Sabtu, 14 Disember 2024
Wang Emas Bertahan Ketika Gawat
Isnin, 27 Mei 2024
Pesta Buku Antarabangsa KL 2024
Waktu operasi PBAKL 2024 ialah setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ia beroperasi mulai 24 Mei hingga 2 Jun 2024 iaitu selama 10 hari. Masuk adalah percuma. Negeri Tamu ialah Sabah. PBAKL 2024 diadakan semasa Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025.
Cuti sekolah untuk Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025 ialah 9 hari bagi negeri-negeri kumpulan B. Bercuti sekolah mulai Sabtu, 25 Mei 2024 hingga Ahad, 2 Jun 2024. Cuti sekolah 10 hari bagi negeri-negeri kumpulan A. Bercuti sekolah mulai Jumaat, 24 Mei 2024 hingga Ahad, 2 Jun 2024. Ini kerana pada Isnin, 3 Jun 2024 merupakan cuti umum sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Seri Paduka Baginda ialah Sultan Johor Darul Ta'zim dan telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.
Hari ini (Isnin, 27 Mei 2024) ialah hari ke-4 PBAKL 2024. Datanglah beramai-ramai ke WTC Kuala Lumpur. Cuti sekolah masih ada dan kita boleh datang banyak kali jika tidak cukup waktu untuk pergi ke semua dewan pameran.
Saya dan isteri juga ada urusan lain di Kuala Lumpur pagi tadi semasa dalam perjalanan ke PBAKL 2024. Urusan kad T'nG di Touch 'n Go Hub, Level 2, NU Sentral Mall. Ketika kami berada di Kuala Lumpur, anak sulung, anak kedua, anak ketiga berada di rumah TJ dan anak keempat serta anak kelima berada di bawah penjagaan guru-guru tadika yang sedang bercuti sekolah. Beberapa hari lagi, kami bercadang untuk pergi bertujuh orang ke PBAKL 2024.
Saya memandu Perodua Bezza ke Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) kerana di sana ada banyak parkir kenderaan di kawasan persendirian. Naik pelbagai jenis tren iaitu Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Massa, Light Rapid Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan untuk LRT1 serta LRT2 dan Monorail (Monorel). Kami berdua menggunakan kad T'nG (tambang tanpa tunai) sepanjang menaiki tren hari ini.
9:17 pagi, tren MRT bergerak dari stesen BTHO. 9:47 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren LRT2 (Laluan Kelana Jaya) di stesen Pasar Seni. 9:52 pagi, tren LRT2 sampai ke stesen KL Sentral (RM3.90 x 2). Kami berada di NU Mall Sentral. 10:24 pagi, tren Monorel Kuala Lumpur bergerak dari stesen KL Sentral. 10:30 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren LRT1 (Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling) di stesen BBCC - Hang Tuah. 10:45 pagi, tren LRT1 sampai ke stesen PWTC (RM3.40 x 2). Kami berada di PBAKL/ KLIBF 2024. 1:29 petang, tren LRT1 bergerak dari stesen PWTC. 1:36 petang, sampai ke stesen pertukaran tren MRT (Laluan Kajang) di stesen Plaza Rakyat dan Merdeka. 2:15 petang, tren MRT sampai ke stesen BTHO (RM4.10 x 2).
Jumaat, 9 Disember 2022
Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022
Sabtu, 11 Jun 2022
Pesta Buku Antarabangsa KL 2022
Kuala Lumpur, 11/06/2022 - Saya memandu Proton Exora bertolak dari rumah TJ kira-kira jam 8:45 pagi. Isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TJ. Jarak perjalanan ke bandar Kajang ialah kira-kira 4 kilometer sahaja. Saya meletakkan kenderaan berhampiran dengan pintu masuk utama Stadium Kajang dan stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa di Stesen Stadium Kajang.
Cuti sekolah untuk Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah mulai Jumaat, 3 Jun 2022 hingga Sabtu, 11 Jun 2022 dan negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah mulai Sabtu, 4 Jun 2022 hingga Ahad, 12 Jun 2022.
