Kajang, 29/11/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ. Pendaftaran telah lama dibuat dan hari ini saya menyelesaikan tugas yang diberi tengah hari tadi. Guru di sekolah sebagai peserta kursus perlu mendaftar akaun E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menggunakan Nombor MayKad (tanpa -) sebagai dokumen pengenalan atau Identity Document (ID) akaun EPSA.Sabtu, 29 November 2025
EPSA EEA0008 Guru November 2025
Kajang, 29/11/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ. Pendaftaran telah lama dibuat dan hari ini saya menyelesaikan tugas yang diberi tengah hari tadi. Guru di sekolah sebagai peserta kursus perlu mendaftar akaun E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menggunakan Nombor MayKad (tanpa -) sebagai dokumen pengenalan atau Identity Document (ID) akaun EPSA.Rabu, 27 Ogos 2025
Melawat Beryl's dan Petrosains 2025
Rabu, 30 Julai 2025
Jerebu dan Sekolah Julai 2025
Ahad, 15 Jun 2025
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2025
Kajang, 15/06/2025 (Ahad) - Hari ini merupakan hari ketiga program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform 2025) untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 daripada Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS), Hulu Langat, Selangor. Kami telah berada di Kem Tun Ibrahim (Rejimen Ke-31 Artileri Diraja), Taman Kajang Prima, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor selama 3 hari 2 malam. 13, 14 dan 15 Jun 2025 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).Isnin, 11 November 2024
Sekasih dan Senada Ambil Cuti Peristiwa 11.11.2024
Ahad, 29 September 2024
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2024
Sabtu, 24 Ogos 2024
Bengkel Pemantapan Pedagogi Bahasa Arab Ogos 2024
Rabu, 7 Ogos 2024
Jentera Bomba dan Penyelamat Datang ke SKS 2024
Murid-murid bergegas turun dan keluar dari kelas masing-masing dibantu oleh guru-guru yang mengajar ketika itu. Saya pula sedang mengajar murid-murid Bahasa Arab Tahun 6. Saya meminta mereka membuat barisan dan bergerak turun melalui tangga menuju ke Dewan Seri Budiman. Oleh kerana bilangan murid yang ramai daripada Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Prasekolah, sebahagian mereka berkumpul di padang kecil iaitu kawasan lapang di sebelah dewan.
Apabila kami tiba di kawasan lapang tersebut, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Taman Pelangi Semenyih telah berada di situ. Jentera mereka pula berada di sebelah kantin iaitu bahagian hadapan sekolah. Sebenarnya, ini ialah Program Latihan Kebakaran (fire drill) peringkat SKS. Semua murid, guru dan kakitangan SKS telah berada di tempat berkumpul dalam keadaan yang selamat. Taklimat latihan kebakaran serta ceramah telah disampaikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dewan. Juga ditunjukkan cara menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran kecil di kawasan lapang.
Selepas waktu rehat 1 dan waktu rehat 2 yang dianjak, aktiviti PdPc disambung semula setelah murid-murid kembali ke kelas.
Tema program kali ini ialah 'Ke Arah Sekolah Selamat'. Objektif Program. 1-Mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat. 2-Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran. 3-Meluaskan minda terhadap kaedah sistematik menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. 4-Murid berupaya menjalani latihan kebakaran dengan penuh berdisiplin.
Isnin, 1 Julai 2024
Laporan 1 Julai 2024 Daripada Guru Bertugas
Jumaat, 16 Februari 2024
Kem Intensif Hafazan Februari 2024
Jumaat, 9 Februari 2024
Sekolah dan Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024
Kami cukup bertujuh orang pada hari ini (Jumaat). Anak sulung mula berada rumah SI hari ini. Anak kedua dari Wilayah Persekutuan mula berada di rumah SI sejak semalam (Khamis). Anak ketiga mula berada di rumah SI sejak kelmarin (Rabu) kerana cuti sempena Israk dan Mikraj di Negeri Sembilan pada hari Khamis. Selangor tidak bercuti pada 08/02/2024 (Khamis). Hari ini iaitu 09/02/2024 (Jumaat) merupakan satu hari cuti tambahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Kumpulan B bagi Tahun Baharu Cina.
Saya dan isteri mengajar di sekolah dua sesi iaitu sekolah yang mempunyai sesi pagi dan petang. Kami mengajar sesi pagi di sekolah kebangsaan yang berlainan. Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Anak sulung belajar di institut al-Quran, anak kedua belajar di sekolah menengah kebangsaan agama (al-Quran), anak ketiga belajar di sekolah menengah agama (al-Quran), anak keempat belajar di tadika dan anak kelima masih berada di taska.
Semalam (Khamis) merupakan hari terakhir sesi persekolahan sesi 2023/2024 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana hari ini (Jumaat) merupakan satu hari cuti tambahan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun Baharu Cina dan bersambung dengan Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024. Dua buah negeri kumpulan A (Kedah dan Terengganu) serta dua buah negeri kumpulan B (Perlis dan Negeri Sembilan) telah bermula cuti persekolahan tersebut sejak 08/02/2024 (Khamis) kerana cuti sempena Israk dan Mikraj.
Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 mulai Jumaat, 9 Februari 2024 hingga Sabtu, 9 Mac 2024. Negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 mulai Sabtu, 10 Februari 2024 hingga Ahad, 10 Mac 2024.
