Jumaat, 22 November 2024

Kos Perjalanan Kenderaan Pada 22 November 2024

Kuala Lipis, 22/11/2024 (Jumaat) - Perodua Bezza yang saya pandu telah sampai ke rumah TTD kira-kira jam 9:00 malam tadi. Esok baru hendak pergi ke rumah emak kandung. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima sedang berada di rumah TTD. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga berada di asrama tempat pengajian masing-masing kerana minggu ini bukan minggu mereka pulang ke rumah.

Kos perjalanan kenderaan pada hari Jumaat, 22 November 2024. Touch 'n Go J (RM1.30) Plaza Tol (PT) Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:31 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:42 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 4:48 petang. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 5:03 petang. Touch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui eWalleti (T'nG J) pada jam 6:20 petang. Petrol RON95 tidak diisi hari ini kerana telah diisi semalam (RM50.00) melalui Setel J Petronas.

Dua kali berhenti ketika berada di antara PT Gombak (E8) dan PT Bentong (E8) kerana masuk ke surau serta tandas di belakang BHPetrol Gombak dan masuk ke tandas serta kedai Mesra Petronas di Kawasan Rehat Bentong (Maybank ATM). Dua kali lagi berhenti ketika sudah berada di daerah Lipis sebelum sampai ke rumah TTD. Masuk ke tandas, surau serta makan malam dan minum di Kawasan Rehat Benta dan bungkus tujuh keping roti canai serta kari kambing di Lipis Chapathy House, Taman Cahaya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.