, isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TTD ialah pada hari Rabu, 2 Mac 2022.

Saya (ahli 1), isteri (ahli 2), anak sulung (ahli 3), anak kedua (ahli 4), anak ketiga (ahli 5), anak keempat (ahli 6) dan anak kelima (ahli 7).

Hari pertama (Rabu, 6 April 2022 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1443). Kami mendapat berita melalui telefon bahawa ahli 4 demam dan disahkan positif Covid-19 (coronavirus disease 2019). Ahli 2 sakit tekak dan ahli 5 demam. Mereka berdua pergi membuat pemeriksaan untuk ujian swab iaitu Rapid Test Kit (RTK) atau Kit Ujian Pantas. RTK dibuat di sebuah klinik swasta (RM50.00 x 2 orang). Swab (sapuan) khusus 6 inci dimasukkan ke dalam hidung untuk mengumpul sampel yang diperlukan bagi menentukan jangkitan aktif. Ahli 2 dan 5 disahkan positif Covid-19. Kami mendapat berita melalui telefon bahawa ahli 3 pula demam dan disahkan positif Covid-19. Ahli 1, 6 dan 7 tidak bergejala. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, kami juga pergi membuat pemeriksaan untuk ujian swab iaitu RTK di klinik sama tetapi secara pandu lalu (RM55.00 x 3 orang). Ahli 1 disahkan negatif tetapi ahli 6 dan 7 disahkan positif Covid-19.

Hari kedua (Khamis, 7 April 2022 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah SI.

Hari ketiga (Jumaat, 8 April 2022 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah TJ.

Hari keempat (Sabtu, 9 April 2022 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1443). Saya bersahur di rumah TJ dan berbuka puasa di rumah SI.

Hari kelima (Ahad, 10 April 2022 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah SI.

Untuk kes positif Covid-19, tempoh isolasi (kuarantin) ialah 7 hari bagi yang telah menerima dos penggalak dan lengkap vaksinasi. Tempoh kuarantin 10 hari pula bagi yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi.

Untuk kontak rapat Covid-19 tidak bergejala, tiada kuarantin bagi yang telah menerima dos penggalak. Lakukan ujian kendiri RTK pada hari pertama dan ketiga. Jika bergejala, tempoh kuarantin 5 hari. Lakukan ujian kendiri RTK.

Maksudnya ialah kontak rapat yang ada dos penggalak, tidak bergejala (seperti ahli 1) tidak perlu kuarantin. Ia telah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022.

Bagi kes positif Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta untuk mengisi borang Penilian Kendiri iaitu Home Assessment Tool (HAT) atau Peralatan Penilaian di Rumah. Kebiasaannya KKM meminta untuk menghantar borang dua kali dalam masa satu hari. Pemberitahuan dihantar sekitar jam 12:00 tengah malam dan 12:00 tengah hari. Semak tab Perlu Dilakukan dalam aplikasi MySejahtera.

Jumaat, 1 April 2022

Saf Solat Berjemaah Selangor Dirapatkan Semula Mulai 1 April 2022

Kajang, 01/04/2022 - Pengambilan vaksin untuk Vaksinasi Covid-19 (coronavirus disease 2019) amat penting kerana mulai hari ini (Jumaat, 1 April 2022) Malaysia sedang memulakan Fasa Peralihan ke Endemik (penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu).

Negara kita beralih Fasa Peralihan ke Endemik selepas lebih dua tahun berdepan dengan cabaran pandemik (wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia).

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj berkenan solat berjemaah di masjid dan surau negeri ini dilaksanakan dengan merapatkan saf mulai hari ini. Ketetapan itu dibuat setelah Baginda mengadakan rundingan bersama beberapa agensi Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan di-Raja Selangor.

Pesanan kesihatan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara ketika menghadiri aktiviti di masjid dan surau ialah pastikan anda tidak bergejala. Membawa sejadah masing-masing. Mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera. Wajib memakai pelitup muka dengan betul sepanjang masa semasa melakukan aktiviti. Elakkan bersalaman, berpelukan atau sebarang sentuhan fizikal. Memadai tunduk memberi hormat. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam masjid dan surau.

Umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat pada hari pertama saf solat dibenar dirapatkan, kekal mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ahad, 19 Disember 2021

Dos Penggalak, Vaksinasi Covid-19 Setakat 19 Disember 2021

Kajang, 19/12/2021 - Dos Penggalak (booster dose) selesai. Saya dan isteri telah menerima suntikan vaksin Covid-19 kali ketiga. Saya dan isteri disuntik kali pertama serta kedua di Pusat Pemberian Vaksin BACC (Bangi Avenue Convention Center), Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Suntikan kali ketiga pula di lokasi yang berbeza. Isteri saya disuntik kali ketiga pada hari ini (Ahad, 19 Disember 2021) di Pusat Perubatan Plaza Kajang, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor. Saya disuntik kali ketiga pada hari Selasa, 14 Disember 2021 di Klinik as-Salam, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dos ialah sukatan ubat yang ditentukan dan perlu diambil pada sesuatu masa. Saya menerima Dos 1 pada 8 Julai 2021, Dos 2 pada 29 Julai 2021 dan Dos Penggalak pada 14 Disember 2021. Isteri saya menerima Dos 1 pada 10 Julai 2021, Dos 2 pada 31 Julai 2021 dan Dos Penggalak pada 19 Disember 2021.

