Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2026

175/60 R15 dan 195/65 R15 (Januari 2026)

Kajang, 31/01/2026 (Sabtu) - Hari ini saya berada di dua okasi untuk pemasangan tayar baharu. Sabtu, 12 Syaaban 1447 bersamaan dengan 31 Januari 2026. Saya telah membeli 2 biji tayar 175/60 R15 81H jenama TOYO TIRES (PROXES) CR1 (RM235.00 x 2 = RM470.00), injap tayar (RM8.00 x 2 = RM16.00), upah pemasangan (percuma) dan penjajaran (alignment) tayar diberi secara percuma untuk Perodua Bezza di Perodua Service Kajang berhampiran rumah TJ.

Hari ini juga, saya dari rumah TJ ke kedai Continental. Dibeli 2 biji tayar 195/65 R15 91V jenama VIKING (CITY TECH) CT6 (RM238.00 x 2 = RM476.00), injap tayar (RM2.00), upah pemasangan (percuma) dan penjajaran (alignment) tayar (RM35.00) untuk Proton Exora.

Setakat Sabtu, 31 Januari 2026, Perodua Axia yang berada di rumah SI ketika saya berada di dua lokasi pusat servis kenderaan, ia belum sampai ke rumah TTD.

Selasa, 2 September 2025

Di SKVE (E27), Kali Ketiga Setakat 02.09.2025

Lebuhraya Lembah Klang Timur (E27) iaitu East Klang Valley Expressway (EKVE) Seksyen 1 telah dibuka mulai jam 6:00 pagi Sabtu, 30 Ogos 2025. Tol percuma bermula 30 Ogos hingga 30 September 2025. Pembinaan lebuh raya ini telah dimulakan pada hari Selasa, 1 September 2015.

Senarai susunan Plaza Tol (PT) di EKVE Seksyen 1 ialah PT Sungai Long, PT Mahkota Cheras, PT Hulu Langat dan PT Ampang. Lebuh raya ini merupakan sebahagian daripada jalan lingkaran luar Kuala Lumpur.

Sabtu, 30 Ogos 2025 (kali pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TJ. Saya memandu Kenderaan Serba Guna iaitu Multi-Purpose Vehicle (MPV). Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui PT Bukit Kajang (RM1.66). E18 bersambung degan EKVE (E27) dari arah Kajang. Perjalanan percuma di E27 pada hari pertama pembukaan lebuh raya ini melalui PT Sungai Long dan masuk sebentar ke Hentian Sebelah Hulu Langat. Kami meneruskan perjalanan, keluar di Persimpangan Ampang dan melalui PT Ampang. Saya membuat pusingan U, kembali berada di lebuh raya dan melalui PT Ampang. Kilometer (KM) 16.5 ialah persimpangan masuk semula ke laluan utama di E27. Kami meneruskan perjalanan, keluar di Persimpangan Mahkota Cheras dan melalui PT Mahkota Cheras untuk ke Bandar Tun Hussein Onn. Selepas makan, minum dan solat Zohor, anak kedua bergambar untuk tugas pengajian subjek Perniagaan. Kemudian, membeli barang-barang di Cheras Selatan. Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui PT Sungai Long (RM1.66) untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) bersambung ketika perjalanan pulang. Laluan di E21 tanpa melalui plaza tol untuk pulang ke rumah TJ.

Ahad, 31 Ogos 2025 (kali kedua). Anak kedua berada di rumah kerana ada tugas pengajiannya. Saya, isteri, anak sulung, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima bertolak dari rumah TJ. Saya memandu MPV. Masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui PT Batu 11 (RM1.30) dari arah Kajang. Kami pergi ke Kuala Lumpur kerana anak ketiga bergambar untuk tugas pengajian subjek Bahasa Inggeris. Makan dan minum di Ampang. Masuk ke EKVE (E27) melalui Jalan Bukit Belacan. Perjalanan percuma di E27 pada hari kedua pembukaan lebuh raya ini melalui PT Ampang dan berhenti di Hentian Sebelah Hulu Langat. Singgah ke tandas dan solat Zohor di surau. Kami meneruskan perjalanan, keluar di PT Sungai Long (Lebuhraya Lembah Klang Timur) di E27 dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18). Ini kerana E27 dan E18 bersambung untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) juga bersambung ketika perjalanan pulang. Sambungan di E18 dan E21 tanpa melalui plaza tol untuk pulang ke rumah TJ.

Selasa, 2 September 2025 (kali ketiga). Saya bertolak dari rumah TJ pada jam 8:35 pagi. Saya memandu kereta salun (kereta sedan) bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, Jalan Semenyih dan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) tanpa melalui plaza tol. LEKAS (E21) bersambung sedikit dengan Pintasan Kajang - Semenyih (By Pass). Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) melalui KM 16.6 tanpa melalui plaza tol. E18 bersambung degan EKVE (E27) dari arah Kajang di KM 12.9 (E18). Perjalanan percuma di E27 pada hari keempat pembukaan lebuh raya ini melalui PT Sungai Long yang terletak di antara KM 4.3 dan KM 4.4 EKVE. Saya keluar di Persimpangan Hulu Langat pada jam 9:00 pagi dan melalui PT Hulu Langat (20.8 kilometer dari rumah TJ). Turun sekejap dari kereta. Saya membuat pusingan U dan kembali berada di lebuh raya melalui PT Hulu Langat. Saya keluar di PT Sungai Long (Lebuhraya Lembah Klang Timur) di E27 dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18). Ini kerana E27 dan E18 bersambung untuk ke Kajang. E18 dan E21 (Lebuhraya Kajang - Seremban) juga bersambung ketika perjalanan pulang. Sambungan di E18 dan E21 tanpa melalui plaza tol. Di LEKAS (E21) memandu kereta di KM 0 hingga ke KM 1.9 dan keluar di persimpangan masuk ke Jalan Semenyih untuk pulang ke rumah TJ.

Isnin, 28 Julai 2025

Sebahagian Kenderaan Rapid KL 2025

Kajang, 28/07/2025 (Isnin) - Hari ini merupakan hari Cuti Peristiwa di sekolah tempat saya mengajar kerana pada 26/07/2025 (Sabtu), Sekasih telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-58 di Stadium Mini, Universiti Tenaga Nasional.

Saya memandu Perodua Bezza dan meletakkan kereta dalam kotak parkir percuma di Jalan Impian Makmur 3/B.

