Jumaat, 16 Februari 2024

Kem Intensif Hafazan Februari 2024

Bandar Baru Bangi, 16/02/2024 (Jumaat) - Hari ini merupakan hari terakhir, seorang anak saya berada di Kem Intensif Hafazan Februari 2024 tanpa bermalam (dari jam 8:00 hingga 11:30 pagi). Dia menghadiri kem pada hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat) di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kem menghafaz al-Quran ini diadakan ketika Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024.


Program ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan dan Ekonomi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) dengan bayaran RM100.00 untuk seorang peserta. Pelajar-pelajar yang berumur di antara 13 hingga 19 tahun dari sekolah-sekolah lain boleh menyertainya. Kem yang sama turut diadakan pada hari yang sama di lokasi-lokasi seperti Surau Darul Ulum di SMAPUTRA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Masjid al-Ikhlas di Seksyen 13 Shah Alam dan Masjid Taman Sutera di Kajang.

Perodua Bezza yang saya pandu bergerak sebelum jam 8:00 pagi tadi membawa seorang anak ke Bandar Baru Bangi untuk hari terakhir bagi menghadiri Kem Intensif Hafazan. Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) di Kilometer 20.1 dan membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Bukit Kajang menuju ke Bandar Baru Bangi. Saya terus memandu di E18 dan melalui Plaza Tol Sungai Ramal (B) RM1.66 ke destinasi. Simpang di Kilometer 20.1 tersebut cuma boleh masuk ke E18 sahaja tetapi tidak boleh keluar dari E18 ke kawasan TJ bagi kenderaan yang datang dari arah Putrajaya.

Saya memandu kereta dari pintu pagar depan rumah TJ dan sampai di pintu pagar utama Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi kira-kira 20 minit perjalanan. Saya meletakkan kereta di dalam kawasan masjid. Anak kedua menghadiri kem di masjid ini. Saya kembali memandu kereta dan membuat urusan-urusan lain di lokasi yang lain.

Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 masih ada. Minggu pertama cuti ini kami berada di sini. Kami boleh lagi pergi bercuti dan berada di tempat-tempat lain pada minggu kedua, ketiga dan keempat cuti sekolah kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.