Bengkel Guru Pembimbing kali ini melibatkan Guru-guru
Pembimbing dari seluruh Malaysia.
Ia dianjurkan oleh Pusat PERMATA Insan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM). Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat
3. Bengkel kali ini diadakan pada 21 dan 22 Februari iaitu kira-kira 2 hari 1
malam.
Hari pertama, saya mendaftar masuk ke bilik hotel selepas
solat Jumaat di Kajang. Di bilik Sri Melati, sesi taklimat pembukaan telah
disampaikan oleh Dr Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh, Timbalan Pengarah Pusat
PERMATA Insan, USIM. Berhenti minum petang dan solat Asar. Ia diteruskan dengan
taklimat berkenaan garis panduan kelulusan melakukan pekerjaan luar sebagai
tenaga pengajar sambilan dan taklimat “Intelligent Learning Environment” oleh
pegawai-pegawai yang lain. Berhenti makan malam di Restoran Citrarasa dan solat
Maghrib. Kemudian diteruskan dengan pembentangan Modul Bahasa Inggeris dan
Modul Bahasa Arab. Berhenti minum malam, kembali ke bilik hotel untuk berehat
dan solat Isyak.
Hari kedua, solat Subuh dan kemudian pergi ke Restoran
Citrarasa untuk bersarapan pagi. Di bilik Sri Melati, bengkel diteruskan dengan
pembentangan Modul Pintar Qur’an Sunnah, taklimat berkenaan surat tawaran, pelantikan, laporan dan
tuntutan elaun. Berhenti rehat dan minum pagi. Selepas itu diteruskan dengan
pembentangan Modul Pembangunan Insan dan Majlis Penutup oleh Profesor Datuk Dr Mizan
Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Pengarah Pusat PERMATA Insan, USIM. Majlis tamat,
makan tengah hari di Restoran Citrarasa dan mendaftar keluar dari bilik hotel.
Perjalanan pulang saya dari Hotel Aston, Nilai ke rumah di
Kajang ialah kira-kira 33 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Bandar
Baru Nilai, Lebuhraya Kajang Seremban (E21) masuk melalui Plaza Tol Pajam dan
keluar melalui Plaza Tol Kajang Selatan (RM2.80). Saya meneruskan pemanduan di jalan
Pintasan Kajang-Semenyih yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian.
Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman
perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.