Saya telah menaiki pelbagai jenis kenderaan di bawah kendalian Rapid KL hari ini menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG) kerana sengaja bersiar-siar dan ada juga urusan di ibu negara Malaysia.

Pelbagai jenis kenderaan tersebut ialah bas perantaraan Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Massa, tren MRT1 (Laluan Kajang), tren MRT2 (Laluan Putrajaya) dan van yang ditempah menggunakan aplikasi dalam telefon pintar (Rapid On-Demand). Saya menggunakan kad T'nG (tambang tanpa tunai) sepanjang perjalanan menaiki kenderaan tersebut hari ini. Tambang tanpa tunai untuk MRT lebih murah berbanding tambang tunai.

Pagi hingga petang tadi, saya menggunakan pelbagai jenis kenderaan Rapid KL untuk bersiar-siar dan membuat urusan di Kuala Lumpur.

Bas T456 bergerak dari Impian Makmur selepas saya menyentuh kad T'nG pada 8:09 AM. Saya sampai ke MRT Sungai Jernih Pintu B dan menyentuh kad T'nG pada 8:17 AM sebelum turun (RM1.00). Card Reload untuk kad T'nG di mesin tambah nilai menggunakan wang tunai (RM20.00). Tren MRT1 bergerak dari stesen Sungai Jernih pada 8:28 AM. Saya sampai ke stesen pertukaran di stesen Tun Razak Exchange (TRX) Samsung Galaxy pada 8:58 AM tetapi tidak keluar dari stesen. Singgah ke surau dan tandas.

Saya bersiar-siar melawat kawasan stesen. Tingkat di bawah terletaknya platform 2 ke Kwasa Damansara (MRT1) dan platform 4 ke Kwasa Damansara (MRT2). Tingkat di tengah terletaknya platform 1 ke Kajang (MRT1) dan platform 3 ke Putrajaya (MRT2). Tingkat di atas ialah laluan keluar dari stesen TRX.

Saya tidak keluar dari stesen TRX. Naik tren MRT2 ke Putrajaya Sentral. Sampai di sana, turun dari MRT2 dan saya tidak keluar dari stesen. Naik semula tren MRT2 yang kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja.

Saya turun di platform 4 stesen TRX (MRT2). Singgah ke tandas. Tidak keluar dari stesen. Naik semula MRT1 di platform 2. Turun di stesen Pavilion Bukit Bintang (MRT1). Kadar tambang hanya dikira dari stesen Sungai Jernih (masuk) ke stesen Bukit Bintang (keluar) walaupun tadi naik tren MRT1 dan bersiar-siar dengan tren MRT2 ketika bertukar stesen (RM3.40).

Makan shawarma ayam dicampur daging dengan hidangan kentang goreng serta ulam (RM21.90), minum jus pisang bersama susu dengan gelas biasa (RM14.90) dan dikenakan bayaran cukai (RM5.90) di Restoran Damascus.my Bukit Bintang (kad debit) pada 11:55 AM. Saya membuat tempahan van menggunakan aplikasi dalam telefon pintar (Rapid On-Demand) sambil berjalan kaki ke lokasi. RAPID289. Lokasi Pick-Up pada 12:40 PM di KL123 Monorel Bukit Bintang/Sg Wang dan lokasi Drop-Off di KL2359 MRT TRX Pintu B pada 1:04 PM (RM1.00). Saya naik van Rapid KL untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur walaupun ada tren MRT1 dari Bukit Bintang ke TRX.

Dari stesen TRX, saya berjalan kaki dan masuk ke dalam Menara Public Gold (PG) di Jalan Tun Razak pada 1:09 PM. Susunan tingkat bangunan yang terlibat ialah G, M dan 1. Saya naik lif ke tingkat 1 membuat urusan berkenaan hadiah kepada isteri (Gold Bracelet Gajah Licin). Saya turun lif ke tingkat M singgah ke surau dan tandas. Saya turun lif ke tingkat G membuat urusan di PG ATM (Automatic Teller Machine). Saya keluar dari Menara PG pada 2:33 PM.

Saya kembali ke stesen TRX Samsung Galaxy melalui Pintu B, naik tren MRT1 dan turun di stesen Sungai Jernih (RM3.30). Bas T456 bergerak dari MRT Sungai Jernih Pintu B pada 3:30 PM selepas saya menyentuh kad T'nG pada 3:27 PM. Saya sampai ke Impian Makmur dan menyentuh kad T'nG pada 3:39 PM sebelum turun (RM1.00).

Selasa, 15 Julai 2025

Rapid KL On-Demand Van, Julai 2025

Kajang, 15/07/2025 (Selasa) - Hari ini dalam bulan Julai tahun 2025 merupakan kali pertama saya menggunakan Rapid KL On-Demand Van (Van Rapid KL Atas-Permintaan). Pagi tadi, saya baru memasang aplikasi Rapid On-Demand ke dalam telefon pintar dan malam ini, saya terus menggunakan perkhidmatan kenderaan tersebut.

Ketika pergi ke destinasi, saya menempah perjalanan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar (book a ride and choose a zone). RAPID267, lokasi Pick-Up (8:56 PM) di Impian Makmur dan lokasi Drop-Off (9:03 PM) di Lotus's Kajang. Saya seorang sahaja sebagai penumpang. Pintu di bahagian penumpang dibuka dan ditutup secara automatik. Tambang promosi RM1.00 menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG). Sentuh kad semasa naik dan sentuh sekali lagi sebelum turun dari van.

RAPID267 melalui Jalan Impian Makmur 3/B, Persiaran Impian Perdana dan Persiaran Saujana Impian.

Semasa balik ke destinasi, saya menempah perjalanan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar (book a ride and choose a zone). RAPID308, lokasi Pick-Up (9:34 PM) di Lotus's Kajang dan ambil tiga orang penumpang lain di Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Jernih Pintu B. Van yang kami naik melalui semula lokasi Pick-Up saya tadi pada 9:40 PM dan lokasi Drop-Off (9:46 PM) di Impian Makmur. Pintu di bahagian penumpang dibuka dan ditutup secara automatik. Tambang promosi RM1.00 menggunakan kad T'nG. Sentuh kad semasa naik dan sentuh sekali lagi sebelum turun dari van.

