Sabtu, 3 Februari 2024

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2023/2024

Kajang, 03/02/2024 (Sabtu) - Tadika tempat anak keempat saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2023/2024 petang tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat pula merupakan pelajar di sini. Anak kelima masih berada di taska. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Februari 2024, umur mereka menjadi sekitar lima, enam dan tujuh tahun.

Saya, isteri dan dua orang anak kami telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang ketika saya masih memandu kereta pada jam 2:10 petang tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ pada jam 2:00 petang. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Seorang pelajar TPH membacakan doa' pembukaan, tiga orang pelajar pula membacakan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahannya.

Atur cara program diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, ucapan perasmian oleh seorang doktor perubatan di Jabatan Pediatrik, Universiti Putra Malaysia, gimik perasmian, tayangan video pelajar, persembahan semua pelajar, tayangan video keluarga pelajar, persembahan kelas Little Hafiz, persembahan kelas 4 tahun (2023), persembahan kelas 5 tahun (2023), persembahan kelas 6 tahun (2023), persembahan penutup, persembahan silat (jemputan), penyampaian cenderahati, penyampaian hadiah, penyampaian sijil, taklimat berkenaan Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah dan sesi bergambar.

Anak kelima saya berumur tiga tahun pada 2023 dan empat tahun pada 2024. Anak keempat saya berumur empat tahun pada 2023 dan lima tahun pada 2024. Anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Ketiga-tiga mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016.

Majlis petang ini berakhir kira-kira jam 5:30 petang. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2023/2024 dengan tema ihtifal 'Peradaban Melayu' dan motto tadika yang berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.