Ahad, 29 September 2024

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2024

Banting, 29/10/2024 (Ahad) - Hari ini merupakan hari ketiga program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform 2024) untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 daripada Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS), Hulu Langat, Selangor. Kami sedang berada di Kem Baitun Nur, Lot 2, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor selama 3 hari 2 malam. 27, 28 dan 29 September 2024 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Pelbagai aktiviti diadakan di Kem Baitun Nur untuk SKS. Saya bertindak sebagai Penyelaras Program bagi Perform 2024. Di SKS, saya ialah Penyelaras Unit Beruniform.

Hari Jumaat. Saya merupakan ketua rombongan ke kem. Bas C yang memuatkan murid-murid perempuan dan guru-guru perempuan bertolak dari SKS pada jam 12:00 tengah hari, sampai awal ke kem. Saya dan murid-murid lelaki solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa di sebelah SKS selepas mengajar di sesi pagi. Bas A, B dan D bertolak dari SKS pada jam 2:30 petang. Saya mengetuai Bas A dan naik bas bersama murid-murid serta guru-guru. Bas D memuatkan murid-murid lelaki dan perempuan. Bas B dan A pula memuatkan murid-murid lelaki. Setiap bas ada guru-guru di dalamnya.

Bas A, B dan D masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) melalui dua buah Plaza Tol (PT) iaitu PT Bukit Kajang dan PT Sungai Ramal B. Laluan di lebuh raya E18 bersambung dengan E26 iaitu Lebuhraya Lembah Klang Selatan atau SKVE (South Klang Valley Expressway). 3 buah bas melalui PT Ayer Hitam dan keluar di PT Teluk Panglima Garang di E26. Jam 3:40 petang, kami tiba di Kem Baitun Nur.

Aktiviti-aktiviti di kem dijalankan oleh guru-guru SKS. Saya sebagai fasilitator kumpulan 5 bagi Pecah Bendungan, solat Asar, pengurusan diri, makan malam, solat Maghrib, Kuiz Solat, solat Isyak, Latihan Dalam Kumpulan, minum malam, pengurusan diri dan lelap mata.

Hari Sabtu. Pengurusan diri, solat Subuh, tazkirah, senaman, latihan kawad kaki, sarapan pagi, saya sebagai fasilitator kumpulan 5 bagi kemahiran membina gajet, makan tengah hari, pengurusan diri, solat Zohor, Masakan Rimba, solat Asar, latihan malam kesenian, makan malam, Solat Maghrib, Kuiz Qunut, saya mengimamkan solat Isyak, Malam Kesenian Madani, makan lauk dibakar, pengurusan diri dan lelap mata.

Hari Ahad. Saya membuat rondaan bermula jam 4:00 pagi. Pengurusan diri, saya mengimamkan solat Subuh, saya menyampaikan tazkirah Subuh, pertandingan kawad kaki, sarapan pagi, saya sebagai pengira masa kumpulan hijau bagi aktiviti pandu arah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat berpandukan kompas (orienteering), majlis penutup, pengurusan diri dan makan tengah hari. Azan Zohor ialah pada jam 1:07 petang di Masjid Diraja Ala'eddin yang terletak di sebelah kem.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.