RAPID308 melalui Persiaran Saujana Impian (laluan tambahan di Jalan Cheras, stesen MRT Sungai Jernih, Jalan Impian Mahkota 2, kembali ke Persiaran Saujana Impian), Persiaran Impian Perdana, Jalan Impian Makmur 1, Jalan Impian Makmur 3 dan Jalan Impian Makmur 3/B.

Ahad, 9 Februari 2025

Kelisa 1.0 SE dan Axia 1.0 G

Kajang, 09/02/2025 (Ahad) - Perodua Axia 1.0 G berwarna Granite Grey telah diambil hari ini menggantikan Perodua Kelisa 1.0 SE (22/12/2006 hingga 31/01/2025). Maksudnya dijual Kelisa atas nama J dan dibeli Axia atas nama L.

Saya, isteri dan anak-anak yang menaiki Proton Exora 1.6 M-Line (2011) datang dari arah Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) terus ke kedai Perodua di Kajang. Kami membuat urusan pengambilan kereta.

Saya memandu Perodua Axia 1.0 G (2025) dengan beberapa orang anak sebagai penumpang. Perodua Bezza 1.0 X (2022) ada di rumah yang terletak di Kajang juga.

Perodua Axia 1.0 G dikuasakan oleh enjin tiga selinder yang mampu menghasilkan 67 hp (horse power) 91 Nm (Nanometer) tork yang digandingkan bersama transmisi empat kelajuan (gear automatik). Ia menggunakan minyak petrol, inline dan 4 valve DOHC (Double OverHead Camshaft) iaitu Aci Sesondol Atas Kepala Berganda.

Perodua Axia 1.0 G memiliki roda 14 inci (alloy). Aloi ialah logam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (seperti gangsa, loyang dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam (seperti keluli). Tayarnya menggunakan 175/65 R14 dan tayar jejarian (radial tyre).

Isnin, 3 Februari 2025

2 Biji 195/65 R15 (Februari 2025)

Kajang, 03/02/2025 (Isnin) - Pagi tadi, saya dan isteri telah berada di kedai Toyo Tires (Syarikat Perkhidmatan Tayar K-Hoe Seng Sdn Bhd), No 1, Jalan Jenaris 2B, Taman Perindustrian Sri Jenaris. Dibeli 2 biji tayar 195/65/ R15 91V jenama Toyo Tires, Proxes CR1 (RM225.00 x 2 = RM450.00) untuk Proton Exora. Saya minta tayar Good Year (RM100.00 sebiji belian Ahad, 02/02/2025) dijadikan sebagai tayar ganti.

MBB L for RM500.00 (part total) + RM125.00 (labour total) = RM625.00 (grand total).

RM500.00 (part charges) from RM450.00 (new tyre for 2 pieces), RM10.00 (tubeless valve for 2 units), RM16.00 (tyre nut for 2 pieces) and RM24.00 (tyre screw for 2 pieces). RM125.00 (labour charges) from RM0.00 (tyre balancing for 2 units), RM45 00 (alignment toe front for 1 unit) and RM80.00 (workmanship for 1 unit).

Jumaat, 22 November 2024

Kos Perjalanan Kenderaan Pada 22 November 2024

Kuala Lipis, 22/11/2024 (Jumaat) - Perodua Bezza yang saya pandu telah sampai ke rumah TTD kira-kira jam 9:00 malam. Waktu Subuh pagi esok, saya, isteri, anak keempat dan anak kelima akan bergerak dari sini ke rumah emak kandung untuk bermalam di sana. Hari ini, kami berempat bermalam di rumah TTD. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga berada di asrama tempat pengajian masing-masing kerana minggu ini bukan minggu mereka pulang ke rumah.

Kos perjalanan kenderaan pada hari Jumaat, 22 November 2024. Touch 'n Go J (RM1.30) Plaza Tol (PT) Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:31 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:42 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:48 petang. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 5:03 petang. Touch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui eWalleti (T'nG J) pada jam 6:20 petang. Petrol RON95 tidak diisi hari ini kerana telah diisi petang semalam (RM50.00) melalui Setel J Petronas.

Dua kali berhenti ketika berada di antara PT Gombak (E8) dan PT Bentong (E8) kerana masuk ke surau serta tandas di belakang BHPetrol Gombak dan masuk ke tandas serta menggunakan ATM (Automatic Teller Machine) kepunyaan Maybank di kedai Mesra Petronas, Kawasan Rehat Bentong. Dua kali lagi berhenti ketika sudah berada di daerah Lipis sebelum sampai ke rumah TTD. Masuk ke tandas, surau serta makan malam dan minum di Kawasan Rehat Benta dan bungkus tujuh keping roti canai serta kari kambing di Lipis Chapathy House, Taman Cahaya.

Rabu, 18 September 2024

Kos Perjalanan Kenderaan Pada 18 September 2024

Kuala Lipis, 18/09/2024 (Rabu) - Proton Exora yang saya pandu telah berada di halaman rumah emak kandung pada jam 6:00 petang. Anak sulung yang belajar di peringkat Diploma tidak sama cuti pengajiannya dengan cuti persekolahan. Minggu ini ialah Cuti Penggal 2, Sesi 2024/2025. Walaupun begitu, kami bertujuh sempat berkumpul di Jasin ketika Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Hari Malaysia pada 12/03/1446 (Isnin) 16/09/2024. Jadi, saya, isteri, anak kedua, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima kami berada di daerah Lipis pada hari ini (18/09/2024).

Kos perjalanan kenderaan pada hari Rabu, 18 September 2024. Touch 'n Go J (RM4.59) Plaza Tol (PT) Simpang Ampat ke PT Senawang di E2 melalui kad (T'nG L) pada jam 11:18 pagi. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampangan di E21 melalui kad  (T'nG L) pada jam 11:44 pagi. Touch 'n Go J (RM5.50) PT Setul ke PT Kajang Selatan di E21 melalui kad (T'nG L) pada jam 12:07 tengah hari. Touch 'n Go J (RM1.30) PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 12:48 tengah hari. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:12 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:18 petang. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:35 petang. Setel J Petronas Genting Sempah (RM50.00) RON95 pada jam 1:55 petang. Touch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 3:43 petang.

