Pada akhir bulan lepas iaitu 26 dan 27 Julai 2022, Sekasih telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Langat 2022 untuk kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah) di Dewan Seri Budiman.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijangka akan diadakan pada awal bulan September 2022 selepas MSSN Selangor pada bulan Ogos 2022 dan MSSD Hulu Langat pada bulan Julai 2022. Terengganu ialah tuan rumah MSSM 2022 bagi sukan sepak takraw.
Bagi peringkat keluarga, anak pertama saya telah menyertai Kejohanan Catur P17 MSSD Jelebu 2022 dan anak kedua layak menyertai Kejohanan Catur L15 MSSN Negeri Sembilan 2022. Anak ketiga pula menyertai Kejohanan Pingpong L12 MSSD Hulu Langat 2022. Sebagai tambahan, anak ketiga juga menggantikan orang lain menyertai Kejohanan Catur L12 MSSD Hulu Langat 2022.
Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Anak keempat dan anak kelima kami masih berada di taska.