Ahad, 4 Oktober 2026

Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix In Malaysia 2026

Sepang, 04/10/2026 (Ahad) - Max Verstappen (Red Bull Racing) muncul juara di Litar Antarabangsa Sepang untuk Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP) In Malaysia 2026. Beliau mengulangi kejayaan luar biasa di Sepang ketika menjuarai perlumbaan GP F1 PETRONAS Malaysia 2017.

Andrea Kimi Antonelli (Mercedes-AMG PETRONAS) di tempat kedua. Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP) pula menunjukkan semangat juang hebat selepas bergelut dengan strategi tayar Ferrari dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Radio TV Malaysia (RTM) telah menyiarkan F1 Gulf Air Bahrain GP di Malaysia 2026 secara percuma. RTM mengendalikan TV Okey. Ia menyiarkan perlumbaan F1 ini ialah yang pertama kali berlangsung di Malaysia sejak 2017 bertemakan 'F1NALE'.

Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 menonton perlumbaan tersebut melalui saluran TV Okey di rumah TJ.

F1 2026 di Malaysia merupakan gantian kepada perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Bahrian pada April 2026 lalu tetapi dibatalkan kerana perang Amerika Syarikat dan Iran.

Perlumbaan yang dijadualkan bermula pada 3:00 PM itu pada awalnya terganggu selepas hujan turun dengan lebat di litar yang menyebabkan terdapat banyak air bertakung di beberapa bahagian trek.

Keadaan cuaca yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda akan bertambah baik menyebabkan 'Race Control' menangguhkan permulaan perlumbaan pada 3:40 PM demi faktor keselamatan.

Perlumbaan tersebut ditangguhkan lagi dan bermula pada 4.33 PM mengikut kedudukan grid asal selepas situasi menjadi semakin dramatik ketika pusingan formasi sebelum bermulanya perlumbaan di belakang kereta keselamatan apabila beberapa jentera dilaporkan mengalami masalah kehilangan kuasa dan gangguan perisian enjin, menyebabkan bendera merah dikibarkan dan semua kereta masuk semula ke hentian pit.

Juara F1 hari ini telah menamatkan perlumbaan kira-kira 6:20 PM setelah melengkapkan 55 pusingan dengan jayanya. Jarak litar untuk satu pusingan ialah 5.543 kilometer dan mempunyai 15 selekoh.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.