Kami bertolak dari rumah emak mentua di Jasin pada jam 10:10 pagi. Dari jalan-jalan raya, saya memandu Proton Exora masuk ke Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin) dan Lebuhraya Utara Selatan (E2). Keluar dari lebuh raya E2 dan memandu di jalan-jalan raya. Masuk pula ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Emak mentua yang menaiki kenderaan kami, berada pula dengan kakak kepada isteri saya di kedai yang terletak di Kajang pada jam 12:20 tengah hari. Saya meneruskan pemanduan di jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Klang (E19), MRR2 (tanpa plaza tol), Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) dan Lingkaran Tengah Utama (tanpa plaza tol). Semasa di E8 tadi, kami berada di Kawasan Rehat Genting Sempah untuk tempoh yang agak lama kerana mengisi petrol kenderaan, makan, minum dan solat. Berhenti juga di pasar malam (masih waktu petang) di kampung sebelah. Saya telah memandu sejauh 327.8 kilometer hari ini dari rumah emak mentua ke rumah emak kandung.

Ahad, 1 September 2024

Harga Petrol dan Diesel, 1 September 2024

Kajang, 01/09/2024 (Ahad) - Saya sedang berada di rumah TJ (bukan rumah TTD dan bukan rumah SI). Ketika membuat kerja menggunakan komputer riba, saya teringat pula kepada harga petrol dan diesel pada hari ini (1 September 2024). Harga minyak boleh dilihat secara dalam talian menggunakan internet.

Setakat tahun 2024, pengisian minyak petrol RON95 untuk tiga buah kenderaan yang kami gunakan iaitu Perodua Kelisa (2006), Proton Exora (2011) dan Perodua Bezza (2022) sebanyak RM50.00 sekali isi kecuali jika tidak muat. Ini kerana aplikasi digunakan pada telefon pintar saya. Pengisian dibuat di stesen-stesen minyak Petronas.

RON ialah singkatan daripada perkataan Research Octane Number. Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga petrol. Minggu ini (29 Ogos hingga 4 September 2024) di Petronas Semenanjung Malaysia, harga RON95 (pemegang pam minyak berwarna kuning) ialah RM2.05 per liter, harga RON97 (pemegang pam minyak berwarna hijau) ialah RM3.42 per liter dan harga Diesel (pemegang pam minyak berwarna hitam) RM3.18 per liter.

Periksa manual kenderaan anda untuk tentukan RON yang sesuai dengan enjn. Lebih rendah RON, lebih mudah terbakar (tidak tahan tekanan) dan lebih tinggi RON, bahan api lebih susah terbakar (tahan dalam tekanan tinggi).

Biasanya, kenderaan enjin berkuasa tinggi sahaja memerlukan RON yang tinggi.

Rabu, 24 Julai 2024

Naik ART Putrajaya Julai 2024

Putrajaya, 24/07/2024 (Rabu) - Jam 2:30 petang, saya berjalan kaki meninggalkan Perodua Bezza di sebelah tiang M5 Aras (Level) P1 dalam bangunan tempat parkir. Saya menggunakan lif turun ke Aras B (SB). Naik lif yang lain ke tingkat atas Terminal Putrajaya Sentral sambil bertanyakan kepada seorang pengawal keselamatan berkenaan kenderaan Automatic Rapid Transit (ART) atau Transit Aliran Automatik. Laluan sebanyak tujuh hentian mulai 15 Jun hingga 31 Julai 2024 (kecuali Cuti Umum), orang ramai boleh menikmati perkhidmatan ART secara percuma kerana kenderaan ini sedang diuji.

Ketika sesi pengujian trem Jun dan Julai 2024, jadual waktu untuk hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat ialah pada jam 7:30 pagi, 12:00 tengah hari dan 4:30 petang. Sabtu dan Ahad ialah pada jam 8:30 pagi, 11:30 pagi dan 2:30 petang. Tiada pengujian pada Cuti Umum.

Ini kali pertama saya ke Terminal Putrajaya Sentral. Sementara menunggu jam 4:30 petang, bersiar-siar terlebih dahulu di dalam kawasan terminal yang disediakan kemudahan tempat minum, tandas surau dan lain-lain. Sebelum itu, sempat juga saya membantu seorang perempuan bertanyakan cara hendak naik tren ERL (Express Rail Link). Juga seorang lelaki turun dari bas untuk ke tempat menunggu kereta yang datang menjemput (Park and Ride). Kereta yang dijangka datang, tidak ada. Dia turun ke bawah untuk naik teksi pula. Saya naik lagi ke tingkat atas untuk melihat pintu masuk ke tempat menunggu tren Mass Rapid Transit (MRT) stesen Putrajaya Sentral.

Beberapa minit sebelum jam 4:30 petang, saya sudah berada di kawasan bas awam dan bas MRT untuk menunggu trem ART yang menggunakan elektrik.

Kenderaan tiga gerabak yang sedang diuji pun sampai. Saya naik ART. Perjalanan dari jam 4:30 hingga 5:30 petang melalui Lebuh Wawasan (LW), Persiaran Perdana (PP), Lingkaran Gemilang 1 (LG1), kembali semula ke PP dan LW. Sebanyak tujuh hentian untuk ART yang diuji ini. 1-MRT stesen Putrajaya Sentral. 2-Dataran Putra (PP). 3-Kementerian Kewangan (PP). 4-Lingkaran Gemilang (LG1). 5-Wisma Tani (PP). 6-Perbadanan Putrajaya (PP). 7-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LW). Saya dan penumpang lain, turun semula di MRT stesen Putrajaya Sentral.

MAE Wallet. 1-RM3.00 DUITNOW QR FNJUICYLICIOUSENTER (minum teh susu ais). Perbelanjaan di luar Putrajaya hari ini, tidak disenaraikan di sini.

Touch 'n Go. 1-RM4.60 Parking Payment di Presint 7 Putrajaya (Terminal Putrajaya Sentral) melalui kad (T'nG NJN) pada 6:02 PM. Perbelanjaan di luar Putrajaya hari ini, tidak disenaraikan di sini.

Isnin, 15 Julai 2024

Bersiar-siar Dengan Menaiki MRT1, MRT2, LRT1, LRT2 dan Monorel 2024

Kajang, 15/07/2024 (Isnin) - Hari ini merupakan hari Cuti Peristiwa di sekolah tempat saya mengajar kerana pada 13/07/2024 (Sabtu), Sekasih telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-57 di Stadium Mini, Universiti Tenaga Nasional.

Saya memandu Perodua Bezza dan meletakkan kereta di parkir berbumbung stesen tren di aras 3 menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG). Tambang tren juga menggunakan kad T'nG yang sama. Perbelanjaan makan dan minum pula menggunakan Maybank Anytime Everyone (MAE) Wallet.