Saya dan isteri menerima Vaksin Coronavac (Sinovac) untuk Dos 1 serta Dos 2. Kami menerima Vaksin Pfizer-BioNTech pula untuk Dos 3 (Dos Penggalak). Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sabtu, 27 November 2021

Status Risiko dan Vaksinasi Covid-19

Kajang, 27/11/2021 - MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019) di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Antara status yang dimuatkan dalam aplikasi MySejahtera ialah Status Risiko Covid-19 dan Status Vaksinasi Covid-19.

Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, menambah maklumat tanggungan, menjawab soalan penilaian kesihatan, mendaftar masuk ke premis menggunakan imbasan kod QR (Quick Response) melalui telefon pintar dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel atau borang sokongan teknikal.

Selasa, 19 Oktober 2021

Dos 2, Vaksinasi Covid-19 Setakat 19 Oktober 2021

Simpang Durian, 19/10/2021 - Dos 2 selesai. Empat orang ahli keluarga termasuk saya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 kali kedua. Anak sulung dan anak kedua, mereka disuntik kali kedua pada hari ini (Selasa, 19 Oktober 2021) di Klinik Kesihatan Simpang Durian, 72400 Jelebu, Negeri Sembilan. Saya disuntik kali kedua pada hari Khamis, 29 Julai 2021 di Pusat Pemberian Vaksin BACC (Bangi Avenue Convention Center), Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Isteri saya disuntik kali kedua pada hari Sabtu, 31 Julai 2021 di tempat yang sama di Pusat Pemberian Vaksin BACC.

Jarak selama tiga minggu (21 hari) untuk penerimaan Dos 1 dan Dos 2. Dos ialah sukatan ubat yang ditentukan dan perlu diambil pada sesuatu masa. Saya menerima Dos 1 pada hari Khamis, 8 Julai 2021 dan Dos 2 pada 29 Julai 2021. Isteri saya menerima Dos 1 pada hari Sabtu, 10 Julai 2021 dan Dos 2 pada 31 Julai 2021. Anak sulung serta anak kedua saya menerima Dos 1 pada hari Selasa, 28 September 2021 dan Dos 2 pada 19 Oktober 2021.

Saya dan isteri menerima Vaksin Coronavac (Sinovac). Anak sulung dan anak kedua saya menerima Vaksin Pfizer-BioNTech. Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Khamis, 29 Julai 2021

Dos 2 Selesai Untuk Vaksinasi Covid-19

Bangi, 29/07/2021 - Dos 2 selesai. Saya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 kali kedua pada hari ini (Khamis, 29 Julai 2021). Isteri saya pula ada janji temu Dos 2 pada hari Sabtu, 31 Julai 2021 di tempat yang sama iaitu di Pusat Pemberian Vaksin BACC (Bangi Avenue Convention Center), Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Jarak selama tiga minggu (21 hari) untuk penerimaan Dos 1 dan Dos 2. Dos ialah sukatan ubat yang ditentukan dan perlu diambil pada sesuatu masa.

Kami menerima Vaksin Coronavac (Sinovac). Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-499. Masih dalam PKP 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara bagi mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 dengan selamat. Pandemik ialah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini (Khamis, 29 Julai 2021) ialah 7163 orang. Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 17170 orang.

Sabtu, 10 Julai 2021

Kami Telah Divaksinasi Covid-19 Mulai Julai 2021

Bangi, 10/07/2021 - Dos 1 selesai. Isteri saya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada hari ini (Sabtu, 10 Julai 2021). Saya juga telah selesai menerimanya pada hari Khamis, 8 Julai 2021 di tempat yang sama iaitu di Pusat Pemberian Vaksin BACC (Bangi Avenue Convention Center), Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor. Beberapa minggu lagi, kami ada janji temu Dos 2. Dos ialah sukatan ubat yang ditentukan dan perlu diambil pada sesuatu masa.

Kami telah menerima Vaksin Coronavac (Sinovac). Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-480. Masih dalam PKP 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mukim Kajang sejak 3 Julai 2021.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini (Sabtu, 10 Julai 2021) ialah 4277 orang. Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 9253 orang.

Ahad, 21 Februari 2021

Vaksin Covid-19 Kumpulan Pertama 2021

Kajang, 21/02/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-341. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah kerana mematuhi PKP 2.0 di Selangor.

Pagi tadi, saya telah menonton siaran langsung di televisyen berkenaan ketibaan Vaksin Covid-19 Kumpulan Pertama di negara kita. Vaksin dari kilang Pfizer di Puurs, Belgium. Ia untuk persediaan program Vaksinasi Covid-19 di Malaysia.

Kumpulan pertama Vaksin Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dihiasi Jalur Gemilang membawa dua buah peti besar yang bertulis AKE 10679 MH dan AKE 10296 MH.

DHL Express dengan kerjasama MABKargo Sdn Bhd (MasKargo) telah selamat menerbangkan vaksin dengan syarat suhu yang ketat. Ia dihantar dalam pembungkusan penghantar yang direka dan telah disesuaikan oleh pengeluar.

Ketibaan pesawat Airbus 330-300 tepat jam 10:00 pagi di lapangan terbang merupakan detik bersejarah buat negara. Pesawat P2C (Passenger-to-Cargo) dikendalikan oleh MASKargo yang membawa 312,390 dos vaksin disambut oleh Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan), Encik Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Datuk Seri Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan) dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.