Sabtu, 19 Mac 2022
Buku Teks Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan 2022
Buku Teks Bahasa Arab Tahun Dua 2022 di https://drive.google.com/file/d/18LAKhd2EEOIn8vv3-JbRTcKAdq3L7wMl/view
Selasa, 19 Januari 2021
Buku Teks dan Aktiviti Bahasa Arab serta Pendidikan Islam 2021
Tahun Dua 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/lhat/wymk/mobile/index.html
Buku Aktiviti Bahasa Arab di http://anyflip.com/lhat/squl/basic
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/utswl/mmvz/mobile/index.html
Tahun Tiga 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://anyflip.com/javw/ntdi/basic
Buku Aktiviti Bahasa Arab di http://anyflip.com/lhat/jvfh/basic
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/pxbd/bvyp/mobile/index.html
Tahun Empat 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/jgvtm/wdvj/mobile/index.html
Buku Teks Pendidikan Islam di http://online.anyflip.com/fuml/tbsq/mobile/index.html
Tahun Lima 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di https://anyflip.com/dmfqb/gecn
Buku Teks Pendidikan Islam di https://anyflip.com/szch/wxcp/
Tahun Enam 2021:
Buku Teks Bahasa Arab di http://online.anyflip.com/eppd/rgjn/mobile/index.html
Atau versi pdf Buku Teks Bahasa Arab di https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2019/02/TAHUN-6-BAHASA-ARAB.pdf
Sabtu, 20 Oktober 2018
Tersungkur di Pintu 'Syurga'
Buku yang saya baca ini ialah Cetakan Kesepuluh 2007. Cetakan-cetakan sebelumnya merupakan jualan yang laris dan telah dijual lebih daripada 40,000 naskah.
"Apa yang berlaku dalam Al-Arqam ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kumpulan Islam di abad ini" - Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Shukor, Universiti Malaya.
"Buku ini antara buku-buku terbaik mengenai sejarah suka duka Al-Arqam." - Mohd Sayuti Omar, Penulis Bebas.
Pertemuan sulit Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pemimpin kanan Al-Arqam - 'strategi menjadi tragedi'.
Konspirasi antara SB (Special Branch) atau Cawangan Khas PDRM dan Polis Diraja Thailand sama sekali tidak diduga oleh Ustaz Asaari dan para pemimpin Al-Arqam.
Detik-detik penangkapan Ustaz Asaari persis seperti mana pihak Mossad (Polis Rahsia Israel) menculik dan membawa pulang Adolf Eichmmen (penjenayah Nazi) balik ke Israel dari Argentina. Nazi ialah anggota Parti Sosialis Nasional Jerman yang diasaskan oleh Hitler.
'Seksaan' soal siasat dan soal 'siat-siat' dalam tahanan ISA (Internal Security Act) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dialami oleh pemimpin Al-Arqam.
Sandiwara Al-Arqam yang berakhir dengan tragedi umat abad ke-21.
Ahad, 1 Mei 2016
Pesta Buku Antarabangsa KL 2016
Kami pergi ke sini kerana sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. Ia juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair (KLiBF) 2016. Buat pertama kalinya PBAKL 2016 diadakan di MAEPS. Kami singgah ke surau di sebelah Dewan C.
Waktu operasi PBAKL 2016 ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Manakala pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Ia beroperasi mulai 29 April 2016 hingga 9 Mei 2016 iaitu selama 11 hari. Masuk adalah percuma.
Hari ini (Ahad, 1 Mei 2016) ialah hari Cuti Umum sempena Hari Pekerja. Datanglah beramai-ramai ke PBAKL 2016. Negeri-negeri yang bercuti mingguan pada hari Ahad, cuti hari ini dibawa ke hari esok (Isnin, 2 Mei 2016). Masih ada masa lagi untuk ke PBAKL 2016 jika tidak cukup waktu untuk pergi ke semua dewan pameran.
PBAKL 2016 kini berwajah baru dengan berkonsepkan destinasi percutian keluarga. Terdapat pelbagai tarikan di MAEPS. Selepas makan malam di sini, saya, isteri, dan tiga orang anak kami mendapatkan Proton Exora di tempat letak kenderaan di bawah bukit di belakang Dewan A. Saya memandu pulang ke rumah. Jarak perjalanan pulang dari tempat letak kenderaan tersebut ke rumah kami di Kajang ialah sejauh 18.5 kilometer sahaja. Kami melalui jalan di hadapan Hospital Serdang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) menuju ke Saujana Impian.