Saya telah menaiki pelbagai jenis tren di bawah kendalian Rapid KL hari ini kerana sengaja bersiar-siar dan ada juga urusan di ibu negara Malaysia.

Pelbagai jenis tren tersebut ialah Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Massa (Laluan Kajang dan Putrajaya) untuk MRT1 serta MRT2, Light Rapid Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan untuk LRT1 serta LRT2 dan Monorail (Monorel) Kuala Lumpur. LRT1 Laluan Ampang dan Sri Petaling dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (Sistem Transit Aliran Ringan). LRT2 Laluan Kelana Jaya dahulunya dikenali sebagai LRT PUTRA (Projek Usahasama Transit Ringan Automatik). Saya menggunakan kad T'nG (tambang tanpa tunai) sepanjang perjalanan menaiki tren hari ini. Ia lebih murah berbanding tambang tunai.

Pagi hingga tengah hari tadi, saya menggunakan MRT1 Laluan Kajang, MRT2 Laluan Putrajaya, LRT1 Laluan Sri Petaling, LRT2 Laluan Kelana Jaya dan Monorel Laluan Monorel KL untuk bersiar-siar pada awal pagi dan membuat urusan di Kuala Lumpur.

Tren MRT1 bergerak dari stesen Sungai Jernih pada 6:23 AM. Saya sampai ke stesen pertukaran di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 2 MRT1 terus ke platform 4 MRT2 yang tiba serentak di stesen TRX. Naik tren MRT2. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja.

Saya turun di platform 2 stesen Persiaran KLCC (MRT2). Singgah ke tandas. Tidak keluar dari stesen. Naik semula MRT2 di platform 1 menghala ke laluan bertentangan sebab hendak ke stesen pertukaran untuk MRT2 dan LRT1.

Saya turun di stesen Sungai Besi (MRT2). Tidak keluar dari stesen pertukaran. Naik di stesen Sungai Besi (LRT1). Turun di stesen Masjid Jamek (LRT1). Tidak keluar dari stesen pertukaran. Naik di stesen Masjid Jamek (LRT2). Turun di stesen Kerinchi (LRT2).

Saya keluar dari stesen Kerinchi (LRT2) pada 8:46 AM. Kadar tambang hanya dikira dari stesen Sungai Jernih (masuk) ke stesen Kerinchi (keluar) walaupun tadi bersiar-siar dengan pelbagai jenis tren ketika bertukar stesen.

Makan nasi dagang berlauk ikan tongkol dengan acar dan minum kopi O panas di Cafe' Kak Yah stesen Kerinchi (LRT2) pada 9:00 AM. Berjalan kaki naik ke jejantas pejalan kaki dan membuat urusan di Takaful Ikhlas, Bangsar South. Kembali ke tempat tadi.

Tren LRT2 bergerak dari stesen Kerinchi pada 10:39 AM. Saya sampai dan keluar dari stesen KL Sentral - red One (LRT2) pada 10:48 AM. Ia adalah stesen sambungan. Boleh naik Monorel di KL Sentral. Singgah ke tandas di NU Sentral Mall.

Tren Monorel bergerak dari stesen KL Sentral pada 11:13 AM. Saya sampai dan keluar dari stesen Bukit Bintang (Monorel) pada 11:26 AM. Ia adalah stesen sambungan. Boleh naik MRT1 di Bukit Bintang. Buat pesanan dua bungkus shawarma ayam dicampur daging di Damascus.my Bukit Bintang pada 11:33 AM untuk dibawa pulang ke rumah.

Tren MRT1 bergerak dari stesen Bukit Bintang pada 11:45 AM dan sampai ke stesen Sungai Jernih pada 12:18 PM. Keluar dari stesen tersebut pada 12:19 PM. Saya memandu kereta keluar dari bangunan dan membayar parkir pada 12:27 PM.

MAE Wallet. 1-RM11.00 MBB QR (cafe' Kak Yah). 2-RM33.80 DUITNOW QR (Damascus.my).

Touch 'n Go. 1-RM4.70 dari Sungai Jernih ke Kerinchi di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 8:46 AM. 2-RM1.60 dari Kerinchi ke KL Sentral - red One di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 10:48 AM. 3-RM2.20 dari KL Sentral ke Bukit Bintang di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 11:26 AM. 4-RM3.40 dari Bukit Bintang ke Sungai Jernih di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 12:19 PM. 5-RM4.50 Parking Payment di Sungai Jernih (stesen MRT1) melalui kad (T'nG NJN) pada 12:27 PM.

Sabtu, 1 Jun 2024

MRT1 Siap 2017, MRT2 Siap 2023 dan MRT3 Projek 2024

Kajang, 01/06/2024 (Sabtu) - Saya dari rumah TJ dan memandu Perodua Bezza meninggalkan Proton Exora. Pergi ke bandar Kajang. Letak kereta di parkir berbumbung Keretapi Tanah Melayu (KTM) di tingkat G menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG).

Saya menaiki tren Mass Rapid Transit (MRT) Transit Aliran Massa. Naik tren MRT1 di stesen Kajang. Saya sudah banyak kali naik tren MRT1 (Laluan Kajang) dan hendak mencuba naik tren MRT2 (Laluan Putrajaya) untuk kali pertama pada hari ini (Sabtu, 1 Jun 2024). Turun di stesen pertukaran MRT2 di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy.

7:34 pagi, tren MRT1 (Laluan Kajang) bergerak dari stesen Kajang. 8:09 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren MRT2 (Laluan Putrajaya) di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 2 tren MRT1 terus ke platform 4 tren MRT2 yang tiba serentak di stesen TRX. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja. 8:19 pagi, tren MRT2 sampai ke stesen Hospital Kuala Lumpur (RM4.30). Tambang tanpa tunai menggunakan kad T'nG.

Keluar melalui Pintu B (Jalan Kuantan) berhampiran Istana Budaya dan berjalan kaki ke Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Tembeling. Kembali ke stesen Hospital Kuala Lumpur. Saya pergi juga ke Pintu A (Jalan Utama Hospital) tetapi tidak keluar dari Pintu A. Nampak Institut Urologi dan Nefrologi di sebelah kanan serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak di sebelah kiri.

