Jumaat, 1 September 2023

MAE Malayan Banking Berhad 2023

Jasin, 01/09/2023 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah emak mentua bersama isteri dan anak-anak pada hari pertama bulan September 2023. Pada akhir bulan Ogos 2023, kami telah berada di rumah emak saya di daerah Lipis. Kami sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 2, Sesi 2023/2024 kecuali anak sulung yang belajar di peringkat diploma.

Bulan Ogos 2023 juga sudah pasti sempat berada di rumah SI, rumah TTD dan rumah TJ.

Aplikasi pada telefon pintar merupakan perkara penting dalam kehidupan masa kini. Ia adalah ibarat sebuah komputer kecil yang bergerak.

Aplikasi MAE (Maybank Anytime Everyone) ialah daripada Malayan Banking Berhad. Saya telah memasang aplikasi ini sejak hari Selasa, 25 Oktober 2022 dan isteri saya baru memasangnya pada hari Selasa, 18 Julai 2023. Sebelum itu, kami pernah menggunakan aplikasi Maybank2u (MU2 MY) pada telefon pintar. Laman web Maybank2u masih wujud untuk versi komputer. Cuma untuk aplikasi pada telefon pintar, MAE digunakan sepenuhnya mulai bulan Julai 2023.

Saya telah membuka akaun simpanan Maybank Islamic sejak tahun 1999 semasa tinggal di Kuala Lumpur. Ketika itu masih menggunakan buku akaun Maybank. Kini tiada lagi buku akaun sejak wujudnya kemajuan perbankan internet.

Maybank (Malayan Banking Berhad) telah mengumumkan bahawa transaksi-transaksi di dalam aplikasi MAE memerlukan pengesahan daripada Secure2u mulai bulan Julai 2023. Anytime (bila-bila masa). Everyone (semua orang). Secure2u adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan pelanggan dalam talian, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat usaha memerangi penipuan kewangan. Sila pastikan versi terkini MAE-0.9.15.

Secure2u kini hanya boleh diakses melalui aplikasi MAE. Kita tidak dapat menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi di aplikasi MU2 MY.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.