Bagi mencapai kebahagian hidup, ia bermula daripada kehidupan berkeluarga. Bermula daripada ibu bapa untuk membentuk anak-anak, seterusnya melahirkan rumahtangga yang cemerlang.
Justeru itu, penyusunan buku ini dilakukan sebagai usaha untuk membantu para suami atau isteri membentuk keluarga cemerlang. Ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, sebanyak sedikit dapat membantu dan menyuluh untuk membina keluarga yang berbahagia di dunia dan Akhirat.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan pasti menginginkan sebuah rumahtangga yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian. Mereka ingin menjadikan rumahtangga itu sebagai syurga dunia yang menenangkan jiwa.
Memiliki sebuah rumahtangga yang bahagia sememangnya menjadi idaman setiap insan. Keluarga yang bahagia bukan sahaja memberi kedamaian hidup, malahan merupakan aset penting dalam membina sebuah masyarakat yang cemerlang.
Islam adalah agama yang menjamin kabahagiaan hidup setiap manusia, termasuk dalam berumahtangga. Kebahagiaan rumahtangga akan dicapai setelah memenuhi ciri-ciri tertentu sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Antaranya ialah bertakwa, bertanggungjawab, bertolak ansur, tolong menolong, pergaulan yang baik dan melahirkan generasi yang berkualiti.