Sekolah tempat saya dan isteri mengajar iaitu Sekasih dan Senada mengambil cuti peristiwa pada hari ini (Selasa, 12 Julai 2022). Sekolah tempat anak-anak kami belajar juga mengambil cuti peristiwa hari ini. Taska juga bercuti sehingga hari ini.
Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami dari Jumaat, 8 Julai 2022 hingga Selasa, 12 Julai 2022. Petang tadi, anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
8 Julai 2022 (Jumaat) 8 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD selepas kami mengambil dua orang anak dari asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu. Saya memandu Proton Exora dalam perjalanan dari Selangor ke Negeri Sembilan dan terus ke Pahang. Kami bertujuh melalui Karak, Bentong, Raub dan Lipis. 9 Julai 2022 (Sabtu) 9 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah emak suami.
10 Julai 2022 (Ahad) 10 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD sebab air paip utama tiada sepanjang hari di rumah emak suami. 11 Julai 2022 (Isnin) 11 Zulhijjah 1443: dari rumah TTD balik ke Kajang dan bermalam di rumah SI. Tidak sempat ke rumah TJ. 12 Julai 2022 (Selasa) 12 Zulhijjah 1443: dua orang anak kami telah menaiki bas sewa khas ke asrama sekolah menengah agama.