Ketika kami berada di daerah Jasin, anak sulung yang belajar di daerah Tampin (Negeri Sembilan) cuma boleh keluar sekejap waktu petang hingga malam pada hari Ahad. Ketika itu, kami cukup bertujuh orang sekeluarga dan ditambah dengan emak mentua menjadi lapan orang.
Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 masih ada. Kami menziarahi keluarga, terutamanya emak kandung. Hari ini, emak mentua dari daerah Jasin mengikut kami berenam ke daerah Hulu Langat dan dia berada pula bersama kakak kepada isteri. Kami berhenti rehat di rumah sendiri dan kemudian bertolak ke daerah Lipis pada waktu petang. Anak sulung tidak dapat menyertai kami di rumah TTD kali ini kerana dia sedang belajar di daerah Tampin yang cutinya tidak sama dengan cuti sekolah.