Rabu, 23 Ogos 2023

Harga Emas 10 Tahun dalam Ringgit Malaysia per Gram (Ogos 2023)

Kajang, 23/08/2023 (Rabu) - Saya sedang berada di rumah SI. Pelaburan emas memang menguntungkan kita untuk simpanan jangka masa panjang. Melabur dalam akaun fizikal bersandarkan emas dan patuh Syariah (Invest in physical gold-backed and Shariah-compliant account).

Jom lihat graf dalam catatan ini untuk kenaikan harga emas 10 tahun dalam Ringgit Malaysia per Gram setakat hari ini (Rabu, 23 Ogos 2023).

Harga emas dunia berdasarkan data secara purata daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan dalam jangka masa panjang setakat ini, harga emas terus meningkat walaupun dalam masa pendek terdapatnya penurunan dan kenaikan harga. Ia berharga RM128.89 pada tahun 2013.

Purata harga emas pada tahun-tahun berikutnya dalam Ringgit Malaysia per Gram ialah RM135.05 pada tahun 2014, RM139.57 pada tahun 2015, RM166.81 pada tahun 2016, RM174.93 pada tahun 2017, RM168.57 pada tahun 2018, RM177.08 pada tahun 2019, RM251.37 pada tahun 2020, RM241.24 pada tahun 2021, RM265.00 pada tahun 2022 dan RM285.00 setakat hari Rabu, 23 Ogos 2023.

Untuk maklumat yang selanjutnya, boleh juga merujuk kepada Goldprice.org di laman web harga emas dunia.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.