Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu-cucu, sahabat-sahabat dan dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
Biografi Agung Rasulullah s.a.w. ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.
Penulis buku ini ialah Rusydi Ramli al-Jauhari dan diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd. Cetakan Pertama 2012. Harganya RM65.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM68.00 (Sabah/Sarawak).
Saya telah memiliki buku ini hadiah daripada al-Hijrah Media Corporation. Saya terpilih sebagai penonton terbaik dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ pada 15 April 2012 di TV al-Hijrah kerana telah memberikan maklum balas atau komen yang sangat baik di laman sosial Facebook berkenaan rancangan tersebut.