Ahad, 24 Ogos 2014
Memahami al-Qur'an Petunjuk Kita
Penulis buku ini ialah Haji Mohamed Ayob bin Yasin dilahirkan pada tahun 1941 di Kampung Sungai Taling, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pendidikan bermula di Sekolah Melayu Serting Ilir, Negeri Sembilan tahun 1948. Apabila Malaysia merdeka, masuk ke Sekolah Agama dan terus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya tahun 1967. Mendapat Sijil Tertinggi dan Diploma Pendidikan Kolej Islam Malaya tahun 1970.
Pernah menjadi pendidik di beberapa sekolah di Negeri Sembilan, sebelum melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi tahun 1977. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian Kelas Dua Bahagian Atas dalam Usuluddin dan Falsafah. Setelah mendapat Ijazah, menjadi pensyarah di Pusat Pendidikan Islam, Institut Teknologi Mara, dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan sebelum bersara wajib tahun 1996.
Saya telah bertemu dengan penulis buku ini dan beliau mewakafkan sebuah buku melalui saya untuk Surau Raudhatul Firdaus Impian Murni, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Penerbit buku ini ialah Darul Fikir Sdn Bhd, 329B, Jalan Abdul Rahman Idris, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2012 dan Cetakan Kedua 2013. Pengatur huruf dan reka bentuknya pula ialah Matang Cipta Sdn Bhd, 89B, Tingkat 1, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.
Khamis, 1 Mei 2014
Kampung Boy (Versi Bahasa Arab)
Selasa, 18 Februari 2014
Menyangkal Kiamat 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Panduan Sembahyang Sunat Tarawih
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan
yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok
masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini
dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Qur’an dan
lain-lain amal kebajikan.Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Lailah al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr: Ayat 3).
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan kelebihan beribadat di malam kemuliaan (Lailah al-Qadr), maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menerbitkan sebuah buku kecil yang bertajuk ‘Panduan Sembahyang Sunat Tarawih’ untuk rujukan kita semua.
Jumaat, 1 Jun 2012
Biografi Agung Rasulullah s.a.w.
Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu-cucu, sahabat-sahabat dan dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
Biografi Agung Rasulullah s.a.w. ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.
Penulis buku ini ialah Rusydi Ramli al-Jauhari dan diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd. Cetakan Pertama 2012. Harganya RM65.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM68.00 (Sabah/Sarawak).
Saya telah memiliki buku ini hadiah daripada al-Hijrah Media Corporation. Saya terpilih sebagai penonton terbaik dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ pada 15 April 2012 di TV al-Hijrah kerana telah memberikan maklum balas atau komen yang sangat baik di laman sosial Facebook berkenaan rancangan tersebut.
Rabu, 21 Mac 2012
Koleksi Teka-teki Moden KBSR
Dengan bahasa dan penyampaian yang mudah, buku ini mudah difahami oleh setiap murid. Buku ini boleh dijadikan koleksi buku murid-murid.
Untuk guru-guru dan ibu bapa, buku ini pasti dapat menceriakan suasana aktiviti dan persatuan jika digunakan dengan bijak.
Semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua golongan.
Selamat membaca.
“Publisher”:
IQRA’ PUBLICATIONS
(001035601-V)
8A JALAN PANDAN 8/8,
PANDAN JAYA,
55100 KUALA LUMPUR.
Jumaat, 4 November 2011
Membentuk Syurga Rumahtangga
Bagi mencapai kebahagian hidup, ia bermula daripada kehidupan berkeluarga. Bermula daripada ibu bapa untuk membentuk anak-anak, seterusnya melahirkan rumahtangga yang cemerlang.