Maksudnya ialah negeri-negeri kumpulan A mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2024/2025 pada hari Ahad, 10 Mac 2024 dan negeri-negeri kumpulan B mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2024/2025 pada hari Isnin, 11 Mac 2024.
Jumaat, 22 Disember 2023
Kem Intensif Hafazan Disember 2023
Ahad, 10 Disember 2023
Le Meridian dan PICC 2023
Sabtu, 28 Oktober 2023
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2023
Rabu, 20 September 2023
75 Tahun BSMM Pada 2023
Isnin, 2 Januari 2023
Sekolah Selepas Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023
Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023 ialah selama 24 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Isnin, 2 Januari 2023) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah memuat naik Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 dalam halaman Facebook-nya beberapa hari lepas (hujung tahun 2022).
Dalam Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 bagi negeri-negeri kumpulan A ialah sesi persekolahan mulai Ahad, 1 Januari 2023 hingga Khamis, 16 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Jumaat, 17 Februari 2023 hingga Sabtu, 18 Mac 2023. Bagi negeri-negeri kumpulan B ialah sesi persekolahan mulai Selasa, 3 Januari 2023 hingga Jumaat, 17 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Sabtu, 18 Februari 2023 hingga Ahad, 19 Mac 2023.
Sabtu, 31 Disember 2022
Himpunan Alumni Persatuan Lepasan MPI/IPIS/IPGKPI 2022
Ahad, 11 September 2022
Sekolah Selepas Cuti Penggal 2, Sesi 2022/2023
Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Cuti Penggal 2, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Ahad, 11 September 2022) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
02/09/2022 (Jumaat): bermalam di rumah SI selepas dua orang anak yang menaiki bas sewa khas sampai waktu petang ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. 03/09/2022 (Sabtu): bermalam di rumah emak isteri.
04/09/2022 (Ahad): bermalam di rumah emak isteri. 05/09/2022 (Isnin): singgah ke rumah SI dan bermalam di rumah TTD. 06/09/2022 (Selasa): bermalam di rumah emak suami. 07/09/2022 (Rabu): bermalam di rumah emak suami. 08/09/2022 (Khamis): singgah ke rumah TTD dan rumah SI serta bermalam di homestay (rujuk artikel di laman blog ini yang bertajuk Cocobay Condominium Resort, Port Dickson 2022). 09/09/2022 (Jumaat): bermalam di rumah SI. 10/09/2022 (Sabtu): bermalam di rumah TJ.
11/09/2022 (Ahad), masih di rumah TJ.
Dua orang anak kami bersiap-siap di rumah TJ untuk pulang ke asrama sekolah.
Isnin, 1 Ogos 2022
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2022
Pada akhir bulan lepas iaitu 26 dan 27 Julai 2022, Sekasih telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Langat 2022 untuk kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah) di Dewan Seri Budiman.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijangka akan diadakan pada awal bulan September 2022 selepas MSSN Selangor pada bulan Ogos 2022 dan MSSD Hulu Langat pada bulan Julai 2022. Terengganu ialah tuan rumah MSSM 2022 bagi sukan sepak takraw.
Bagi peringkat keluarga, anak pertama saya telah menyertai Kejohanan Catur P17 MSSD Jelebu 2022 dan anak kedua layak menyertai Kejohanan Catur L15 MSSN Negeri Sembilan 2022. Anak ketiga pula menyertai Kejohanan Pingpong L12 MSSD Hulu Langat 2022. Sebagai tambahan, anak ketiga juga menggantikan orang lain menyertai Kejohanan Catur L12 MSSD Hulu Langat 2022.
Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Anak keempat dan anak kelima kami masih berada di taska.
Selasa, 12 Julai 2022
Sekolah Ambil Cuti Peristiwa 12 Julai 2022
Sekolah tempat saya dan isteri mengajar iaitu Sekasih dan Senada mengambil cuti peristiwa pada hari ini (Selasa, 12 Julai 2022). Sekolah tempat anak-anak kami belajar juga mengambil cuti peristiwa hari ini. Taska juga bercuti sehingga hari ini.
Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami dari Jumaat, 8 Julai 2022 hingga Selasa, 12 Julai 2022. Petang tadi, anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
8 Julai 2022 (Jumaat) 8 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD selepas kami mengambil dua orang anak dari asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu. Saya memandu Proton Exora dalam perjalanan dari Selangor ke Negeri Sembilan dan terus ke Pahang. Kami bertujuh melalui Karak, Bentong, Raub dan Lipis. 9 Julai 2022 (Sabtu) 9 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah emak suami.
10 Julai 2022 (Ahad) 10 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD sebab air paip utama tiada sepanjang hari di rumah emak suami. 11 Julai 2022 (Isnin) 11 Zulhijjah 1443: dari rumah TTD balik ke Kajang dan bermalam di rumah SI. Tidak sempat ke rumah TJ. 12 Julai 2022 (Selasa) 12 Zulhijjah 1443: dua orang anak kami telah menaiki bas sewa khas ke asrama sekolah menengah agama.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- eZakatPAY (Selangor)
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Microsoft Bing - Cipta imej daripada perkataan dengan AI
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY) atau semakan bil PAIP melalui aplikasi PahangGo
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ FPX)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD FPX)



%20SKS%202024.jpg)







%20SKS%202023.jpg)





