Jumaat, 9 Februari 2024

Sekolah dan Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024

Kajang, 09/02/2024 (Jumaat) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI. Bukan di rumah TTD dan bukan di rumah TJ.

Kami cukup bertujuh orang pada hari ini (Jumaat). Anak sulung mula berada rumah SI hari ini. Anak kedua dari Wilayah Persekutuan mula berada di rumah SI sejak semalam (Khamis). Anak ketiga mula berada di rumah SI sejak kelmarin (Rabu) kerana cuti sempena Israk dan Mikraj di Negeri Sembilan pada hari Khamis. Selangor tidak bercuti pada 08/02/2024 (Khamis). Hari ini iaitu 09/02/2024 (Jumaat) merupakan satu hari cuti tambahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Kumpulan B bagi Tahun Baharu Cina.

Saya dan isteri mengajar di sekolah dua sesi iaitu sekolah yang mempunyai sesi pagi dan petang. Kami mengajar sesi pagi di sekolah kebangsaan yang berlainan. Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Anak sulung belajar di institut al-Quran, anak kedua belajar di sekolah menengah kebangsaan agama (al-Quran), anak ketiga belajar di sekolah menengah agama (al-Quran), anak keempat belajar di tadika dan anak kelima masih berada di taska.

Semalam (Khamis) merupakan hari terakhir sesi persekolahan sesi 2023/2024 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana hari ini (Jumaat) merupakan satu hari cuti tambahan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun Baharu Cina dan bersambung dengan Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024. Dua buah negeri kumpulan A (Kedah dan Terengganu) serta dua buah negeri kumpulan B (Perlis dan Negeri Sembilan) telah bermula cuti persekolahan tersebut sejak 08/02/2024 (Khamis) kerana cuti sempena Israk dan Mikraj.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 mulai Jumaat, 9 Februari 2024 hingga Sabtu, 9 Mac 2024. Negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 mulai Sabtu, 10 Februari 2024 hingga Ahad, 10 Mac 2024.

Maksudnya ialah negeri-negeri kumpulan A mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2024/2025 pada hari Ahad, 10 Mac 2024 dan negeri-negeri kumpulan B mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2024/2025 pada hari Isnin, 11 Mac 2024.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.