Kajang, 09/12/2025 (Selasa) - Saya sedang berada di rumah SI. Saya telah memesan sebuah modem mudah alih daripada TikTok Shop pada hari Ahad, 7 Disember 2025 ketika berada di rumah TJ dan barang yang dipesan telah sampai hari ini (Selasa, 9 Disember 2025) ke rumah SI (bukan rumah TTD).Penghantaran barang cuma mengambil masa dua hari dari Alor Setar di Kedah ke Kajang di Selangor. FlyModem M86 Wi-Fi(6) Pocket (TD LTE Modem). Model (FM_M86). Input (5V==1.5 A). Modem yang amat sesuai untuk sambungan Wi-Fi kepada komputer dan peranti-peranti yang lain.
Sebuah modem yang boleh menggunakan pelbagai jenis talian internet daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, Maxis, U Mobile dan YES. Ia jenis Prabayar tanpa Kad SIM. Pilihan untuk tambah nilai kredit setakat ini ialah.12GB untuk 7 hari (RM10.00), 24GB untuk 15 hari (RM19.00), 48GB untuk 30 hari (RM29.00), 48GB untuk 60 hari (RM39.00), 120GB untuk 30 hari (RM50.00), Unlimited untuk 30 hari (RM60.00), RM53.00/month Unlimited untuk 90 hari (RM160.00) dan RM50.00/month Unlimited untuk 180 hari (RM299.00).