Justeru itu, penyusunan buku ini dilakukan sebagai usaha untuk membantu para suami atau isteri membentuk keluarga cemerlang. Ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, sebanyak sedikit dapat membantu dan menyuluh untuk membina keluarga yang berbahagia di dunia dan Akhirat.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan pasti menginginkan sebuah rumahtangga yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian. Mereka ingin menjadikan rumahtangga itu sebagai syurga dunia yang menenangkan jiwa.
Memiliki sebuah rumahtangga yang bahagia sememangnya menjadi idaman setiap insan. Keluarga yang bahagia bukan sahaja memberi kedamaian hidup, malahan merupakan aset penting dalam membina sebuah masyarakat yang cemerlang.
Islam adalah agama yang menjamin kabahagiaan hidup setiap manusia, termasuk dalam berumahtangga. Kebahagiaan rumahtangga akan dicapai setelah memenuhi ciri-ciri tertentu sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Antaranya ialah bertakwa, bertanggungjawab, bertolak ansur, tolong menolong, pergaulan yang baik dan melahirkan generasi yang berkualiti.
Sabtu, 8 Oktober 2011
Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat
Oleh kerana masalah ini termasuk daripada salah satu masalah besar yang melanda ramai orang pada saat ini, maka terdapat perbezaan pendapat antara para alim ulamak dan imam dari dahulu hingga kini.
Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir iaitu suatu kekafiran yang menyebabkan keluar daripada Islam, diancam hukuman mati jika tidak bertaubat dan tidak mengerjakan solat.
Sementara Imam Abu Hanifah, Imam asy-Syafie dan Imam Malik mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah fasik dan tidak kafir. Namun, mereka berbeza pendapat mengenai ancaman hukumannya.
Menurut Imam asy-Syafie dan Imam Malik, dia diancam hukuman mati sebagai hadd. Ia bermaksud hukuman dalam Islam yang ketentuannya telah diatur secara langsung oleh al-Qur’an dan as-Sunnah (Hadis).
Menurut Imam Abu Hanifah pula, dia diancam hukuman takzir dan bukan hukuman mati. Takzir bermaksud hukuman dalam Islam yang ketentuannya tidak diatur secara langsung oleh al-Qur’an dan as-Sunnah tetapi diserahkan kepada pemimpin pemerintahan mengikut kaedah-kaedah tertentu.
Kalau kita kembalikan perbezaan pendapat ini kepada al-Qur’an dan as-Sunnah, kita akan mendapati bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir iaitu suatu kekafiran yang menyebabkan keluar daripada Islam.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui. (Surah at-Taubah: Ayat 11).
Rasulullah s.a.w. pula bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya (batas pemisah) antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat. (Riwayat Muslim).
Ahad, 12 Jun 2011
Modul dan Manual Kem Aqil Baligh
Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal untuk Modul serta Manual Kem AQBAL ini alah Ustaz Asyaful Adli bin Satimin, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa, Ustaz Muhammad Afandie bin Yahaya, Ustaz Hairul Hisyam bin Adam, Ustaz Ahmad Salehuddin bin Shafie, Ustaz Mohd Hamidi bin Zakaria, Ustaz Muhammad Shahril bin Shahari, Ustaz Mohd Ikmal bin Rosli, Ustaz Rafii bin Mairi, Ustaz Mohamad Ridza bin Samsudin, Ustaz Wan Azham bin Wan Zainal Abidin dan Ustaz Mohd Hazri bin Hashim.
Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek (SKSP) Sepang telah mengadakan program rintis Kem Pemantapan Aqil Baligh pada bulan Oktober 2010 bagi murid-murid Tahun 6 di SKSP. Saya bersama beberapa orang rakan daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Panel Penggubal Modul serta Manual Kem AQBAL buat pertama kalinya menjalankan aktiviti kem secara praktikal di sekolah tersebut. Ustaz Mohd Faizal bin Husin dari SKSP sebagai penyelaras program.
Modul ini mensasarkan murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Masa senggang sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah perlu untuk diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Modul ini memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu aqidah, ibadah dan akhlak. Dengan kata lain, modul ini memfokuskan kepada penguasaan ilmu Fardhu A’in.
Modul ini adalah pengukuhan kepada program Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in (j-QAF). Juga pengukuhan kepada penilaian Perkara Asas Fardhu A’in (PAFA).
