Sabtu, 31 Disember 2022

Himpunan Alumni Persatuan Lepasan MPI/IPIS/IPGKPI 2022

Bangi, 31/12/2022 - Hari ini ialah hari terakhir tahun 2022. Saya telah menghadiri majlis tautan kasih iaitu HI-TEA untuk Himpunan Alumni Persatuan Lepasan Maktab Perguruan Islam (MPI) kemudian dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) dan kini namanya ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) 2022. Alumni terdiri daripada bekas pelajar dan tenaga pengajar yang pernah belajar serta mengajar di MPI/IPIS/IPGKPI.

Saya ialah bekas pelajar IPIS untuk program Kursus Perguruan Lepas Ijazah - Sekolah Rendah, Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, jawi-Quran Arab Fardu (Ain). Singkatannya ialah KPLI-SR LPBS j-QAF. Kumpulan saya merupakan kohort pertama, opsyen Bahasa Arab untuk program KPLI-SR LPBS j-QAF Ambilan Januari 2005. Pada hari Isnin, 14 Februari 2005 kami mula mengajar di sekolah kebangsaan. Ketika itu, waktu kelas belajar di IPIS ialah pada waktu cuti sekolah dan tempoh latihan selama kira-kira 1 tahun setengah (18 bulan).

Perjalanan dari rumah TJ di Kajang ke Hotel Tenera di Bandar Baru Bangi ialah kira-kira 20 minit sahaja melalui Taman Bukit Mewah, Lebuhraya Kajang SILK tanpa tol (disediakan pusingan U sebelum Plaza Tol Bukit Kajang), keluar dari lebuh raya ke Taman Kajang Utama, Kajang 2 dan terus ke Bandar Baru Bangi. Jam 12:00 tengah hari, saya sudah berada di 'basement car park'. Dari tingkat B naik ke lobi hotel di tingkat 1. Berjalan kaki keluar dari lobi hotel dan pergi ke Selasih Garden Seafood serta membuat pendaftaran kehadiran (RM30.00). Antara pengisian program ialah ucapan, jamuan dan forum. Surau ada disediakan untuk solat Zohor di sini. Tamat program, saya pulang ke rumah. Jam 4:00 petang, enjin kereta Perodua Bezza dihentikan selepas sampai ke rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.