Ramai penulis, buku-buku dan gambar-gambar yang
menggambarkan kejadian yang akan menghancurkan bumi dan seisinya pada 2012.
Adakah kita harus mempercayai akan ramalan yang digambarkan tersebut? Sebagai
umat Islam, kita tetap meyakini bahawa kiamat pasti akan datang kerana hal
tersebut telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh
Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggilah Dia daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl:
Ayat 1).
Walaupun demikian, kita sebagai makhluk Allah yang beragama
Islam tidak dapat meramalkan bilakah akan datangnya hari tersebut sama seperti
meramalkan bilakah kita akan mati. Datangnya kiamat hanyalah dengan kuasa dan
izin Allah dan hanya Allah yang mengetahuinya:
“Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di
sisi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf: Ayat
187).
Hari kiamat pasti akan terjadi. Buku ini akan memberikan
ulasan dan alasan supaya anda tidak cemas dengan tahun 2012 tetapi anda harus
cemas menanti hari kiamat yang akan terjadi serta mempersiapkan diri dengan
amalan dan ketakwaan terhadap Allah Ta’ala.
Penulis buku ini ialah Muhammad Nizam Abd Razak. Ia telah diterbitkan
oleh Kharisma Network Sdn Bhd, diedarkan oleh ar-Risalah Product Sdn Bhd dan grafik/
dicetak oleh Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. Cetakan Pertama Januari 2010 dan
Cetakan Kedua Februari 2010. Harganya RM13.00 (Semenanjung Malaysia) dan
RM15.00 (Sabah/Sarawak).