Kajang, 30/07/2025 (Rabu) - Syukur kepada Allah kerana hujan telah turun pada waktu pagi hari ini. Hujan dapat membantu mengurangkan kesan jerebu dan ia boleh membersihkan udara.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Pencemaran udara dinilai berdasarkan IPU. Semakin besar nilai IPU menunjukkan semakin tinggi tahap pencemaran udara.
IPU juga digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Di sini disertakan kategori IPU dan tahap pencemarannya. Nilai 0 hingga 50 adalah baik, nilai 51 hingga 100 adalah sederhana, nilai 101 hingga 200 adalah tidak sihat, nilai 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan nilai 301 hingga 400 adalah berbahaya.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara. Kualiti udara ambien (bukan keadaan persekitaran) Malaysia dipantau rapi oleh JAS melalui rangakaian stesen pemantauan kualiti udara untuk mengesan sebarang perubahan ketara dalam kualiti udara yang mungkin membahayakan kesihatan manusia dan alam sekitar.
Puan Fadlina Sidek, Menteri Pendidikan telah bercakap kepada pemberita pada bulan Julai 2025 berkenaan jerebu serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sekiranya bacaan IPU melebihi 200.
Bacaan IPU pada hari ini (30/07/2025) bertambah baik berbanding 10 hari yang lepas (20/07/2025).
Sebahagian stesen untuk bacaan IPU pada 30/07/2025 dan 20/07/2025. Klang (63 dan 75). Johan Setia (67 dan157). Shah Alam (71 dan 82). Petaling Jaya (66 dan 81). Banting (66 dan 113). Batu Muda, KL (72 dan 83). Cheras, KL (67 dan 90). Putrajaya (61 dan 87). Nilai, NS (69 dan 137).