9:35 pagi, tren MRT2 (Laluan Putrajaya) bergerak dari stesen Hospital Kuala Lumpur. 9:45 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren MRT1 (Laluan Kajang) di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 3 tren MRT2 terus ke platform 1 tren MRT1 yang masa menunggunya ialah selama 7 minit (dari 9:45 pagi hingga 9:52 pagi) pada paparan skrin di stesen TRX. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja. 10:26 pagi, tren MRT1 sampai ke stesen Kajang (RM4.30). Tambang tanpa tunai menggunakan kad T'nG.

Pandu kereta keluar dari parkir berbumbung KTM di tingkat G menggunakan kad T'nG yang sama (RM4.24).

Pergi ke rumah SI. Perodua Bezza bertemu Perodua Kelisa. Belum ke rumah TTD untuk bulan Jun 2024, setakat 1 hari bulan pada hari ini.

MRT1 Fasa Satu Laluan Kajang yang bermula dari Sungai Buloh ke Semantan telah mula beroperasi pada 16 Disember 2016. Manakala jajaran selebihnya beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai 2017. Dua stesen yang sebelum ini berada di laluan MRT1 telah dipindahkan ke laluan MRT2 iaitu stesen Sungai Buloh dan stesen Kampung Selamat.

MRT2 Fasa Satu Laluan Putrajaya yang bermula dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu telah mula beroperasi pada 16 Jun 2022. Manakala jajaran selebihnya beroperasi sepenuhnya mulai 16 Mac 2023. Stesen terakhir MRT2 (Laluan Putrajaya) dan stesen terakhir MRT1 (Laluan Kajang) bertemu di stesen Kwasa Damansara (stesen pertukaran tren). MRT2 stesen Putrajaya Sentral (stesen terakhir) dan MRT1 stesen Kajang (stesen terakhir) tidak bersambung walaupun Putrajaya dan Kajang terletak berhampiran antara satu sama lain.

MRT3 Laluan Lingkaran ialah laluan terakhir yang kritikal bagi melengkapkan rangkaian rel bandar raya Kuala Lumpur. Agihan kontrak projek MRT3 dijangka suku terakhir 2024.

Jumaat, 1 Disember 2023

Proton S70 2023

Kajang, 01/12/2023 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah SI. Saya telah memandu kereta dari rumah SI sejauh 4.7 kilometer sahaja ke kedai Proton di J Brother Auto Sdn Bhd, PT 33059, Persiaran Jelok Impian, Taman Jelok Impian, 43000 Kajang, Selangor.

Antara jam 3:00 hingga 3:30 petang, saya berada di ruang pameran kenderaan Proton bersama Encik Mohd Abdul Halim bin Dullah (Sales Advisor). Dia menerangkan kepada saya berkenaan kereta Proton S70.

Tahun 2023, Proton (Perusahaan Otomobil Nasional) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu kereta salun (kereta sedan) ini, tiga hari yang lepas iaitu pada 28/11/2023 (Selasa). Proton S70 1.5 berasaskan Geely Emgrand menggunakan enjin 1.477cc turbo DOHC tiga slinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear dual klac tujuh kelajuan bersama mod manual, selain tampil dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport. Ciri keselamatan standard enam beg udara, ABS (Sistem Brek Anti Kunci), EBD (Agihan Brek Elektronik), BA (Bantuan Brek), ABH (Auto Brake Hold), ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik), TCS (Sistem Kawalan Traksi), HHA (Hill Hold Assist) serta immobiliser dan penggera anti-curi.

Harga kenderaan untuk Proton S70 1.5 Turbo Executive (bermula RM73,800), Proton S70 1.5 Turbo Premium (bermula RM79,800), Proton S70 1.5 Turbo Flagship (bermula RM89,800). dan Proton S70 1.5 Turbo Flagship X (bermula RM94,800). 

Sabtu, 1 Julai 2023

Proton X90 2023

Kajang, 01/07/2023 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ. Waktu petang tadi, saya telah memandu kenderaan jenis Proton Exora dari Semenyih ke rumah TJ di Kajang. Saya, isteri dan lima orang anak kami telah pergi ke rumah kawan isteri di Jalan 6/5D, Bandar Rinching, Seksyen 6 dan Setia EcoHill Mall, Semenyih. Proton Exora tahun 2011 dipandu melalui Jalan Semenyih dan Jalan Kajang Prima Satu.

Tahun 2023, Proton (Perusahaan Otomobil Nasional) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu SUV (Sport Utility Vehicle) iaitu Kenderaan Utiliti Sukan pada awal bulan Mei 2023. Proton X90 menggunakan enjin 1.5 TGDi dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V yang menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Maksud BSG (Belt Starter Generator) pada Proton X90 ialah Penjana Pemula Tali Sawat (sistem integrasi yang digunakan sebagai penghidup kenderaan). Takrif tali sawat ialah tali atau rantai di antara aci yang berpusing atau di antara takal untuk menjalankan enjin atau untuk menggerakkan sesuatu. Tiga siri Proton X untuk pasaran SUV setakat ini iaitu Proton X70 (dilancarkan pada 2018), Proton X50 (dilancarkan pada 2020) dan Proton X90 (dilancarkan pada 2023).

Harga kenderaan untuk Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard (bermula RM123,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive (bermula RM130,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium (bermula RM144,800) dan Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship (bermula RM152,800).

Isnin, 30 Januari 2023

OPR dan Kenderaan Setakat 30 Januari 2023

Kajang, 30/01/2023 (Isnin) - Overnight Policy Rate (OPR) ialah Kadar Dasar Semalaman. OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Bank pusat yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Kadar faedah bank ditentukan oleh OPR yang menentukan rangka kerja hala tuju kewangan negara untuk memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.

Apabila bayaran pinjaman bulanan untuk kenderaan dan pembelian yang lain-lain sudah naik, kita perlu mengawal perbelanjaan harian. Contohnya seperti pembelian kenderaan secara pinjaman daripada pihak bank pada bulan Oktober 2022. Bayaran pinjaman pada 30 November 2022 ialah (RM532.00), bayaran pinjaman pada 30 Disember 2022 ialah (RM532.00) dan bayaran pinjaman pada 30 Januari 2023 meningkat kepada (RM540.00).

Khamis, 22 Disember 2022

Naik MRT, LRT2, Monorel dan LRT1 2022

Kuala Lumpur, 22/12/2022 - Saya dan isteri telah menaiki pelbagai jenis tren di bawah kendalian Rapid KL hari ini kerana ada banyak urusan di ibu negara Malaysia.

