Rabu, 20 September 2023

75 Tahun BSMM Pada 2023

Semenyih, 20/09/2023 (Rabu) - Aktiviti kokurikulum di Sekasih iaitu di sekolah tempat saya mengajar hari ini ialah untuk unit beruniform. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan unit beruniform yang lain melakukan akiviti tersebut dari jam 1:30 hingga 3:30 petang.

Antara aktiviti yang telah dilakukan pada hari ini ialah berkenaan kain anduh untuk balutan tangan patah yang dikenali sebagai Anduh Lengan.

75 tahun BSMM pada 2023 kerana persatuan ini adalah satu gerakan khas yang ditubuhkan pada 1948 di Tanah Melayu. Sebuah kisah kemanusiaan.

Sebuah persatuan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia pada 1957 dan diiktiraf oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 1963. BSMM merupakan anggota bagi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Nama asal bagi BSMM ialah Persatuan Palang Merah Malaysia. Pada 5 September 1975, persatuan ini ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah di Malaysia.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.