Modul ini adalah satu cadangan program. Pihak sekolah atau penganjur boleh membuat penyesuaian berdasarkan lokasi dan keadaan sekolah.
Ahad, 10 April 2011
Guru Jutawan Akhirat
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, menyuruh berbuat kebaikan (perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah) serta mencegah daripada segala yang salah (perbuatan yang menjauhkan diri daripada Allah). Merekalah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: Ayat 104).
Seorang guru yang beragama Islam mesti bercita-cita menjadi guru yang memiliki 5M iaitu mudarris, mu’allim, muaddib, murabbi dan mursyid.
Guru sebagai mudarris (pengajar) menyampaikan ilmu di dalam kelas tidak kira apa mata pelajaran tanpa jemu dan bosan. Alangkah malangnya jika guru mudah putus asa dalam menyampaikan ilmu.
Guru sebagai mu’allim (orang yang berilmu dan menyampaikan). Sebagai mu’allim, para pendidik mesti menguasai bidang yang diajarnya. Pastikan dia memiliki ilmu dan kefahaman yang benar kerana ilmu yang silap diajar akan ditanggung oleh murid.
Guru sebagai muaddib (pendidik adab dan akhlak) iaitu orang yang mengajar anak muridnya tentang adab dan tingkah laku yang baik. Menyemai sifat terpuji (mahmudah) dan menyingkirkan sifat keji (mazmumah).
Guru sebagai murabbi (penjaga/pemelihara) yang menjaga kebajikan anak didik. Guru sebenarnya mewarisi sifat Tuhan iaitu tidak membiarkan murid-muridnya seperti Tuhan tidak membiarkan makhluk-Nya begitu sahaja. Guru sewajarnya mengambil tahu kehidupan mereka.
Guru sebagai murysid (pembimbing jalan yang benar). Tunjukkan kebenaran dan bimbing mereka ke arah kebenaran itu. Bimbing jiwa, perasaan dan pemikiran supaya mereka sentiasa di atas landasan yang benar. Manusia apabila hatinya benar, jalannya akan menjadi lurus.
Sabtu, 29 Januari 2011
Jangan Hampiri Zina
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk: Ayat 32).
Apabila berduaan seorang lelaki dan seorang perempuan, maka yang ketiganya ialah syaitan. Pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat dan rindu. Kemudian pertemuan diatur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit untuk “privacy”. Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan. Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang pujuk. Hubungan semakin rapat, sudah berani pegang tangan dan duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan. Penghujung jalan perzinaan adalah kesengsaraan. Sedarlah, ramai orang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan ini. Kasihanilah diri sendiri. Kasihanilah kedua ibu bapa yang melahirkan kita. Jangan diconteng arang ke muka mereka. Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda pun.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul iaitu cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang suci. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan dan jalanan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Ingatlah apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Selasa, 24 Ogos 2010
21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang:
1.Pesanan dan Arahan. 2.Bercerita (Uslub al-Qasas). 3.Bersoal Jawab. 4.Rujuk Pengalaman Lalu. 5.Nasihat dan Teguran. 6.Bermain-main dan Bergurau. 7.Latihan Yang Berterusan. 8.Ibu Bapa Sebagai Teladan. 9.Galakan (Targhib) dan Amaran (Tarhib). 10.Suruhan dan Gesaan. 11.Ambil Berat Kebajikan Anak-anak. 12.Guna Firasat dan Gelombang Minda. 13.Menjana Keyakinan Diri Anak-anak. 14.Kenal Pasti Kecenderungan dan Bakat Anak-anak. 15.Menasihati Pada Waktu Sesuai. 16.Mendidik Bertahap-tahap. 17.Patuhi Allah dan Teladani Rasul. 18.Mengisi Waktu Lapang. 19.Berdialog. 20.Rangsang Kecergasan Minda. 21.Doa’ Yang Berterusan.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- eZakatPAY (Selangor)
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Microsoft Bing - Cipta imej daripada perkataan dengan AI
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY) atau semakan bil PAIP melalui aplikasi PahangGo
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)






.jpg)