Pelbagai jenis tren tersebut ialah Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Massa (Laluan Kajang), Light Rapid Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan untuk LRT1 serta LRT2 dan Monorail (Monorel) Kuala Lumpur. LRT1 Laluan Ampang dan Sri Petaling dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (Sistem Transit Aliran Ringan). LRT2 Laluan Kelana Jaya dahulunya dikenali sebagai LRT PUTRA (Projek Usahasama Transit Ringan Automatik). Kami berdua menggunakan kad Touch 'n Go (tambang tanpa tunai) sepanjang perjalanan menaiki tren hari ini. Ia lebih murah berbanding tambang tunai.

Pagi, saya dan isteri naik MRT di Stesen Sungai Jernih kemudian turun MRT di Stesen Pasar Seni. Ia adalah stesen pertukaran. Naik LRT2 di Stesen Pasar Seni kemudian turun LRT2 di Stesen KL Sentral (RM4.10 x 2). Membuat urusan di NU Sentral Mall dan berbaris menunggu beberapa minit sebelum jam 10:00 pagi untuk masuk ke Touch 'n Go Hub, Level 2. Selepas itu, makan dan minum di McDonald's, Level 4.

Masih pagi, kami berdua naik LRT2 di Stesen KL Sentral kemudian turun LRT2 di Stesen Kerinchi (RM1.60 x 2). Membuat urusan di Takaful Ikhlas, Bangsar South.

Tengah hari dan petang, kami berdua naik LRT2 di Stesen Kerinchi kemudian turun LRT2 di Stesen KL Sentral (RM1.60 x 2). Ia adalah stesen sambungan. Dari LRT2 di Stesen KL Sentral berjalan kaki ke NU Sentral Mall (Level GF), singgah ke FamilyMart dan naik Monorel di Stesen KL Sentral kemudian turun Monorel di Stesen Hang Tuah (RM2.50 x 2). Membuat urusan di Swiss-Garden Residences (Hotel), Jalan Galloways dan solat Zohor.

Petang, kami berdua naik Monorel di Stesen Hang Tuah kemudian turun Monorel di Stesen KL Sentral (RM2.50 x 2). Ia adalah stesen sambungan. Dari Monorel di Stesen KL Sentral berjalan kaki ke NU Sentral Mall dan naik tangga ke Level C. Turun tangga dan naik LRT2 di Stesen KL Sentral kemudian turun LRT2 di Stesen Bangsar - Bank Rakyat (RM1.10 x 2). Membuat urusan di eTiQa (Takaful), Dataran Maybank, Level G, Tower C, Jalan Maarof.

Masih petang, kami berdua naik LRT2 di Stesen Bangsar - Bank Rakyat kemudian turun LRT2 di Stesen Masjid Jamek (RM1.70 x 2). Makan dan minum serta membeli barang-barang di Jalan Masjid India. Naik LRT1 di Stesen Masjid Jamek kemudian turun LRT1 di Stesen Plaza Rakyat. Ia adalah stesen pertukaran. Naik MRT di Stesen Merdeka kemudian turun MRT di Stesen Sungai Jernih (RM3.80 x 2) dan solat Asar.

Selasa, 1 November 2022

Kunci Pintar Pada Kenderaan 2022

Kajang, 01/11/2022 - Tahun ini, kali pertama saya menggunakan kunci pintar pada kereta Premium BE22A X. Butang di luar pintu kereta di bahagian pemandu ditekan sekali, akan dibuka kunci pintu untuk pemandu. Jika ia ditekan lama sedikit atau ditekan dua kali, akan dibuka semua kunci di bahagian penumpang. Untuk mengunci semula bagi semua pintu selepas dibuka, ia hanya ditekan sekali. But kereta juga ada butang buka di luarnya kalau mahu mengisi barang.

Kunci ganti di dalam sarung kunci pintar. Terdapat 4 jenis butang pada alat kawalan jauh kereta 2022 saya. Lambang pintu dikunci, pintu dibuka, pintu but kereta dibuka dan penggera berbunyi.

Pada alat kawalan jauh, butang kunci ditekan sekali sahaja akan dikunci semua pintu kereta. Butang buka ditekan sekali, akan dibuka kunci pintu di bahagian pemandu. Jika ia ditekan dua kali, akan dibuka semua kunci pintu di bahagian penumpang. Butang buka but kereta ditekan lama sedikit ketika enjin kereta berhenti. Butang penggera ditekan lama sehingga kereta berbunyi dan ia ditekan sekali lagi untuk memberhentikannya.

Di dalam kereta terdapat butang buka dan kunci pintu pada papan pemuka (dashboard). Butang enjin - mula - henti (ENGINE - START - STOP) ada beberapa fungsi. Bagi menghidupkan enjin kereta, tekan pedal brek dan tekan butang tersebut sekali sahaja. Jika ingin membuka dan menutup tingkap tanpa menghidupkan enjin, tekan butang sekali tanpa menekan pedal brek. Tekan butang kali kedua tanpa menekan pedal brek dan tingkap boleh dibuka serta ditutup. Tekan butang kali ketiga tanpa menekan pedal brek jika tidak mahu menghidupkan enjin. Kalau hendak menghidupkan enjin ketika butang kali ketiga, tekan pedal brek terlebih dahulu.

Hari ini (Selasa, 1 November 2022) merupakan pengisian minyak kali pertama untuk kereta Perodua Bezza 1.3 saya. Isi RM50.00 (24.390 liter) kerana RM2.05 harga bagi 1 liter RON92 di Petronas Grand Saga 3. Guna kad debit pada paparan pam minyak (MBB J).

Selasa, 25 Oktober 2022

Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) Oktober 2022

Petaling Jaya, 25/10/2022 - Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) telah dibeli dan diterima oleh saya pada hari ini (Selasa, 25 Oktober 2022) di sebuah pusat jualan kenderaan Perodua. Kereta salun (kereta sedan) yang mempunyai kelebihan ruang but dengan kapasiti 508 liter. Enjin berteknologi DUAL VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence) iaitu Dwi Pemasaan Injap Boleh Diubah (Boleh Laras) dengan Kepintaran. Ketika memandu kereta ini, penunjuk 'eco' menyala untuk memberitahu pemandu apabila pemanduan kita mencapai tahap mesra alam.

