Sabtu, 28 Oktober 2023

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (Perform) SKS 2023

Alor Gajah, 28/10/2023 (Sabtu) - Hari ini merupakan hari kedua program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform untuk murid-murid Tahun 6 daripada Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS), Hulu Langat, Selangor. Mereka sedang berada di Kem Permata Resort, Jalan Air Tanai 1, Alor Gajah Melaka selama 3 hari 2 malam. 27, 28 dan 29 Oktober 2023 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Hari semalam iaitu 27/10/2023 (Jumaat), anak sulung dan anak kedua tidak balik minggu ini ke Kajang kerana berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Anak ketiga pula balik minggu ini ke Kajang.

Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima kami bertolak dari Kajang ke Jasin kira-kira jam 6:00 petang. Saya memandu Perodua Bezza. Kami berlima berhenti solat dan makan malam di Taman Seri Pengkalan iaitu di Surau al-Huda dan Manjeff Corner berhampiran jalan besar (Jalan Bukit Bulat / Machap Umboo).

Jam 9:00 malam, kami sampai ke rumah emak mentua saya di Jasin dan jam 9:30 malam, saya seorang bertolak pergi ke Alor Gajah. Dalam perjalanan, singgah isi petrol di stesen minyak Petronas Selandar. Jumaat malam Sabtu, saya bermalam di Kem Permata Resort, Alor Gajah.

Pelbagai aktiviti diadakan di Kem Permata Resort untuk SKS (Selangor). Sekolah-sekolah lain juga turut serta dalam perkhemahan kali ini. Antara mereka yang terlibat ialah daripada Sekolah Kebangsaan Hicom, Shah Alam (Selangor), Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, (Melaka) dan Sekolah Kebangsaan Terentang, Jasin (Melaka). Sabtu malam Ahad, saya bermalam di Jasin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.