Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Hari ini saya teringin hendak makan shawarma dari restoran berkenaan. Shawarma dari restoran makanan Arab yang lain saya telah mencubanya sebelum ini. Ia merupakan kali pertama saya singgah ke sini setelah saya mendapat maklumat berkenaannya daripada sebuah majalah pengiklanan iaitu “City.Ad” bulan Mei 2012. Saya memesan menu lain selepas diberitahu bahawa shawarma cuma bermula jam 6:00 petang.
Saya memesan menu Nasi Mandy Ayam (roasted chicken) dan Nasi Mandy (tomato curry base with lady finger and lamb) yang dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah.
Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.
Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 pagi.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Barada di Cheras, alamatnya ialah:
33-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Park One, Lake Valley,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor.
Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Barada bertolak pulang ke rumah di Kajang.