Tempoh menunggu giliran untuk mendapatkan kereta Bezza Premium 1.3 X (transmisi automatik) ini ialah selama kira-kira 6 bulan setengah. Sebelum saya memandunya, bacaan meter perbatuan (odometer) kereta ialah 15 kilometer.

Perodua Bezza ditawarkan dalam empat varian bermula dengan model asas iaitu pertama, Standard 1.0 Gxtra (transmisi manual) berharga RM34,580. Kedua, Standard 1.0 Gxtra (transmisi automatik) berharga RM36,580. Ketiga, Premium 1.3 X (transmisi automatik) berharga RM43,980. Keempat (model tertinggi), Advance 1.3 AV (transmisi automatik) berharga RM49,980.

Pelbagai jenis kenderaan saya naik hari ini untuk sampai ke Petaling Jaya bagi mengambil kereta baharu. Semalam (24/10/2022) hari Isnin ialah cuti umum sempena Deepavali.

Saya menaiki bas perantaraan MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Bas T459 ke Stesen MRT Stadium Kajang. Naik MRT ke Stesen Kajang. Ia bersambung dengan stesen KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Naik tren (komuter) dari Stesen Kajang ke Stesen Kuala Lumpur yang perjalanannya di laluan Batu Caves. Saya hendak membuat pertukaran tren ke laluan Pelabuhan Klang tetapi komuter yang ditunggu belum sampai setelah lama menunggu di platform. Buat keputusan untuk berpatah balik dan turun di Stesen KL Sentral bagi pertukaran tren. Tersalah naik tren pula iaitu ETS (Electric Train Service) dari utara yang menggunakan tiket khas tetapi saya tidak ada tiket tersebut. Sampai di KL Sentral, pihak KTMB membenarkan saya keluar melalui lorong yang menggunakan Kad T'nG (Touch 'n Go). Kad ini digunakan sejak tadi ketika menaiki bas perantaraan dan tren (MRT serta komuter).

Perjalanan diteruskan dengan menaiki komuter dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kg Dato' Harun. Turun dari komuter, saya menyewa sebuah teksi bermeter yang sedang menunggu penumpang di luar stesen. Pemandu teksi menghantar saya ke tempat yang dituju.

Apabila urusan penerangan berkaitan kereta dan dokumen selesai, saya memandu Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) pulang ke rumah di Kajang. Guna Kad T'nG di beberapa buah plaza tol lebuh raya. Singgah ke rumah SI. Letak kereta di Stesen Sungai Jernih dan naik MRT ke Stesen Stadium Kajang. Berjalan kaki ke sebuah bank kerana membuat penukaran kad debit (MyDebit) yang akan tamat tempoh pada 11/22 (November 2022). Guna mesin sahaja. Kad baharu akan tamat tempoh pada 08/28 (Ogos 2028). Kembali mendapatkan kereta baharu di stesen MRT dan memandu pulang ke rumah TJ. Kami cukup bertujuh orang di sini. Semasa pulang ke rumah TTD beberapa hari lepas, kereta baharu ini belum sempat diambil pada 21/10/2022 (Jumaat).

Rabu, 19 Oktober 2022

Exora Dilanggar CR-V Pada 19/10/2022

Semenyih, 19/10/2022 - Di Sekasih, saya memandu Proton Exora keluar dari kawasan sekolah tempat saya mengajar melalui pintu pagar depan. Kemudian melepasi lampu isyarat yang sedang berwarna hijau di jalan besar simpang tiga berhampiran Masjid Raja Muda Musa. Tidak jauh dari simpang tersebut, saya memperlahankan kenderaan kerana memberi lauan kepada sebuah kereta yang ingin masuk ke simpang di Jalan Besar Kampung Baru. Tiba-tiba saya dilanggar dari belakang oleh Honda CR-V. Masing-masing memandu kenderaan seorang diri. Kami berdua berhenti di tepi jalan dan berbincang. Dia seorang lelaki warga asing dari Korea Selatan bernama Cho Seong Dae (David) mempunyai Lesen Memandu Malaysia (Kelas D). Kami bercakap Bahasa Inggeris. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 1:20 petang.

Saya meneruskan pemanduan ke Kajang dan terus ke bengkel membaiki kenderaan berhampiran rumah SI. Dia pula terpaksa menghadiri mesyuarat terlebih dahulu menghala ke Subang Jaya sebagai perunding pendidikan (education consultancy).

Selepas membuat urusan masing-masing, kami berjumpa semula di bengkel berhampiran rumah saya. Dia juga hendak membaiki Honda CR-V di bengkel sama tempat saya membaiki kenderaan. Dia telah membayar kos kerosakan Proton Exora dengan memindahkan duit ke akaun bank saya melalui perbankan internet. Pintu untuk bonet belakang (rear bonnet) Proton Exora sudah siap diketuk dan bumper belakang juga siap dibaiki (RM270.00). Ia belum dicat tetapi anggaran bayaran untuk cat juga telah dibayar olehnya (RM480.00). Bagi membaiki kerosakan bumper depan Honda CR-V miliknya, dia membayar secara tunai kepada tuan bengkel kenderaan termasuk penghantaran ke rumah.

Rabu, 1 Jun 2022

Jumpa Proton Juara Pada 1 Jun 2022

Semenyih, 01/06/2022 - Hari ini ialah Rabu, 1 Jun 2022 bersamaan dengan 1 Zulkaedah 1443, saya dapat berjumpa dengan sebuah kenderaan model lama. Proton Juara ialah sebuah kenderaan dalam kategori mini MPV (Multi-Purpose Vehicle) iaitu jenis mikrovan (microvan) berasaskan Mitsubishi Town Box dikuasakan oleh enjin 1.1 liter dengan enjin depan, pacuan belakang.

Di Malaysia, Proton Juara telah dilancarkan pada bulan Julai 2001. Pada tahun 2003, pengeluaran kenderaan ini ditamatkan pengeluarannya dari kilang di Pekan.

Ketika Proton Juara dilancarkan, harganya hampir mencecah RM50,000.00 sebuah yang dianggap mahal ketika itu (2001). Harga kenderaan terpakai ini cuma dijual sekitar RM3,000.00 hingga RM4,000.00 sahaja pada tahun 2010. Tahun 2022 ini, ia kembali menjadi pilihan ramai dan harganya boleh mencapai RM10,000.00 hingga RM15,000.00 untuk Proton Juara terpakai.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.