Ahad, 1 Mei 2016

Pesta Buku Antarabangsa KL 2016

Serdang, 01/05/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau Malaysia Agro Exposition Park Serdang malam ini iaitu beberapa minit sebelum azan Maghrib. Masuknya waktu Maghrib di sini ialah pada jam 7:20 malam. Kami sampai ke sini pada waktu malam kerana tengah hari tadi berada di Johor dan petang tadi masih berada di Melaka.

Kami pergi ke sini kerana sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. Ia juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair (KLiBF) 2016. Buat pertama kalinya PBAKL 2016 diadakan di MAEPS. Kami singgah ke surau di sebelah Dewan C.

Waktu operasi PBAKL 2016 ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Manakala pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Ia beroperasi mulai 29 April 2016 hingga 9 Mei 2016 iaitu selama 11 hari. Masuk adalah percuma.

Hari ini (Ahad, 1 Mei 2016) ialah hari Cuti Umum sempena Hari Pekerja. Datanglah beramai-ramai ke PBAKL 2016. Negeri-negeri yang bercuti mingguan pada hari Ahad, cuti hari ini dibawa ke hari esok (Isnin, 2 Mei 2016). Masih ada masa lagi untuk ke PBAKL 2016 jika tidak cukup waktu untuk pergi ke semua dewan pameran.

PBAKL 2016 kini berwajah baru dengan berkonsepkan destinasi percutian keluarga. Terdapat pelbagai tarikan di MAEPS. Selepas makan malam di sini, saya, isteri, dan tiga orang anak kami mendapatkan Proton Exora di tempat letak kenderaan di bawah bukit di belakang Dewan A. Saya memandu pulang ke rumah. Jarak perjalanan pulang dari tempat letak kenderaan tersebut ke rumah kami di Kajang ialah sejauh 18.5 kilometer sahaja. Kami melalui jalan di hadapan Hospital Serdang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) menuju ke Saujana Impian.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.